Sejak 8 April 2020 lalu, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil langkah yang lebih ketat dengan mengenakan kompaun sebanyak RM1 000 terhadap golongan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan. Justeru tanpa mengira usia, individu yang melanggar arahan PKP terpaksa bayar saman untuk mengelakkan diri ‘duduk di penjara’.
Ketika berhadapan situasi getir ini, pastinya rata masyarakat tidak dibenarkan untuk keluar mencari rezeki dan terpaksa berjimat menggunakan wang yang anda.
Bayar saman guna duit tabung
Menurut perkongsian salah seorang pengguna Facebook, Siti Rohaiza mengenai sebuah kisah sedih apabila dirinya menerima bayaran kompaun dari salah seorang bapa untuk bayar saman anaknya yang telah ingkar arahan perintah kawalan pergerakan.
Terima bayaran kompaun pagi tadi dari seorang bapa. Yang kena si anak berumur 18 tahun. Kenapa ada duit syiling? Kenapa guna duit RM1? Jenuh Iza nak mengira pagi tadi. Apabila ditanya, jawapannya ‘korek tabung’. Sentap hati ni dengar.
Difahamkan Siti Rohaiza berkhidmat di pejabat Kementerian Kesihatan mengatakan dia telah menerima bayaran kompaun dari salah seorang bapa. Namun, menjadi tanda tanya apabila dia menerima beberapa duit kertas RM1 bersama syiling yang banyak.
Setelah mengetahui hal yang sebenar, amat mengejutkan bahawa sumber wang pembayaran berkenaan diperoleh dari tabung simpanannya.
Wahai anak-anak sekalian terutamanya yang masih belum bekerja, masih bersekolah, tolonglah duduk di rumah.
Jangan mengada-ngada nak lepak dengan kawan-kawan. Jangan berlagak tunjuk hero naik motor merayap ke sana-sini. Sekali kena menyusahkan mak ayah. Anda ingat senang nak cari duit? Iza doakan bila anak-anak ni bekerja nanti, bayar semula duit mak ayah korang ini. Agak perit nak kira duit tabung semata-mata nak bayar saman anak.
Di samping itu, Rohaiza turut berkesempatan menasihati orang ramai terutamanya golongan remaja dan anak yang masih bersekolah untuk mendengar cakap ibu ayah dan mematuhi segala arahan pihak berkuasa.
Tambahnya lagi, elakkan diri menyalahguna waktu PKP ini dengan melepak atau melakukan perkara tidak berfaedah, sebaliknya hanya duduk di dalam rumah. Jika anak-anak ingkar arahan PKP, ia hanya memberi kesan kepada ibu ayah dan sekaligus menyusahkan anda mengumpul duit untuk bayar saman PKP.
Saman individu yang ingkar PKP
credit to sources
Dalam usaha mencegah penularan Covid-19, pengamal undang-undang negara menyokong PDRM untuk mengeluarkan saman terhadap orang awam yang gagal mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan di negara ini.
Perintah berkenaan dilaksanakan di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan ) 2020, iaitu individu melanggar peraturan berkenaan boleh didenda tidak melebihan RM1 000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.
Bagi penjawat awam serta pesara kerajaan berisiko hilang pencen sekiranya didapati tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menurut Presiden Cuepacs, Adnan Mat berkata golongan penjawat awam dan pesara perlu mengetahui bahawa segala keistimewaan yang dinikmati seperti bayaran gaji, elaun, perkhidmatan atau wang persaraan mungkin akan ditarik balik sekiranya didapati bersalah melanggar undang-undang negara.
foto: utusan borneo
”Penjawat awam dan pesara perlu menunjukkan contoh terbaik bagi setiap peraturan dan undang-undang yang dikuatkuasakan kerana mereka adalah tulang belakang kepada kerajaan,” tegasnya.
Setakat 15 April 2020, rekod mencatatkan lebih 14 000 individu didapati melakukan kesalahan melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi fasa 1 dan 2.
Menurut Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Huzir Mohamed berkata, terdapat peningkatan pada fasa 2 sehingga membawa kepada 11, 295 tangkapan berbanding fasa 1 dengan rekod 3 627 tangkapan.
Katanya, peningkatan angka berkenaan disebabkan oleh terdapat individu yang mengingkari arahan untuk sentiasa duduk di rumah.
”Kami akan menangkap individu yang dikesan melanggar arahan PKP dan membawanya ke balai untuk membuka kertas siasatan sebelum mendakwanya di mahkamah,”
”Pihak polis akan melengkapkan kertas siasatan sebelum menyerahkannya kepada Pejabat Peguam Negara untuk tuduhan,” katanya.
Sumber: World of Buzz, Berita Harian
Kredit foto: Sumber
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comtalkum-kanser-ovari
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!