NGERI - Bayi Putus Kepala Kerana Kain Tersangkut Pada Motosikal!

lead image

Ibu ayah, pastikan anda mematuhi peraturan keselamatan ketika menunggang motor. Silap langkah membawa padah.

Bayi jatuh terlentang dan putus kepala

Pilu dan mengerikan – itulah yang mampu kami cakap tentang kes bayi jatuh terlentang dan putus kepala gara-gara kain tersangkut pada motosikal ini. 

Menurut laporan media, bayi yang baru berusia 1 tahun itu dilaporkan memakai kain menutupi kepalanya sebelum kain itu telah tersangkut di jejaring tayar motosikal terbabit.

Kes ini berlaku di Filipina. Laporan media tempatan menjelaskan, ibu mangsa, Lorna Stephanie Nueva mendukung bayi ini di dalam tangannya ketika mereka menunggang motosikal ke klinik di Catarman, Filipina.

Walau bagaimanapun, tiba-tiba, motosikal Honda itu terhenti selepas kain yang menutupi kepala mangsa tersangkut di jejari tayar motor. Ia berlaku di sekitar kampung Rawis, Laong, 30 batu dari Catarman.

bayi jatuh, bayi jatuh terlentang, bayi jatuh motor, kesan bayi jatuh terlentang, bayi jatuh kepala belakang, bayi jatuh katil, bayi jatuh buai, kesan jatuh terlentang, pengalaman bayi jatuh, pengalaman bayi jatuh katil, demam setelah jatuh, bayi jatuh dari tempat tidur, bahaya bayi jatuh terlentang

Belum sempat bayi ini dibawa ke klinik, beliau maut di tempat kejadian. Menurut saksi, bayi jatuh terlentang dan kepalanya terus patah dalam masa beberapa saat selepas terjatuh.

Ibu dan nenek mangsa tidak sempat melakukan apa-apa untuk menyelamatkan si kecil yang tidak bersalah ini.

Bagaimana bayi jatuh terlentang dan putus kepala?

Mangsa dilaporkan memakai kain kepala itu untuk melindunginya dari cuaca yang terlalu panas dan ekstrem di kawasan Laoang, utara Samar tersebut. Malah, ibu mangsa juga mengatakan dia sedang sakit.

Kanak-kanak kecil menunggang motosikal bersama orang dewasa adalah satu perkara biasa di Filipina. Sama juga di Malaysia. 

Ada sesetengah ibu bapa yang terpaksa menunggang motosikal dengan anak-anak mereka, tanpa langkah berjaga-jaga yang betul. Sedangkan, perbuatan ini mampu mengundang padah!

Lebih-lebih lagi jika dalam perjalanan yang jauh. Elizar Diu, polis yang menyiasat kejadian ini mendedahkan, ibu dan nenek mangsa masih dalam keadaan terkejut dan tidak mampu menjelaskan keadaan sebenar.

Namun, di bawah Akta Republik yang melibatkan keselamatan kanak-kanak ketika menunggang motosikal, mereka berdua boleh didakwa atas tuduhan “cuai dan lalai hingga menyebabkan pembunuhan”.

Siasatan masih dijalankan sehingga kini. 

Bayi jatuh terlentang selepas naik motor – Apa langkah keselamatan yang ibu bapa wajib tahu

bayi jatuh, bayi jatuh terlentang, bayi jatuh motor, kesan bayi jatuh terlentang, bayi jatuh kepala belakang, bayi jatuh katil, bayi jatuh buai, kesan jatuh terlentang, pengalaman bayi jatuh, pengalaman bayi jatuh katil, demam setelah jatuh, bayi jatuh dari tempat tidur, bahaya bayi jatuh terlentang

Menurut undang-undang, kanak-kanak kecil tidak sepatutnya dibawa bersama-sama menunggang motosikal. Hal ini kerana mereka berisiko terjatuh, dan kecederaan serius mampu berlaku.

Jika dalam keadaan terdesak, ibu atau penjaga kanak-kanak kecil itu harus ikut serta untuk menjamin keselamatannya.

Berikut antara langkah-langkah keselamatan yang wajib diamalkan semua penunggang motosikal, sama ada anda membawa kanak-kanak atau tidak:

  1. Sentiasa pakai helmet – walaupun perjalanan anda hanya sekejap. Kemalangan motosikal tanpa helmet 5 kali lebih terbuka untuk kena kecederaan kepala
  2. Pakai baju yang bersesuaian – jangan pakai baju yang berlebih-lebihan. Baju dari kulit, but, sarung tangan dan stokin mampu melindungi badan anda dari kecederaan
  3. Ikut peraturan trafik – Patuhi had laju: Lagi laju anda bawa motor, lagi besar risiko kemalangan
  4. Tunggang motosikal dengan berhemah – jangan ingat semua pemandu akan nampak anda. 2 daripada 3 kemalangan yang berlaku adalah kerana pemandu tidak nampak penunggang motosikal. Jadi, pandulah dengan berhemah, pakai baju yang terang, elak blind spot, dan beri isyarat jika ingin membelok

Semoga kejadian ini memberi pengajaran kepada kita. Kami di theAsianparent Malaysia juga mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa. 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Artikel ini asalnya ditulis oleh Jan Alwyn dan mendapat kebenaran theAsianparent Philippines untuk diterjemah

Baca juga:

5 Peraturan Keselamatan Penting Yang Anak Anda Perlu Tahu

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Ayu Idris

app info
get app banner