Ini sebabnya mengapa anda TAK PATUT tinggal baby dengan kanak-kanak!

Video bayi jatuh kerana budak berusia dua tahun yang ditinggalkan bersama bayi yang baru lahir memberi peringatan untuk ibu bapa supaya lebih berhati-hati.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu bapa selalu fikir kemalangan bayi jatuh hanya berlaku bila bayi sudah pandai bergolek atau tahu merangkak.

Sebab itu banyak amaran tentang jangan tinggalkan bayi di tempat tinggi sendirian seperti di katil atau tempat menukar lampin.

Walau bagaimanapun, ada faktor lain yang boleh menyebabkan kejadian bayi jatuh seperti ini berlaku pada bayi baru lahir. Contohnya seperti ibu terlalu penat atau jatuh yang tak disengajakan.

Dalam kes ini, ia hanyalah kemalangan tanpa niat.

Bayi jatuh kerana dibiarkan tanpa pengawasan

Dalam video pendek di bawah, sepasang kembar baru lahir dilihat sedang baring di atas katil sambil diperhatikan oleh kakak mereka yang berusia dua tahun.

Ibu bapa mereka atau orang dewasa yang lain tak kelihatan ada bersama mereka di dalam bilik.

Salah seorang bayi kembar ini mula menangis, dan mengikut gerak hati, kakaknya telah pergi ke arah bayi dan cuba untuk menenangkannya.

Tapi, adiknya tak berhenti menangis dan kakak tersebut akhirnya mengambil keputusan untuk mengangkat adiknya selepas melihat orang dewasa lain melakukan perkara yang sama berulang kali sebelum ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seperti yang dapat dilihat dalam video, budak dua tahun yang belum memahami bayi baru lahir ini sangat rapuh telah mengangkat adiknya tanpa sokongan di leher dan belakang bayi itu.

Dia mengangkat adiknya dan menterbalikkan adiknya di bahu.

Budak ini yang sememangnya masih kecil, digabungkan pula dengan berat adiknya dan tenaga yang digunakan untuk meletak adiknya di bahu, hilang kestabilan dan dia terjatuh bersama adiknya ke belakang. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kerana terjatuh, adiknya meraung kesakitan.

Dia yang masih bingung duduk dan cuba untuk mengangkat adiknya semula bagi menenangkannya dan seorang wanita dilihat terburu-buru masuk dan menjerit pada budak kecil ini.=

Video bayi jatuh angkara kakak nak bantu

Anda boleh melihat insiden berikut dalam video di bawah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kesan bayi jatuh secara tak sengaja

Kemalangan ini terjadi sudah pasti bukan salah kanak-kanak yang berusia dua tahun tersebut.

Tapi, kejadian seperti ini adalah perkara biasa yang terjadi di seluruh dunia.

Anda mungkin merasakan yang kejadian ini tak akan berlaku jika ibu bapa tak mengabaikan dan membiarkan anak mereka untuk duduk bersama adik-adiknya yang baru lahir.

Tapi kadang-kadang, kejadian ini berlaku bila kita tak cukup tangan dan terlalu sibuk untuk menguruskan perkara-perkara lain dan berfikir yang tiada apa akan berlaku jika kita tinggalkan anak tanpa dijaga sebentar.

Ini terjadi pada kita semua dan malangnya, bayi jatuh ada akibatnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila kepala bayi yang masih lembut terjatuh di atas permukaan keras, otak yang masih berkembang mungkin akan terkena pada tengkorak.

Ini menyebabkan saluran darah untuk pecah dan mengakibatkan pendarahan dalaman yang juga dikenali sebagai pendarahan otak.

Walaupun tak ada darah, kepala bayi masih berisiko untuk bengkak dan akan menyebabkan tekanan pada otak.

Lebih teruk lagi, gegaran otak boleh berlaku dan ia boleh memberi kesan pada fungsi dan perkembangan otak.

Bayi jatuh: Bila anda perlu bawa anak ke hospital?

Bawa anak anda ke hospital dengan segera jika mereka menunjukkan apa-apa simptom di bawah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • sawan
  • mengantuk
  • muntah-muntah
  • tak sedarkan diri
  • lebam atau bengkak di bahagian kepala
  • darah keluar dari hidung, telinga atau mulut

Jika ada seseorang terjatuhkan bayi yang baru lahir secara tak sengaja, anda perlu bertenang walaupun sukar.

Ambil nafas dalam-dalam dan cuba atasi rasa panik dan tenangkan anak seperti anda tenangkan mereka jika mereka terbangun dan menjerit tengah malam.

Jika anak bertenang selepas beberapa minit dan memberi respon, senyum dan berkelakuan normal, mereka mungkin tak ada apa-apa.

Periksa mereka jika ada benjolan, lebam, pendarahan dan gerakkan kaki dan tangan mereka. Jika mereka jatuh jatuh dari tempat yang tak berapa tinggi mereka mungkin tak ada apa-apa.

Tapi jika anda tak pasti, anda boleh saja bawa mereka berjumpa doktor untuk diperiksa.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Penulis asal Rosanna Chio; diterjemah dengan keizinan dari theAsianparent Singapore

Baca juga

https://my.theasianparent.compembantu-rumah-bunuh-bayi/

Penulis

Nadia Ghafar