TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Bayi dijumpai merangkak atas jalan raya yang sibuk! Mana ibu bapanya?

29 Mar, 2018
Bayi dijumpai merangkak atas jalan raya yang sibuk! Mana ibu bapanya?

Di tengah kesibukan jalan raya di kota New York, bayi 9 bulan dijumpai merangkak atas jalan raya yang sibuk seorang diri. Mana ibunya?

Netizen digemparkan dengan kes bayi merangkak atas jalan

Kejadian ini berlaku di New York. Seperti yang kita tahu, jalan raya di Malaysia ini memang sibuk. Apatah lagi jalan raya di New York itu kan… pasti lebih sibuk dan padat! Di tengah kesibukan itu, perkara terakhir yang kita ingin lihat adalah bayi merangkak atas jalan.

Tapi, sebuah video tular menunjukkan seorang bayi merangkak sendiri di tengah kesibukan jalan raya! Ibu kepada bayi, Ledrika Ford, telah didakwa atas kesalahan membahayakan keselamatan anak pada 9 Mac 2018.

Lihat video di bawah:

Bayi merangkak atas jalan raya: Mana ibunya?

Menurut Jabatan Polis Utica, mereka menjalankan penyiasatan sejurus selepas penemuan bayi merangkak atas jalan raya tersebut.

Mereka berjaya menemui Ledrika, ibu kepada bayi yang berusia 9 bulan itu setelah mencarinya selama berjam-jam. Ledrika menjelaskan dia berada di dalam kereta bersama saudaranya dan dia sendiri tidak tahu bagaimana anaknya boleh berada di tengah jalan!

Apa??!!! Hmm…

Menurutnya lagi, dia meletakkan anaknya di kerusi belakang dengan selamatnya. Tapi apabila dia menoleh ke belakang, anaknya sudah tiada dalam kereta!

Selepas mencari beberapa ketika, Ledrika berjaya menemui anaknya. Leftenan Bryan Coromato dari Jabatan Polis Utica berkongsi, mereka telah melaporkan perkara ini kepada Perkhidmatan Perlindungan Kanak-Kanak.

Anak Ledrika yang berumur 9 bulan, 1 tahun, 2 tahun dan 5 tahun akan diambil dari Ledrika Ford. Ledrika bukan dalam tahanan polis tapi jika disabit kesalahan, dia boleh dipenjara selama setahun.

Bayi merangkak atas jalan: Langkah keselamatan yang perlu kita ambil tahu selepas bayi mula merangkak

bayi merangkak atas jalan, bayi merangkak atas jalan raya, new york, ibu ditangkap, bayi 9 bulan merangkak

Sementara kisah bagaimana anak Ledrika terlepas masih menjadi misteri, tapi kita tahu yang apabila anak kita mula aktif bergerak, mata kita tak boleh lepas dari mereka.

Ibu, apabila anak kita sudah boleh merangkak, memang susah untuk kita perhatikan setiap gerak-geri mereka.

Ini adalah beberapa langkah keselamatan yang boleh kita ambil:

  • Pastikan kabel dan wayar elektrik jauh dari capaian mereka. Jika si kecil anda boleh capai wayar, mereka boleh tarik barang yang berat seperti lampu dan besi, pasti membahayakan nyawa!
  • Guna penutup keselamatan untuk mengelak anak memasukkan jarinya atau permainan ke dalam suis elektrik.
  • Pastikan lantai bersih dari benda-benda yang boleh nuat bayi anda tercekik, beracun atau benda tajam.
  • Jangan lupa untuk memasang pagar keselamatan untuk menghalang bayi anda dari merangkak atau terjatuh dari tangga.

Keselamatan anak di luar rumah juga adalah tanggungjawab anda.

Panduan keselamatan bila keluar bersama anak

  • Apabila menaiki kenderaan, pastikan anda menggunakan car seat yang sesuai dengan umur dan berat anak anda. Pastikan juga car seat dipasang dengan betul mengikut panduan.
  • Jangan sesekali meletakkan anak anda di paha semasa memandu.
  • Pastikan anda periksa dulu tempat duduk belakang sebelum keluar kereta. Anda boleh tinggalkan barang di tempat duduk belakang untuk memastikan anda tidak terlupa untuk membawa anak anda keluar.
  • Pastikan kereta berkunci walaupun anda letak kereta di dalam rumah.
  • Pastikan kunci tidak diletakkan berdekatan dengan anak.

Semoga kejadian seperti ini tidak lagi berulang. Sama-sama kita menjaga keselamatan si kecil yang tercinta ini, ya!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Kesihatan Usus Semasa Hamil: Kunci Imuniti untuk Ibu dan Bayi
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Perlukah Anda Melahirkan Secara Caesarean? Ketahui Fakta Penting Ini
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya
Resah dengan Bayi Anda Yang Sering Sakit? Tiba Masanya Anda Fokus Pada Kesihatan Ususnya

https://my.theasianparent.comcar-seat-untuk-bayi/

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nadia Ghafar

  • halaman rumah
  • /
  • Percutian
  • /
  • Bayi dijumpai merangkak atas jalan raya yang sibuk! Mana ibu bapanya?
Kongsikan:
  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

  • Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

    Pentingnya Suplemen Vitamin D! Ini Manfaat, Dos Terbaik & Pilihan Popular Di Malaysia

  • Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

    Tanda Air Mani Masuk Ke Rahim Selepas Hubungan Seks & Cara Meningkatkan Peluang Untuk Hamil

  • Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

    Cara Mudah Jadikan Waktu Makan Pertama Bayi Lebih Tenang (Dan Kurang Stres Untuk Anda!)

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham