Boleh dikatakan memang bayi kecil yang dilahirkan ibu sememangnya bersaiz kecil dan sangat halus, kan?
Bayangkan kulit tangannya halus, kuku yang nipis, pipi kemerahan, jari kaki yang sangat kecil dan banyak lagi yang merupakan momen terindah bagi seorang ibu yang buat pertama kali menatap anak dalam dakapan.
Namun bagaimana pula kalau bayi kecil itu lebih kecil daripada saiz anak patung? Tentu bermacam-macam persoalan bermain di fikiran anda, kan?
Misalnya adakah bayi kecil ini boleh hidup lama? atau adakah si kecil ini boleh mendapat perkembangan yang baik seiring kanak-kanak di usianya?
Ajaib bayi kecil ini dilahirkan lebih kecil daripada anak patung
Itulah yang berlaku kepada seorang bayi kecil yang bersaiz lebih kecil daripada anak patung kerana dilahirkan ketika usia kandungan ibunya 28 minggu yang lebih awal dari tarikh due date.
Namun apa yang menjadi keajaiban apabila si kecil ini kini hidup normal seperti mana insan lain seusianya.
Menerusi laporan Daily Star UK, bayi tersebut yang diberi nama Logan Teague dilahirkan seberat 623 gram dan kurang daripada 283 gram berbanding bayi kecil yang pernah dilahirkan sebelum ini di United Kigdom.
Namun kini, bayi tersebut telah mencecah tiga kilogram.
Bandingkan saiz anak dengan anak patung
Ibu bayi berkenaa, Danielle Forrester dan Suaminya, Ben Teague masing- masing berumur 24 tahun pernah meletakkan anak patung di sebelah anak lelaki mereka itu bagi membuat perbandingan saiz dan ternyata bayi itu
lebih kecil.
“Anak patung yang diletakkan bersebelahan dengan anak kami itu memang bersaiz kecil tapi Logan lebih kecil daripada itu hingga menyebabkan kami terfikir betapa kecilnya anak kami semasa itu,” katanya.
Hal ini kerana, Danielle menyedari yang dirinya hamil semasa usia kandungan telah pun mencecah 13 miggu.
Walaubagaimanapun, kandungan ini berisiko tinggi kerana Danielle menderita kegagalan buah pinggang sejak lima tahun yang lalu.
Sakit buah pinggang semasa hamil
Menurut National Kidney Foundation, sama ada wanita yang menderita sakit buah pinggang boleh hamil atau tidak adalah bergantung kepada keadaan penyakitnya itu.
Ini kerana terdapat bukti yang menunjukkan bahawa wanita yang mengalami penyakit buah pinggang yang sangat ringan, tekanan darah normal dan tiada protein dalam urin boleh mempunyai kehamilan yang sihat.
Proteinuria adalah tanda kerosakan buah pinggang di mana tubuh seseorang memerlukan protein dalam darah dan bukannya dalam urin.
Protein dalam urin bermaksud buah pinggang anda tidak dapat menapis darah dengan baik hingga berlakunya kebocoran protein.
Sementara itu, bagi wanita yang mempunyai penyakit buah pinggang di tahap sederhana risiko komplikasi lebih besar. Di mana mereka perlu mempertimbangkan untuk mengelak dari hamil.
Jika merancang untuk mempunyai cahaya mata, anda perlu medapatkan nasihat doktor dan mengetahui tahap penyakit buah pinggang anda seperti risiko dan sebagainya.
Walaubagaimanapun, kebiasaanya wanita dengan kegagalan buah pinggang dinasihatkan supaya tdak hamil kerana komplikasi yang tinggi.
Namun sekiranya tetap mengandung, anda memerlukan pengawasan yang lebih ketat, perubahan dalam ubat dan lebih banyak dialisis untuk mendapatkan bayi yang sihat.
Tanda-tanda mengalami masalah buah pinggang
Di bawah ini kami senaraikan tanda-tanda seseorang individu itu menderita masalah buah pinggang. Sekiranya anda mengalami salah satu dari gejala ini, sila mendapatkan rawatan segera dengan doktor di klinik mahupun hospital.
- Keletihan dan tidak bertenaga
- Mudah hilang fokus atau tidak boleh memberi tumpuan yang lama
- Hilang selera makan
- Mengalami gangguan tidur
- Kekejangan otot pada waktu malam
- Bengkak pada kaki dan sendi badan
- Bengkak di sekeliling mata terutama pada waktu pagi
- Kulit kering dan sering gatal
- Membuang air kecil yang kerap pada waktu malam
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber : Harian Metro, Metro News
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
Ini 5 Sebab Mengapa Bayi Anda Lebih Kecil Berbanding Bayi Lain