Bayi kemalangan terselamat ini adalah satu keajaiban kerana semasa kemalangan berlaku, bayi ini masih dalam perut!
Bayi kemalangan terselamat lepas disentap keluar dari rahim ibunya
Pada hari kejadian, bakal ibu ini dalam perjalanan menaiki trak di tenggara Brazil. Belum jelas apa sebenarnya berlaku ketika ini, tapi pemandu trak terbabit telah hilang kawalan dan terbalik.
Ibu yang sedang sarat itu kemudiannya tercampak keluar dari kenderaan sebelum kayu yang dibawa oleh trak yang dinaikinya itu menghempapnya!
Menurut media tempatan, impak dari tekanan kayu yang menghempap ibu ini telah mengeluarkan bayi ajaib itu dari perutnya.
Apabila pasukan paramedik tiba di tempat kejadian, mereka mengesahkan yang wanita ini mati di tempat kejadian.
Walau bagaimanapun, mereka terkejut apabila mendengar bayi baru lahir ini menangis beberapa meter dari wanita terbabit.
Tali pusat bayi ini terputus disebabkan oleh kemalangan tapi selain itu, bayi ini tak tercedera langsung.
Paramedik dengar tangisan bayi kemalangan terselamat
Apabila penyelamat pertama – Elton Fernando Barbosa menerima berita tentang kemalangan serius ini, dia tak menyangka perkara seperti ini akan berlaku.
Ketika tiba di tempat kemalangan, pasukan perubatan sedang merawat pemandu trak yang tercedera.
Jadi, semasa dia pergi mencari bakal ibu yang terhempap di bawah kayu itu, dia terdengar bunyi bayi menangis. Dia terkejut kerana laporan tak menyebut tentang mangsa ketiga!
“Janin ini terkeluar disebabkan impak pada ibunya, impak ini sangat kuat hingga membuka perut ibunya dan anaknya terkeluar,” kata Barbosa pada media tempatan. “Dia sangat sempurna, sihat dan tak ada satu pun calar. Kami boleh katakan yang dalam keadaan ini, ia memang satu keajaiban.”
“Dari apa yang saya lihat, saya tak tahu macam mana bayi ini boleh hidup. Saya tak tahu macam mana dia boleh keluar hidup-hidup.”
Bayi kemalangan terselamat tapi ibu mati di tempat kejadian
Walau bagaimanapun, ibu bayi ini mati di tempat kejadiam, tapi di sebalik tragedi ngeri tersebut, bayi kemalangan terselamat.
Mereka dapat menyelamatkan satu nyawa, nyawa seorang bayi baru lahir.
Bayi ini kemudiannya dibawa ke hospital Pariquera-Acu di mana dia akan mendapat rawatan di unit rawatan rapi.
Identiti ibu mengandung 39 minggu ini masih belum diketahui. Pihak berkuasa masih cuba mencari saudara yang boleh menjaganya.
Tapi, jika tak ada sesiapa, bayi perempuan ini akan diserahkan ke rumah anak yatim.
Pemandu trak terbabit memberitahu pihak berkuasa yang dia hanya menumpangkan wanita ini dan tak tahu identitinya. Dia telah keluar dari hospital tanpa kecederaan yang serius tapi dia akan didakwa dengan tuduhan pembunuhan.
Phak hospital buat masa ini menamakan bayi tersebut sebagai Giovanna yang bermaksuh “dilindungi Tuhan”. Kata jururawat, Giovanna merupakan bayi yang tenang dan jarang menangis.
Kami harap Giovanna dapat berjumpa dengan keluarga yang akan menyayanginya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel asal ditulis oleh Rosanna Chio; diterjemah dengan izin dari theAsianparent Singapore
Baca juga:
https://my.theasianparent.comjururawat-kemalangan