Frontliner Kembali Bekerja, Sebak Ibu Ini Hantar Bayi Kembar 3 Ke Taska Buat Pertama Kali

Bayi kembar 3 ini pertama kali berpisah dengan ibunya setelah beberapa bulan cuti bersalin. Sebak ibu ini terpaksa tinggalkan bayi bersama orang lain. Namun kerana tuntutan kerja sebagai frontliner, harus digagahinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu mana yang tak sedih apabila terpaksa menghantar bayi kesayangan yang masih kecil ke pusat jagaan selepas habis cuti bersalin. Begitulah yang terjadi pada ibu yang bertugas sebagai frontliner ini terpaksa hantar bayi kembar 3 ke pengasuh.

Semua itu perlu digagahi, dek kerana tuntutan kerja. Itulah pengorbanan seorang ibu. Setelah berbulan menjaga bayi baru lahir akhirnya kena berpisah dan mahu tak mahu kena memberi kepercayaan kepada pengasuh untuk menjaga. 

Kalau kita seorang bayi pun hati dah meronta-ronta, apatah lagi ibu ini yang bekerja sebagai petugas barisan hadapan terpaksa memberi ketiga-tiga bayinya ke pusat jagaan. 

Video hantar bayi kembar 3 ke pusat jagaan dirakam suami 

Dalam video TikTok yang dikongsi @triplet.syera, pada awalnya ibu ini tampak cukup teruja nak menghantar ketiga-tiga bayinya ke pusat jagaan, walau bagaimanapun selepas menghantar bayi kembar 3 tersebut, ibu ini tidak dapat menahan sebak.

Dia menangis sebaik masuk ke dalam kereta, dan suaminya pula sempat mengusik dalam masa yang sama memujuk isterinya itu untuk sarapan nasi kerabu, dan usai kerja nanti akan mengambil ketiga-tiga bayinya pulang. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun setelah suaminya membawa si isteri sarapan nasi kerabu, terus si isteri senyum sampai ke telinga. Biasalah orang perempuan, makanan adalah pengubat utama kesedihan tau!

Dan dapat dilihat dalam perbualan bersama ibu bapanya dengan pengasuh, apabila melihat video bayi kembar 3 itu, memang terubat sedikit hati. Malah pengasuhnya juga mengatakan ketiga-tiga bayi tersebut tak menangis pun.

Tips & persediaan hantar bayi ke pusat jagaan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Praktis dengan tinggalkan anak bersama ahli keluarga lain

Cuba tinggalkan anak bersama ahli keluarga lain, baik yang selalu jumpa atau tidak. Tinggalkan selama beberapa jam sudah mencukupi. Ini supaya anda dapat mengajar anak untuk membiasakan diri bila anda tiada. Kalau tidak, 24 jam nak berkepit sahaja kan? Bagaimana nak hantar anak ke pusat jagaan tu kalau lagaknya dah macam tu. Alamatnya asyik menangis sahajalah nanti di rumah asuhan. Ibu pun mula risau.

#2 Bawa anak berjumpa dengan orang lain

Jika anak anda jarang bertemu dengan orang lain dan anda biasa tidak membawa anak anda ke mana-mana, besar kemungkinan anak anda tidak dapat bergaul dengan baik bersama orang lain. Macammana nak bergaul kan kalau anak anda takut dengan orang lain? Tak biasa pulak tu.

#3 Lawat taska atau rumah pengasuh

Ini adalah perkara paling penting yang ibu bapa perlu tahu. Anda kena lihat dulu bagaimana keadaan tempat tersebut. Adakah ia nampak selamat? Berapa ramaikah budak jagaan dalam pusat asuhan dan adakah taska tersebut berdaftar? Apakah faktor keselamatan yang diambil oleh pihak pengasuh sekiranya berlaku apa-apa yang tidak diingini. Masa inilah anda kena rujuk juga dengan jiran-jiran terdekat dan tanyakan bahawa adakah pusat satu rumah asuhan ini okey untuk anak anda.

#4 Buat lawatan mengejut

Apabila anda sudah melawat ke rumah asuhan atau taska, apa kata anda datang lagi sekali lagi. Tapi, kali ini anda datang tanpa membuat temu janji. Kira lawatan mengejutlah. Tujuannya satu sahaja iaitu kita nak lihat perbezaan. Ada beza tak rumah asuhan ini dengan taska sewaktu anda datang masa temu janji dan sewaktu tiada temu janji. Kalau beza sangat tu dan anda rasa seperti ketara sangat seperti rumah jadi bersepah teruk dan anak asuhan tidak terurus, anda sendiri boleh pilih sama ada nak pilih mereka atau tidak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5 Persediaan barangan anak

Selepas anda sudah memilih pusat jagaan yang anda rasakan bersesuaian, bolehlah anda menyiapkan keperluan anak anda secukupnya sebelum anda hantar anak anda ke rumah asuhan. Selain itu, apa yang anda boleh lakukan adalah anda boleh berbincang dengan penjaga mengenai keperluan anak anda. Anak kan berbeza-beza keperluannya? Jadi, bila anda bincang dengan pengasuh terlebih dahulu, penjaga anak anda akan lebih bersedia untuk memenuhi keperluan anak anda.

#6 Jalin hubungan baik dengan pengasuh

Pastikan anda menjalinkan hubungan baik dengan pusat jagaan dan jangan lupa minta nombor telefon mereka untuk membincangkan mengenai perihal anak. Pengasuhlah yang akan menjaga anak anda sepanjang ketiadaan anda. Jadi pastikan anda sentiasa berhubung dan berbaik-baik dengan mereka

#7. Perhatikan tingkah laku anak apabila pergi dan pulang dari pusat jagaan

Selalunya bayi yang lebih berusia, apabila dihantar ke pusat jagaan mereka memang akan menangis sekurang-kurangnya dalam seminggu. Namun sekiranya mereka masih berkelakuan sama selepas tempoh seminggu atau lebih, bermakna ada sesuatu yang tidak kena. 

Kanak-kanak ini jujur, kalau dia tak suka memang dia tak suka. Tiada kompromi di situ. Dan kalau dia suka memang betul dia suka dan gembira di pusat jagaan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: 5 Petanda Anda Mendapat Pengasuh Yang Tidak Baik