Pada minggu pertama anda menjadi ibu ayah tentunya menguji mental dan fizikal. Seronok dan teruja ya juga namun, realitinya perlu dihadapi. Anak menangis tak sudah, bayi menangis bila diletak, lapar pun menangis, tengah malam pun menangis.
Bayi baru lahir selalunya akan menangis untuk 3 benda asas ini sahaja iaitu bila dia lapar, sakit perut, dan tidak selesa (lampin basah/penuh).
Namun kalau bukan sebab ketiga-tiga itu, ada kemungkinan bayi anda ingin berasa selamat seperti di dalam perut dulu.
Hal ini kerana, bayi memerlukan sentuhan fizikal yang cukup dalam masa beberapa bulan pertama kehidupan mereka. Sesetengah pakar memanggil bulan ini sebagai ‘trimester keempat’ ibu.
Dalam tempoh tersebut, adalah penting anda pegang bayi sepanjang masa.
Bayi menangis bila diletak
Bagi bayi baru lahir, peralihan dari rahim ke dunia sebenar boleh jadi agak mencabar. Si kecil itu seolah-olah belum bersedia untuk ke dunia luar.
Ialahkan… Sepanjang sembilan bulan, mereka hidup dalam suasana yang aman, gelap, hangat dan kekal 37 darjah celcius.
Saat itu mereka tak perlu sesuaikan diri dengan lampin dan buaian. Si kecil itu menghabiskan sebahagian besar masa mereka dengan tidur.
Baca juga: Guna Teknik 5S Untuk Membantu Bayi Henti Menangis
Namun secara tiba-tiba aktiviti ini berubah. Bayi anda sekarang perlu menyesuaikan diri dengan bunyi dan suasana baru. Dia tidak lagi berhubung dengan ibunya seperti dalam kandungan.
Atas faktor ini, si kecil cemas dan memaksa dia untuk menimbulkan ‘jam penggera’ ketika ditinggalkan sendirian.
Dia hanya perlukan anda untuk segalanya terutama keselesaan.
Ketika mencari keselesaan itu, dia akan berasa gugup lalu bayi menangis bila di letak. Dia ingin terus dikendong dan dipegang oleh ibunya.
8 penjagaan bayi baru lahir
Kredit: Sirap Limau
Ini antara 8 aktiviti yang boleh anda cuba supaya si kecil selesa tanpa perlu berdukung sepanjang masa:
#1 Tiru pergerakan rahim
Ketika dalam kandungan, bayi mengalami pergerakan lembut ketika anda bergerak. Oleh itu, untuk tenangkan si kecil, anda boleh menggoyangkan mereka dalam buaian atau cuba perlahan-lahan berjalan dengannya.
Pergerakan ini seolah-olah sama seperti tindakan dalam rahim sekaligus membuatnya rasa selamat.
#2 Bunyi bising
Bayi sering mendengar suara ibu dari dalam rahim. Tapi setelah dilahirkan, mereka dapat dengar banyak bunyi dengan jelas. Ia boleh buatnya keliru.
Pilihan yang baik adalah bermain muzik lembut di sekelilingnya seperti mengalunkan selawat ke atas Nabi atau nyanyi lagu dodoian seperti Anakku Sayang.
Mandian hangat dapat tenangkan bayi dengan sentuhan kulit ke kulit yang membuatnya rasa lebih selamat. Malah ia adalah bonding time yang terbaik buat ibu dan anak.
7 Pakai baby carrier/penggendong bayi
Dengan menggunakan baby carrier juga, ia dapat membantu menenangkan si kecil yang tak mahu diletak ke bawah.
Menurut kajian, bayi yang dipeluk dan dipegang sepanjang hari kurang cerewet berbanding bayi yang hanya dipegang ketika menyusu.
8 Tidur bersama bayi
Antara kuasa ajaib lain yang boleh mengurangkan tangisan bayi adalah tidur bersamanya. Hal ini kerana, jika ibu tidur bersama si kecil itu dia lebih cepat tidur dan lama.
Penjagaan bayi baru lahir, ini apa parents patut tahu
- Lihat sama ada si kecil itu bimbang berseorangan atau hanya mencari keselesaan.
- Anda perlu ikut naluri ibu dalam melakukan sesuatu perkara pada tahun pertama kehidupan bayi anda.
- Jangan rasa dukung dan pegang bayi itu sesuatu yang membebankan hingga buat anda rasa stres melampau.
- Jika anda terlelap atau letih menjaga si kecil, minta suami atau pembantu untuk memegang bayi sementara waktu.
Jangan pernah rasa stress sekiranya tidak tahu apa yang patut dilakukan sekiranya bayi tetap menangis. Percayalah ia mungkin memakan masa sedikit untuk anda adjust dengan kehidupan baru ini, jadi begitu juga bayi. Selama ini dia dalam perut, gelap dan rasa selamat. Kini di dunia ia terlalu luas bagi bayi sebab itu dia sentiasa mahu dipeluk dan dipegang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!