Ajaib! Bayi ini lahir lepas 4 tahun ibu bapanya meninggal, bagaimana ia terjadi?

Apa yang anda tahu tentang ibu tumpang? Baca lanjut...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Macam tak percaya, seorang bayi lahir melalui ibu tumpang setelah 4 tahun ibu bapanya meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Agak-agak kamu, macam mana anak itu dilahirkan? 

Bayi lahir melalui ibu tumpang: Anak dapat melihat dunia walaupun ibu bapa sudah meninggal 

Semasa pasangan suami isteri Shen Jie dan Liu Xi masih hidup, mereka sangat berharap untuk mempunyai anak. Oleh sebab itu, pelbagai cara dilakukan pasangan dari Jiangsu, China ini demi semata mendapatkan seorang bayi.

Pasangan ini akhirnya melakukan kaedah pembekuan embrio melalui proses Vitro Fertilisation (IVF). Apa yang menyedihkan, pada 2013, pasangan ini terbabit dengan kemalangan jalan raya hingga membawa maut.

Walaupun mereka sudah tiada, namun ibu bapa pasangan ini tidak akan melupakan niat dan impian mereka untuk ada anak. Jadi, ibu bapa pasangan ini terus mencari ibu tumpang untuk mengandung dan melahirkan cucu mereka yakni benih anak mereka yang sudah mati itu. 

Bayi lahir membawa kenangan ibu bapanya 

Embrio yang disimpan itu merupakan salah satu pembawa darah daging dalam keluarga. Ia turut membawa kenangan ibu bapa mereka. Malah, kelakuan dan rupa paras anak juga pastinya mengikut ibu bapa kandungnya walaupun bayi lahir dengan proses ibu tumpang. 

Pada 2014, atuk dan nenek bayi lelaki itu memulakan pencarian ibu tumpang dan kerap kali ke hospital bagi menyaksikan benih anak kandung mereka yang sudah mati itu bersenyawa dengan baik dalam rahim ibu tumpang. 

Walaubagaimanapun, bayi lahir melalui ibu tumpang ini tidak boleh dibuat di China. Jadi atuk dan nenek bayi tersebut melakukannya di Laos. Itupun selepas mendapat 20 orang calon ibu dalam beberapa tahun.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akhirnya mereka menjumpai ibu tumpang yang sesuai. Beberapa tahun kemudian pada 9 Disember 2017, ibu tumpang ini melahirkan bayi tersebut di China.

Untuk mendapatkan warganegara China, atuk dan nenek bayi tersebut membuat ujian DNA bagi memastikan bayi tersebut adalah cucu kandung mereka dan diberi nama Tiantian. 

Bionix Development Corporation

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi lahir melalui ibu tumpang: pandangan syariat Islam di Malaysia

Tak dinafikan tujuan perkahwinan adalah untuk dapatkan zuriat demi kelangsungan alam rumah tangga dan nasab keturunan. Disebabkan itu, pelbagai cara moden dilakukan demi mendapatkan zuriat atas sebab beberapa faktor kesihatan dan lain-lain.

Salah satunya menggunakan kaedah ibu tumpang (surrogate mother) yang mana mengambil sperma dan ovum pasangan lalu disenyawakan di luar kemudian dipindahkan pada rahim perempuan lain. 

Hukum Menggunakan Kaedah Ibu Tumpang

Namun, bagaimana pandangan Islam terhadap kaedah ini? Adakah ia benar-benar menepati syariah? Ia dilakukan seperti: 

  • Sperma dan ovum pasangan suami isteri disenyawakan di luar kemudian dipindahkan ke rahim perempuan lain.
  • Sperma dan ovum pasangan suami-isteri disenyawakan di luar kemudian dipindahkan ke rahim isteri lelaki yang lain (bagi yang berpoligami).
  • Sperma dan ovum diambil dari lelaki dan perempuan yang berlainan disenyawakan di luar dan kemudiannya dipindahkan ke rahim perempuan ajnabi yang lain. Selepas dilahirkan bayi tersebut diberi pada mereka yang inginkannya. 
  • Sperma suami disenyawakan dengan ovum perempuan ajnabi yang mana perempuan tersebut akan mengandungkan anak tersebut dan apabila selamat melahirkan, bayi diserahkan kepada pasangan bersama wang ganjaran. 
  • Ovum  isteri akan diambil bersama sperma dari lelaki lain dan kemudian dipindahkan ke dalam rahim perempuan  yang lain dan selepas melahirkan anak tersebut maka diserahkan kepada pasangan yang ingin beserta wang. 

Walaubagaimanapun, fatwa negeri di Malaysia mengatakan ibu tumpang adalah HARAM

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Menggunakan kaedah khidmat ibu tumpang untuk mendapatkan zuriat adalah diharamkan oleh Islam walaupun sperma dan ovum adalah diambil daripada pasangan suami isteri yang sah kerana ia akan menyebabkan berlakunya kekeliruan nasab anak yang akan dilahirkan”

 

 

 

 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

Sumber: theAsianparent Singapore , Mufti Wilayah Persekutuan 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca lagi:

Walau sudah ada isteri, 5 artis ini pilih wanita lain untuk mengandung anak mereka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan