"Biarkan Saja Anak Tidur Tanpa Bantal, Mereka Tak Perlukan Pun, Boleh Buat Bayi Lemas!" -Doktor

Pelik tapi benar. Bayi lemas ketika tidur salah satunya berpunca daripada penggunaan bantal. Percaya atau tidak, ia memang benar-benar berlaku.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam tempoh PKP ni dengan proses berpantang, menyediakan kelengkapan baby, susukan dan tidurkan baby, semua bendalah kena buat sendiri sendiri. Malah mengenai bantal pun kita kena fikir boleh ke guna bantal? Risau takut bayi lemas. 

Pernahkah anda terfikir bahawa bantal yang dianggap sebagai pelengkap tidur ini boleh bawa mudarat kepada bayi anda?

Kami kongsikan kali ini, mengapa bantal tidak perlu terutama untuk bayi baru lahir

Bayi lemas kerana bantal 

Menurut Dr Ahmad Luqman Bukhari, bahayanya kalau ibu ayah tak tahu ilmu ini sebab mungkin boleh jadi punca bayi meninggal dunia masa tengah tidur.

Kadang-kadang kita nak sangat si comel itu baring dan tidur dalam keadaan selesa. Ibu ayah pun excited lah belikan set tilam yang tebal dan lembut. Siap sekali pakej dengan bantal empuk. Ingatkan itu yang terbaik.

Tengok-tengok rupanya itulah salah satu punca kenapa bayi tiba tiba mati mengejut – Sudden Death Infant Syndrom (SIDS). Bagaimana ia boleh terjadi?

Bagaimana bantal boleh buat bayi mati mengejut? 

Waktu ditidurkan atas tilam lembut itu, tubuh bayi berisiko untuk tenggelam dari paras selamat hinggakan terbenam mukanya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akhirnya pernafasan bayi yang masih belum pandai nak berpusing ke kiri dan kanan tu terhalang hinggakan lemas akibat tilam dan bantal sendiri.

Bayi terutama yang baru lahir, mereka masih belum pandai mengalihkan muka ke kiri dan ke kanan jika rasa lemas. Disebabkan itu tinggi risiko untuk anak meninggal dunia dengan mengejut jika mereka kelemasan oleh bantal atau tilam.

Cara paling selamat digunakan ketika anak tidur? 

Jadi cara apa paling selamat yang mana anak selesa tidur dan ibu ayah pun senang hati. Ini cara yang dikongsikan doktor ini kepada ibu ayah di luar sana. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Biarkan saja Si Comel anda itu tidur tanpa perlu pakai bantal
  2. Gunakan tilam bayi yang leper, padat dan tidak terlalu lembut
  3. Alihkan selimut tebal, pad tepi atau soft toys daripada tilam. Jika dibiarkan berada di sekeliling bayi, risiko untuk mengalami SIDS ini jadi makin meningkat

Panduan jika mahu gunakan bantal

Ada yang menyarankan, umur sesuai untuk kenalkan anak dengan bantal adalah selepas dua tahun kerana pada ketika ini mereka sudah boleh mengalihkan kepada sendiri jika rasa lemas dan pernafasan tidak selesa.

#1. Lihat tanda perlu bantal pada anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kadang-kadang anak akan menunjukkan tanda-tanda sedia untuk memiliki bantal sendiri, contohnya apabila dia lebih suka tidur atas selimutnya ataupun berkongsi bantal dengan ibu bapanya.

Berhenti menggunakan bantal dengan segera jika anak menunjukkan tanda-tanda kurang selesa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Bantal rata dan nipis

Pilih bantal kecil, rata, nipis, dan khas untuk kegunaan bayi. Pastikan bantal itu tidak terlalu lembut ataupun terlalu keras. Bantal yang terlalu lembut mempunyai risiko SIDS yang lebih tinggi.

Ada dijual di pasaran bantal dan tilam jenis latex yang rata dan tidak terlalu lembut atau keras. Ia amat disyorkan jika anda mahu beri bayi menggunakan bantal.

Anda juga mungkin boleh cuba cara ini. Sebelum membeli bantal, tekan bantal itu dulu dan lihat betapa cepat ia kembali ke bentuk asal.

Jika bantal itu tidak berubah bentuk, ini bermakna bantal itu terlalu lembut. Jika bantal itu mengambil masa yang terlalu lama untuk kembali ke bentuk asal, bantal itu mungkin terlalu keras untuk anak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Elak bantal daripada bulu binatang seperti burung

Elakkan dari membeli bantal yang diisi dengan bulu burung. Kepala anak boleh tenggelam ke dalam bantal dan dia boleh lemas. Hujung bulu burung juga sangat tajam dan boleh tercucuk keluar dan mencederakan muka atau mata anak anda.

Ia juga boleh buat anak alahan. Belikan bantal yang dibuat dengan 100% poliester polyfill tidak alergenik untuk mengelakkan alahan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bolehkah Bayi Guna Bantal? Ini 7 Bantal Bayi Khusus Untuk Elak Sindrom Flat Head

Baca juga: Susah Pisahkan Anak Dengan Bantal Busuk? Cuba 5 Cara Ini

Baca juga: Nak Selesa Semasa Menyusu Bayi? Ini 7 Jenama Nursing Pillow Yang Bagus & Terbaik

Penulis

Lala Annuar