Tragedi Menyayat Hati Apabila Bayi Maut Semasa Menyusu Gara-Gara Ibu Tertidur

Seorang bayi berusia 7 minggu maut semasa menyusu apabila ibunya secara tidak sengaja telah tertidur! Hati-hati ibu semua!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kejadian yang sungguh menyayat hati apabila seorang bayi maut semasa menyusu apabila ibunya tertidur! 

Setiap ibu tahu perasaannya apabila terpaksa bangun di tengah malam untuk memberi makan kepada bayi yang lapar dan sedang menangis.

Itulah yang dilalui oleh ibu baru, Kristin Hoffman apabila anak lelakinya, John – 7 minggu menangis setiap malam. Akibat itu, beliau tidak dapat tidur. 

Bayi Maut Semasa Menyusu 

Hoffman mengambil anaknya yang menangis dari tempat tidur dan kembali ke katilnya sendiri untuk memberi susu. Semasa sedang menyusu, dia tertidur dan tidak bangun sehingga pagi.

Semuanya sudah terlambat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila Hoffman bangun keesokan paginya, dia mendapati anaknya lelaki telah meninggal dalam tidur.

“Anak lelaki saya yang handsome itu telah melepaskan payudara saya dan masuk ke dalam selimut awal pagi Ahad. Tapi,  dia terus ke syurga,” ucap Hoffman dalam catatan Facebooknya.

Ketika Hoffman sedang tidur, anaknya telah lemas di dalam cadar!

Pantang larang ibu menyusu supaya tak berulang pada ibu bapa lain

“Tidak kira walau betapa anda penat pun, bangun dan duduk di atas kerusi dan jangan tidur ketika anda memberi makan pada anak anda ketika waktu malam,” tegas beliau.

Hoffman berkata memilih kerusi berbanding katil semasa menyusu mungkin menjadi faktor penentu antara hidup atau mati untuk kanak-kanak.

Mencegah Tragedi Ini Pada Masa Akan Datang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Walaupun tidur bersama adalah trend yang popular, terdapat beberapa risiko yang serius. Sebaliknya, pakar menyarankan agar bayi anda tidur di dalam katil mereka sendiri di sebelah katil anda untuk membantu memastikan bayi anda selamat. Anda juga perlu mengikut garis panduan ini:

  • Bayi harus tidur tanpa selimut, bantal atau mainan di sekelilingnya. (Bendung adalah alternatif terbaik untuk bayi hangat tanpa selimut).
  • Pakar mencadangkan agar bayi tidak diberikan selimut sehingga berusia 12-18 bulan.
  • Permukaan tidur haruslah teguh. Bayi comel anda sangat kecil, dan tilam lembut dan mewah anda jauh lebih mendap untuknya.
  • Sarung tilam sepatutnya ketat pada tilam untuk mengelakkan kain berlebihan.
  • Tilam perlu dipasang dengan rapat pada katil bayi supaya tidak ada ruang pada sisi untuk bayi itu tergelincir dan tersangkut.
  • Bayi tidak boleh tidur di atas sofa, kerana kusyen yang lembut memudahkan bayi tersangkut atau terhimpit dan tidak dapat bernafas.
  • Bayi perlu diletakkan di atas katilnya. Sesetengah ibu bapa menegaskan bahawa bayi mereka lebih suka tidur di atas perut, tetapi ini berbahaya. 

Terdapat risiko apabila anda meletakkan bayi anda untuk tidur, tetapi setiap ibu bapa boleh mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan bayi mereka selamat.

Sumber: Family Share.

Gambar dari laman Facebook Kristin

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Gaya Tidur Bayi Anda – Apa Yang Selamat Dan Apa Yang Tidak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Michelle Goh