Ibu Ayah Buntu Bayi Menangis Tak Berhenti? Doktor Ini Kongsi Cara Tenangkan Anak, Ibu Boleh Cuba!

Jika anda merupakan seorang ibu atau ayah yang tidak cukup tidur akibat bayi menangis tak berhenti anda perlu membaca artikel ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semua yang bergelar ibu, pasti pernah merasai situasi bayi menangis tak berhenti. Jangan risau, bayi menangis adalah perkara biasa. Bayi sihat baru lahir juga akan menangis selama satu hingga tiga jam sehari.

Sebenarnya ia menunjukkan proses tumbesaran yang sedang dilalui mereka berjalan lancar. Oleh kerana tidak dapat berbuat apa-apa, mereka akan menangis sebagai petanda mahukan sesuatu seperti makanan, belaian dan keselesaan secukupnya.

Dalam beberapa hari pertama, bagi yang baru menjadi ibu atau bapa mungkin kurang mahir mengenal pasti keperluan mereka, tangisan itu kadangkala boleh melahirkan rasa bimbang.

Memudahkan lagi ibu mengawal tangisan bayi anda, terdapat cara menenangkan bayi menangis, terutama bayi yang baru lahir seperti video tular yang ditunjukkan seorang doktor yang bekerja di sebuah hospital Pulau Pinang.

@nrliyana96 Cara senyapkan baby newborn menangis . pencerahan dr Tan dari hospital Lam wah e Penang . #baby #newborn #newbornbaby #infobaby #momtobe #berpantang #ibuselepasbersalin #newbornbabycrying #parents #ilmuparenting #fyp ♬ original sound – Nana🤍

Melalui perkongsian video dari pemilik akaun Tiktok @nrliyana96 , kelihatan seorang lelaki memakai coat putih, dipercayai sebagai seorang doktor sedang mengangkat bayi yang menangis lalu mengendongnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas beberapa saat doktor itu melakukan sedikit pergerakan, ajaibnya bayi tersebut secara tiba-tiba berhenti menangis!

Doktor tersebut adalah Dr. Tan yang bertugas di Hospital Lam Wah E Pulau Pinang, sedang menerangkan cara menenangkan bayi baru lahir yang menangis kepada seorang ibu.

Menurut Dr. Tan, sewaktu ingin memujuk bayi baru lahir yang menangis, pastikan si kecil didukung berhampiran perut dan dada anda. Kemudian, ‘hayun’ lembut badan anda ke kiri dan ke kanan berulang kali, sambil sedikit berjalan sehingga tangisan berhenti.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hal ini terjadi kerana sewaktu bayi berada di dalam 9 bulan kandungan, dia telah terbiasa dan berasa selesa dengan pergerakan yang dilakukan ibunya semasa berjalan.

Malah, Dr. Tan juga berkongsi tips mengejutkan bayi baru lahir yang sedang tidur untuk menyusu. Caranya amat mudah!

Katanya, ibu perlu merangkul bayi dengan meletakkan sebelah tangan di kawasan belakang kepalanya dan sebelah tangan lagi di bahagian bawah badan bayi, lalu lakukan pergerakan ‘membuai’ ke atas ke bawah seakan menimang dengan lembut.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemudian, buat pergerakan ke depan dengan perlahan-lahan dan ulangi langkah tersebut sehingga mulut bayi terbuka untuk diberikan susu.

Semoga artikel ini berguna buat para ibu yang sedang melalui fasa situasi bayi menangis tak berhenti ini.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : 7 Tanda Bayi Kembung Perut Ibu Perlu Tahu, Patutlah Dia Asyik Menangis Saja!

Baca juga : Dilema Ibu Perlu Mula Bekerja, Ini Cara Menenangkan Bayi Suka Menangis Bila Berpisah!

Baca juga : Pakar Kongsi Cara Tenangkan Bayi Menangis Menggunakan Teknik 5S, Ibu Patut Cuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Nursyamimi