Pergerakan Bayi Ketika Kehamilan: Apa Yang Normal & Apa Yang Tidak?

Ketika melalui tempoh kehamilan, setiap ibu akan merasai bayi menendang dalam perut. Sama ada perlahan atau terlalu aktif, ini yang perlu anda tahu!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Keterujaan ketika merasakan pergerakan atau bayi menendang adalah momen yang menyentuh hati dan paling dinantikan oleh setiap wanita bergelar ibu. Walau bagaimanapun, aktiviti bayi boleh menjadi petunjuk penting sejauh mana tahap kesihatannya.

Meskipun setiap kehamilan adalah berbeza-beza, ada beberapa cara boleh dilakukan untuk menilai bayi normal atau perkara yang harus anda bimbangkan.

Bagaimana rasanya bayi menendang?

Pergerakan janin atau bayi menendang sering kali tidak menyakitkan. Perasaan ini sering digambarkan sebagai debaran yang mirip dengan kehangatan saraf dan dikenali ‘rama-rama’.

Kadang-kadang pergerakan bayi adalah sedikit lembut, yang mungkin pada awalnya anda tidak merasakan. Ia juga boleh membuatkan rasa geli, gelembung gas atau lapar. Ibu tidak perlu risau sekiranya tendangan sedikit agresif kerana bayi bertambah kuat dan mungkin akan menyebabkan rasa kurang selesa dan sakit ringan.

Bilakah saya mula merasakannya?

Pergerakan bayi dapat dirasakan seawal 14 minggu kehamilan. Bagi ibu buat kali pertama, ia adalah sekitar 18-24 minggu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Terdapat pelbagai faktor mempengaruhi tendangan bayi, iaitu:

  • Pengalaman: Bagi ibu yang pernah mengandung, anda cenderung merasakan bayi menendang ebih awal daripada kehamilan pertama kerana sudah mengetahui bagaimana rasanya. Ibu baru mungkin menganggap pergerakan bayi adalah masalah kesihatan sebelum menyedarinya secara lebih jelas.
  • Posisi plasenta: Kedudukan plasentaa biasanya ditentukan semasa imbasan 20 minggu. Wanita dengan plasenta anterior mungkin lebih sukar merasai gerakan bayi, iaitu keadaan di mana plasenta terlekat pada dinding depan rahim yang berfungsi sebagai bantal tambahan bayi.
  • Ukuran: Berat ibu memainkan peranan dalam merasakan tendangan bayi. Berat badan yang tinggi mungkin memerlukan masa untuk merasaiya kerana dinding perut lebih tebal.

Apakah pergerakan normal semasa trimester kehamilan?

  1. Trimester pertama (Minggu 1-12): Seperti kami katakan, anda mungkin mengalami pergerakan bayi sedikit demi sedikit. Anda mungkin tidak merasakan tendangan kerana saiz bayi masih kecil.
  2. Trimester kedua (Minggu 13-26): Apabila morning sickness mula berkurang, baby bump akan mula kelihatan dan anda akan mula merasai tendangan bayi secara perlahan. Ia akan bertambah apabila usia kandungan meningkat.
  3. Trimester ketiga (Minggu 27-40): Ketika bayi semakin membesar, ruangnya akan semakin berkurang. Namun ia mempunyai lebih banyak tenaga dan anda mungkin mengalami tendangan aktif sehingga berasa sedikit sakit atau tidak selesa.

Berapa kerapkah bayi akan menendang? Secara amnya, aktiviti bayi normal dan sihat didefinisikan sebagai 10 atau lebih pergerakan dalam masa 2 jam. Namun, ingatlah bahawa bayi mempunyai kitaran tidur antara 20 hingga 40 minit, ia boleh berlanjutan sehingga 90 minit.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang tidak normal: pergerakan bayi menurun

Perubahan besar dalam corak pergerakan bayi mungkin merupakan tanda bahawa dia tidak sihat. Beberapa puncanya adalah kitaran tidur, masalah generik seperti kegemukan yang dapat mempengaruhi kemampuan anda untuk merasai tendangan.

Namun sekiranya berlaku penurunan tiba-tiba, ia mungkin berpunca daripada kekurangan air ketuban dan menyebabkan bayi sukar bergerak. Ubat penahan sakit atau penenang menjadi punca. Selain itu, alkohol atau merokok amat mempengaruhi corak pergerakan bayi anda.

Menurut Pakar Keluarga Australia, ia boleh dikaitkan dengan kesibukan ibu hamil sehingga sukar merasai pergerakan bayi. Anda mungkin merasai tendangannya lebih sedikit apabila berdiri atau duduk. Adalah dinasihatkan untuk berbaring mengiring dan menumpukan perhatian bagi 10 atau lebih tendangan dalam 2 jam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pantau pergerakan bayi: menghitung tendangan

Mengira tendangan dan memahami corak pergerakan bayi adalah sangat penting bagi ibu terutamanya berada pada trimester ketiga bagi mengesan penurunan, ketidakaktifan atau perubahan secara drastik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu yang mengesan pergerakan janin dapat mengurangkan gangguan rahim dan mencegah risiko seperti kelahiran mati. Cara mudah anda adalah dengan merasakan berapa lama masa yang diperlukan untuk merasai 10 pergerakan.

Namun jangan panik jika anda tidak merasainya kerana ia mungkin berada dalam kitaran tidur. Ibu boleh cuba mengambil sedikit makanan ringan, minum jus atau berjalan-jalan selama beberapa minit sebelum berbaling mengiring.

Sekiranya bayi anda tidak bergerak sebanyak 10 kali dalam jangka masa dua jam, jangan takut untuk menghubungi doktor.

Artikel asal disiarkan dalam bahasa Inggeris. Ia diterjemahkan, disunting dan disiar semula dengan kebenaran theAsianparent Malaysia.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.compergerakan-bayi