Bayi Berusia 1 Bulan Ini Meninggal Di Majlis Aqiqahnya Akibat Rokok!

Siapa sangka, bayi malang ini maut di majlis aqiqah sendiri kerana bencana asap rokok. Ambil perhatian ibu bapa semua. Asap rokok berbahaya untuk bayi!

Bayi ini meninggal akibat rokok di majlis aqiqah sendiri

Majlis aqiqah sepatutnya menjadi majlis yang menggembirakan kerana meraikan kedatangan ahli keluarga yang baru.

Malah, majlis aqiqah berfungsi untuk memperkenalkan ahli keluarga baru kepada sanak saudara dan rakan-rakan. Ia bukanlah untuk dikenang sebagai memori hitam.

Walaubagaimanapun, untuk ibu ini, itulah yang terjadi dan ianya sungguh menyedihkan!

Lebih-lebih lagi punca pemergian bayinya yang baru lahir ialah daripada pelawat yang tidak bertanggungjawab ketika majlis aqiqah anaknya.

Lihat luahan hati ibu ini di Facebook milik peribadinya.

Amat menyedihkan, apabila bayi yang dikandung dan dilahirkan meninggal dunia kerana komplikasi daripada asap rokok!

Ia akibat dari pelawat yang datang ke majlis aqiqah bayi ini dan merokok berhampiran bayi mereka. Akhirnya yang mendapat kesan buruk ialah bayi kecil yang tidak bersalah ini.

Keluarga bayi yang tidak bersalah ini terpaksa menanggung kesedihan kehilangan bayi Muhammad Hafizh Syawal kerana pengunjung majlis aqiqah anak mereka yang mementingkan diri dan merokok berdekatan bayi mereka.

Di usia 1 bulan, bayi mereka meninggalkan mereka.

Apa yang terjadi pada bayi yang meninggal kerana rokok ini?

Melalui status ibu Muhammad Hafizh, Fitria Indah Lestari juga, beliau telah menceritakan kronologi kejadian yang menimpa bayi itu. 

Bagaimana mereka berusaha mencari solusi untuk menyelamatkan bayi mereka. Namun akibat usianya yang terlalu muda, ubat-ubatan banyak tidak boleh digunakan untuk menyelamatkannya.

Doktor telah mengesahkan Hafizh mengalami pneumonia yang teruk, disebabkan bayi itu kerap batuk dan sesak nafas.

Lebih menyedihkan apabila doktor sendiri menyatakan keadaan Hafizh yang terlalu teruk hingga meminta kedua ibu bapa Hafizh untuk menandatangani surat persetujuan sekiranya terjadi apa-apa.

Ibu bapa yang bersedih itu tiada pilihan melainkan untuk menurut.

Sedih melihat bayi mereka berselirat dengan pelbagai wayar dan tiub, namun mereka tidak putus asa untuk terus berjuang bersama Hafizh dengan doa yang tidak putus agar Hafizh pulih.

Namun, semuanya berakhir apabila berita pemergian Hafizh disampaikan pada 30 Julai lalu.

Anak syurga wahai Muhammad Hafizh.

Wahai perokok, tidakkah berita seumpama ini memberi kesan kepada anda? Jangan terlalu mementingkan diri dan merokok berhampiran mereka tidak merokok lebih-lebih lagi bayi dan kanak-kanak.

Sekiranya anda terlupa bagaimana sebenarnya asap rokok boleh membahayakan oleh lain, sukacita untuk kami ingatkan melalui artikel 10 bahaya rokok yang anda sebarkan kepada anak-anak anda begitu juga dengan Menjadi perokok di usia 51 hari, ibu bayi ini tersentap dengan kenyataan doktor.

Anda juga patut baca tentang Bahaya asap rokok terhadap wanita hamil dan Rokok dan bayi: Tanggungjawab ibubapa dan perokok

Semoga kejadian seperti ini dijauhkan daripada anda sekeluarga. Jaga kesihatan si manja malah kesihatan anda juga, ya! 

Sumber : theAsianParent Indonesia, tribune news, facebook : Fitria Indah Lestari

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

Rokok dan bayi: Tanggungjawab ibubapa dan perokok

Penulis

Aqma