Risiko Bayi Meninggal Dalam Kandungan Atau Lahir Mati Jika Over Due 40 Minggu Kehamilan - KAJIAN

Kajian menyatakan yang sekiranya kehamilan melebihi 40 minggu, lebih banyak risiko jangka hayat bayi hanya sementara atau bayi meninggal dalam kandungan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Satu kegusaran bagi ibu hamil adalah risiko bayi meninggal dalam kandungan atas pelbagai faktor. Apatah lagi sekiranya ia berlaku ketika kandungan telah mencapai tahap matang dan hanya menunggu waktu bersalin!

Sebab mengapa bayi overdue biasanya tidak diketahui, malah ia boleh disebabkan genetik. Wanita yang ada pengalaman bersalin lebih dari tarikh yang sepatutnya lebih cenderung untuk mempunyai risiko yang sama untuk kehamilan seterusnya.

Kehamilan selepas minggu ke-40 jarang membahayakan bayi, namun kajian terbaru menyatakan sebaliknya!

Kematian Bayi Baru Lahir dan Bayi Meninggal Dalam Kandungan Jika Overdue

Sebuah kajian baru-baru ini mengatakan, wanita hamil yang melepasi tarikh matang kandungan mempunyai risiko bayi lahir mati dan kematian selepas baru lahir berbanding ibu yang bersalin pada 37 minggu.

Para penyelidik meneliti data daripada 13 kajian yang diterbitkan sebelumnya, merangkumi 15 juta kehamilan dan 17,830 kelahiran mati. Ini juga termasuk bayi meninggal dalam kandungan selepas melepasi 40 minggu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Secara keseluruhannya, kehamilan yang berterusan 41 minggu atau lebih lama mempunyai risiko besar bayi meninggal dalam kandungan dan kematian baru lahir dalam tempoh 28 hari pertama.

Dari minggu ke 40 hingga 41, risiko lahir mati meningkat 64% berbanding dengan ibu bersalin 37 minggu. Pada minggu ke 41 hingga 42 pula, risiko kematian neonatal meningkat 87%.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut Shakila Thangaratinam, pengarang kanan kajian dan penyelidik di Queen Mary University of London.

“Fungsi plasenta menjadi berkurang semasa kehamilan berterusan dan melampaui tarikh yang sepatutnya,” “Ini  memainkan peranan penting dalam penyebab kelahiran mati dan tindakbalas yang buruk selepas bersalin,”

WHO Cadangkan Induce Bagi Mempercepatkan Proses Bersalin

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengesyorkan induksi bersalin pada 42 minggu kerana kehamilan berlanjutan lebih lama bukan sahaja dikaitkan dengan peningkatan risiko bayi meninggal dalam kandungan, malah boleh mewujudkan komplikasi bagi kedua ibu dan bayi.

Bagi wanita tanpa komplikasi semasa kehamilan, sebaiknya tunggu untuk mempertimbangkan induksi atau bersalin secara pembedahan sehingga 39 minggu.

Walau bagaimanapun, hasilnya menekankan bahawa kehamilan sebaik-baiknya bertahan lebih dari 37 minggu, kata Vicki Flenady, pengarah Pusat Kecemerlangan Penyelidikan dalam Stillbirth di University of Queensland di Australia.

“Ia lebih bagus jika wanita mencapai kehamilan penuh mereka selama 41 minggu, kerana ini membolehkan bayi berkembang sepenuhnya, terutamanya dalam pertumbuhan otak, yang sangat cepat menjelang akhir kehamilan,”  “Terdapat beberapa keadaan di mana wanita perlu diinduksi atau mempunyai pembedahan caesar sebelum tarikh tamatnya, contohnya untuk mengelakkan kelahiran mati,” kata Flenady. “Bagaimanapun, bilangan induksi semakin meningkat dan terdapat kebimbangan bahawa sesetengah wanita mempunyai kelahiran awal yang tidak perlu.”

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: channelnewasia

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

https://my.theasianparent.compengalaman-bersalin-induce

Penulis

Beto Rahman