Perlukah Bayi Menyusu Kedua Belah Payudara? Berapa Lama Bayi Perlu Menyusu? Ini Yang Ibu Perlu Tahu

Ibu akan mula bertanya apabila sesuatu itu baru berlaku. Misalnya ketika memberi susu kepada bayi, tiba-tiba bayi tidak melekap penuh pada puting dan tidak mahu menyusu. Waktu itulah baru tertanya “eh mengapa bayi tidak melekap?”

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk ibu-ibu baharu mesti selalu terfikir patutkah menyusu bayi kedua-dua payudara? Bila bayi menyusu lama bagaimana nak tahu bayi sudah kenyang atau belum? Dan berapa kerap perlu menyusu?

Kalau nak diikutkan memang banyak persoalan ibu-ibu apabila tiba waktu menyusu anak. Kadang-kadang persoalan itu datang bertalu-talu. Bukanlah nak cakap ibu-ibu ini tidak membuat ‘research’ dahulu, tapi ini sebenarnya normal. 

Ibu akan mula bertanya apabila sesuatu itu baru berlaku. Misalnya ketika memberi susu kepada bayi, tiba-tiba bayi tidak melekap penuh pada puting dan tidak mahu menyusu. Waktu itulah baru tertanya “eh mengapa bayi tidak melekap?” Kemudian sedang bayi menyusu lama pula, dalam hati mulai terdetik “berapa lama bayi patut menyusu?” 

Jadi persoalan akan datang bila kita alami sesuatu yang baru. Disebabkan itu kami menyediakan segala persoalan mengenai menyusu bayi!

Berapa kerap patut menyusu?

Anda patut menyusu bayi anda bila-bila saja bayi mahukan. Tidak perlu menunggu sehingga bayi menangis. Pada awalnya, mungkin boleh beri selang dua jam, atau sekerap yang mungkin.

Ini kerana perut bayi sangat kecil apabila lahir dan mungkin tidak dapat menerima susu yang banya dalam satu masa. Malahan susu ibu ini cepat dan mudah untuk dicerna, jadi kemungkinan besar bayi akan kerap berasa kenyang dan lapar. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya bayi baru lahir tidur lama sehingga empat jam dan dia berusia bawah enam minggu, anda mungkin perlu mengejutkan bayi anda dan menyusu secepat mungkin.

Dia perlu disusukan mengikut masa yang konsisten atau nanti dia mungkin akan mengalami kitaran menyusu yang teruk. Ini bermakna dia akan terlalu penat apabila lapar, dan apabila terlalu penat dia tidak dapat bangun untuk meminta disusukan. 

Berapa lama bayi patut menyusu?

Ini memang menjadi persoalan ramai ibu-ibu baharu, tapi sebenarnya ia adalah bergantung kepada bayi anda sendiri. Ada bayi yang minum laju dan akan habis minum selepas 10 hingga 15 minit. Ini juga mungkin kerana perut bayi sangat kecil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sesetengah bayi pula akan tidur ketika sedang menyusu dan perlu dikejutkan malah masa menyusu akan mengambil masa lebih lama iaitu 40 minit. 

Namun menyusu bayi kurang daripada 10 minit atau lebih daripada 40 minit menunjukkan tanda yang kurang baik. Sentias perhatikan lampin bayi jika ia kerap penuh atau tidak untuk menunjukkan sama ada bayi anda mendapat susu secukupnya atau tidak. 

Payudara mana yang patut diberi dulu?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tidak kisah mana saja boleh diberikan dahulu, atau ikut payudara mana yang terasa lebih penuh. Dan anda tidak perlu sebenarnya memberi kedua-dua payudara. Walaupun orang tua-tua pernah berkata, perlu memberi kedua-duanya kerana yang kanan adalah makanan manakala belah kira merupakan air bagi bayi. 

Sebenarnya konsep itu tiada bukti yang saintifik. Apabila bayi sudah cukup kenyang dengan hanya satu payudara tidak mengapa. Untuk penyusuan seterusnya boleh beri sebelah lagi. 

Tapi jika bayi anda telah menyusu sebelah payudara sehingga ‘kering’ anda boleh bertukar ke sebelah lagi dan teruskan menyusu. Seeloknya memang habiskan dulu susu pada sebelah payudara.

Ini kerana komposisi susu berubah apabila bayi mula meminum. Pada awalnya akan keluar susu yang lebih cair yang dipanggil foremilk kemudian ia akan bertukar kepada susu yang lebih pekat pada penghujungnya iaitu hindmilk. Apabila bayi menyusu lengkap kedua jenis susu ini, mereka akan lebih kenyang dan juga baik untuk perkembangan otak. 

Bagaimana nak tahu bayi sudah habis menyusu?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi akan melepaskan puting sebaik dia kenyang atau habis minum. Anda tidak perlu menarik bayi anda ketika dia masih rancak menyusu. Sama ada bayi akan terus tidur lena dan berhenti hisap, atau berhenti hisap dengan sendirinya.

Sekiranya puting masih di dalam mulut bayi walaupun bayi sudah tertidur, sentiasa gerakkan mulutnya untuk memastikan jika dia masih ingin minum. 

Sumber: Parents

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Bayi Kurang Menyusu Punca Ibu Stres! Ketahui 12 Punca & Cara Atasi Masalah Ini

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan