Anak 9 Bulan Tapi Masih Mengesot? Apa Sebab Bayi Merangkak Lambat & Bagaimana Nak Bantu?

undefined

Pasti ramai ibu bapa yang mula risau apabila melihatkan bayi masih belum merangkak seperti bayi lain yang sebayanya. Kenapa bayi anda lambat merangkak dan adakah ini petanda buruk?

Salah satu milestone bayi yang penting adalah kebolehan merangkak. Bayi merangkak dengan baik rata-ratanya bermula pada usia 6-9 bulan, malah ada yang bermula dengan merangkak mengundur ke belakang.

Yang tak bestnya, kebiasaannya apabila bayi belum boleh merangkak pada 9 bulan ke atas, pasti ada yang mula mempersoalkan,

“Anak awak tak boleh merangkak lagi ke?”

Ha bila dah ada yang tanya macam ni, pasti ada sesetengah ibu bapa yang mula risau perkembangan anak ada masalah. Tambahan lagi apabila anak dibandingkan dengan bayi lain yang jauh lebih advanced, betul tak?

Bayi Merangkak Lambat Boleh Mempengaruhi Kebolehan Di Sekolah Kelak

bayi merangkak

Semasa mula merangkak, bayi belajar mengimbangkan diri di atas kedua-dua belah tangan dan lututnya. Sedikit demi sedikit, bayi akan bijak menggunakan lutut untuk bergerak ke depan dan ke belakang dan akhirnya mampu merangkak dengan laju.

Namun ada bayi yang terus skip fasa merangkak, malah boleh terus berjalan. Persoalannya, adakah melangkau fasa merangkak ini bagus untuk perkembangan si manja?

Hal ini kerana ada pakar yang berpendapat merangkak merupakan salah satu fasa perkembangan yang penting buat bayi. Ini kerana ia dapat menguatkan otot leher, tangan dan kaki, melatih koordinasi mata bayi, serta membangunkan penglihatan binokularnya.

Tak kurang juga ada juga kajian yang mengaitkan kebolehan merangkak ini dengan kesannya terhadap prestasi di sekolah kelak. Jika boleh, biarlah anak merangkak walaupun dalam tempoh yang sekejap.

9 Punca Anak Lambat Merangkak

bayi merangkak

Kredit: Shutterstock

Jika anak masih belum merangkak ada usia 9 bulan, anda sebenarnya boleh melatih dia untuk melakukannya. Sebelum itu, jom kita kenalpasti punca anak lambat merangkak.

#1 Bayi Lahir Pramatang

Bayi yang lahir pramatang biasanya mempunyai perkembangan fasa yang lebih lambat berbanding bayi lahir cukup bulan.

Sekiranya dia kini berusia 12 bulan tetapi dilahirkan 2 bulan lebih awal, besar kemungkinan perkembangannya adalah pada usia 10 bulan.

#2 Lebih Selesa Bergerak Cara Lain

Ada bayi yang lebih suka mengesot untuk mencapai sesuatu atau bergerak ke tempat lain. Malah dia kelihatan lebih selesa untuk bergerak dengan cara tersebut, dan pergerakkan juga sangat laju!

#3 Pakaian Tidak Selesa

Pakaian yang terlalu longgar, terlalu ketat atau fabrik yang menyukarkan bayi untuk melakukan pergerakkan juga merupakan salah satu faktor bayi lambat merangkak. Apa kata anda cuba pakaian si manja pakaian yang selesa untuk memudahkan bayi merangkak?

#4 Berat Badan Bayi

Anak 9 Bulan Tapi Masih Mengesot? Apa Sebab Bayi Merangkak Lambat & Bagaimana Nak Bantu?

Sesetengah bayi kelihatan aktif namun tidak mengalami berat yang sesuai dengan usia. Ini boleh menjadikan bayi tidak mampu untuk menampung badan sendiri khususnya apabila mempunyai berat badan berlebihan.

Ini bukan sahaja mempengaruhi kemampuan merangkak, malah melambatkan kebolehan bayi untuk memusingkan badan, meniarap, merangkak, atau menguasai kemahiran fizikal yang lain.

#5 Personaliti Bayi

Menurut Dr Sears, setiap bayi juga mempunyai personaliti tersendiri – ada yang aktif dan ada yang lebih santai. Bayi yang lebih bersikap tenang dan relaks mungkin lebih lewat perkembangan motornya berbanding bayi yang hiperaktif.

#6 Kurang ‘Tummy Time’

Tummy time seeloknya dilakukan seawal mungkin bagi bayi menguatkan otot-otot yang diperlukan untuk meniarap, berguling dan seterusnya merangkak. Latihan ini penting untuk bayi mendapatkan kestabilan serta fleksibiliti badan dan boleh dilakukan 15-30 saat pada satu-satu masa.

#7 Terlalu Kerap Didukung

Apabila anda kerap dukung bayi, tahap kebergantungan anak pada ibu bapa juga lebih tinggi. Bayi akan kurang dapat melatih pergerakan diri kerana tiada ruang untuk bergerak.

Sebaiknya, anda sediakan tempat yang lapang untuk si manja meneroka tubuhnya dan belajar merangkak di kawasan yang selamat.

#8 Penggunaan Baby Walker

Penggunaan baby walker dapat memudahkan para ibu untuk buat kerja rumah, dan kononnya membantu bayi belajar berjalan. Hakikatnya, ia boleh mengganggu bayi untuk belajar melakukan pergerakkan dengan betul, termasuklah kebolehan merangkak.

#9 Keadaan Kaki Bayibayi belum merangkak

Keadaan kaki bayi yang melengkung ke dalam atau tidak normal dikenali sebagai clubfoot, juga boleh menyebabkan bayi menghadapi masalah untuk merangkak. Bayi tersebut perlu dipakaikan kasut istimewa dan menjalani rawatan tertentu supaya keadaan kaki boleh normal seperti bayi lain.

Diharap perkongsian ini dapat melegakan kegelisahan para ibu bapa bila lihat anak belum merangkak. Buat pengetahuan anda, anak saya sendiri mula merangkak semasa berumur 11 bulan dan ia tidak memberi sebarang kesan pun pada perkembangannya yang lain. 🙂

Sekiranya anda masih risau akan perkembangan si manja, terus berhubung dengan doktor.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.Anak 9 Bulan Tapi Masih Mengesot? Apa Sebab Bayi Merangkak Lambat & Bagaimana Nak Bantu?

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bayi Duduk Atau Merangkak Dulu? Ini Apa Anda Perlu Tahu Tentang Bayi 4-8 Bulan

Baca juga: Risau Pula Tengok Bayi Merangkak, Tapi Ke Belakang, Apa Boleh Saya Buat?

Baca juga:  Tolong, Anak Tidak Berminat Untuk Merangkak! Adakah Dia Bermasalah?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!