X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Risau Pula Tengok Bayi Merangkak, Tapi Ke Belakang, Apa Boleh Saya Buat?

3 min bacaan
Risau Pula Tengok Bayi Merangkak, Tapi Ke Belakang, Apa Boleh Saya Buat?

Melihat bayi merangkak mundur, anda mungkin risau akan perkembangannya. Adakah keadaan ini normal, dan bolehkan anda membetulkan keadaan tersebut?

Bayi mula merangkak merupakan salah satu perkembangan bayi yang membuatkan ibu bapa sangat teruja. Untuk pengetahuan anda, sesetengah bayi merangkak mundur ke belakang, sebelum dia boleh merangkak ke depan, anda perlu tahu yang perkara ini adalah normal.

Apabila tiba waktunya, bayi anda akan belajar cara menyeimbangkan tubuhnya, dan boleh mengatur koordinasi tangan dan kaki dengan lebih baik. Pada masa inilah si kecil anda akan merangkak ke maju ke depan.

Adakah Bayi Merangkak Mundur Itu Tidak Normal?

bayi merangkak mundur, perkembangan bayi, perkembangan bayi 6 bulan, perkembangan bayi 5 bulan, belajar merangkak, doa agar anak cepat jalan, perkembangan anak, bila bayi boleh merangkak, bayi merangkak umur berapa bulan, ajar bayi merangkak, bayi merangkak kebelakang, bayi belajar merangkak, bila bayi boleh merangkak,

Sumber: Freepik

Sesetengah orang mungkin menganggap bayi merangkak mundur adalah tanda dia memiliki perkembangan abnormal. Perkara ini sama sekali tidak benar ya ibu!

Bayi anda perlukan waktu untuk belajar mengatur pergerakan tangan dan kakinya, dan sekiranya bayi anda belajar merangkak dengan mundur terlebih dulu, itu bukanlah hal yang patut dirisaukan.

Mengapa Bayi Merangkak Mundur? 

Merangkak adalah sebahagian dari perkembangan motor kasar si bayi, di mana otot besar di tubuhnya sudah mulai kuat, menjadikan  bayi boleh duduk, merangkak, bahkan berlari.

Aktiviti-aktiviti ini memerlukan kemampuan motor kasar yang melibatkan saraf, otot, dan tulang untuk bekerjasama dengan baik.

Biasanya, bayi belajar merangkak apabila dia menginjak usia 6 ke 9 bulan. Bayi akan bermula dengan cara yang paling mudah dan efisien untuk menggerakkan tubuhnya. 

Ibu bapa mungkin akan melihat bayi bergeser dengan mendorong perutnya, atau merangkak mundur kerana itu terasa lebih mudah baginya.

bayi merangkak mundur, perkembangan bayi, perkembangan bayi 6 bulan, perkembangan bayi 5 bulan, belajar merangkak, doa agar anak cepat jalan, perkembangan anak, bila bayi boleh merangkak, bayi merangkak umur berapa bulan, ajar bayi merangkak, bayi merangkak kebelakang, bayi belajar merangkak, bila bayi boleh merangkak,

Apabila bayi rasa lengannya lebih kuat berbanding kaki, dia akan mendorong tubuhnya ke belakang, dan gerakan bayi akan berundur ke belakang.

Ini berlaku kerana perkembangan bahagian atas tubuh bayi adalah lebih cepat berbanding bawah (kaki).

Apabila kaki bayi sudah kuat, dia akan belajar merangkak ke depan juga. Ada juga antara bayi yang tidak belajar merangkak ke depan, malahan terus berdiri dan berjalan! Hal ini tetap normal dan anda tidak perlu risau.

Bayi Merangkak Mundur: Melatih Bayi Merangkak Ke Depan

Apa yang perlu anda tahu, bayi akan dengan sendirinya belajar merangkak ke depan. Namun sekiranya anda ingin elak dari membiasakan  bayi merangkak mundur, cubalah beberapa aktiviti yang mendorong dia untuk bergerak ke depan. 

Risau Pula Tengok Bayi Merangkak, Tapi Ke Belakang, Apa Boleh Saya Buat?

  • Letakkan beberapa mainan kegemarannya di depannya, atau makanan kesukaannya, dan dorong bayi anda untuk mengambil mainan atau makanan tersebut dengan cara merangkak ke depan.
  • Ibu boleh cuba memanggil anak anda dari arah depan. Bayi mungkin akan mengalami sedikit kesukaran, namun ibu jangan bantu dia ya! Cuba biarkan dia berusaha sendiri, agar dia dapat menguatkan ototnya.
  • Ibu bapa juga boleh mengajar bayi merangkak ke depan dengan mengambil posisi meniarap di sampingnya, dan merangkak ke depan untuk memberinya contoh. Mungkin Mungkin anda berasa tidak selesa, tapi apa salah melakukan aktiviti ini bersama anak kan?
  • Puji anak jika dia berjaya menggerakkan tubuhnya ke depan, walaupun cuma sedikit. Sekiranya dia kelihatan belum bersedia untuk merangkak ke depan, anda jangan memaksa pula ya. Rangsang perkembangan motor kasarnya dahulu.

Setiap bayi memiliki tahap perkembangan yang berbeza-beza. Bayi akan belajar merangkak, duduk dan berjalan mengikut kesediaan tubuh dan mentalnya.

Anda tidak perlu membandingkan perkembangan bayi anda dengan yang lain, semua bayi itu istimewa, termasuk buah hati anda.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Fitriyani dan mendapat keizinan theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.

Stories Rakan Kongsi
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Bilakah Waktu Yang Sesuai Untuk Ibu Perkenalkan Lampin Jenis Seluar Kepada Si Manja?
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Ketahui 10 Masalah Kulit Bayi Baru Lahir & Cara Mengatasinya!
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
Bayi Baru Lahir Boleh Duduk Dalam Baby Carrier Ke? Si Manja Asyik Nak Dukung Saja! Apa Kata Ibu Pakai Baby Carrier Ini
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy
6 great tips to keep your newborn’s skin healthy

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Beto Rahman

Disunting oleh:

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Perkembangan bayi
  • /
  • Risau Pula Tengok Bayi Merangkak, Tapi Ke Belakang, Apa Boleh Saya Buat?
Kongsikan:
  • Tolong, Anak Dah Lebih 10 Bulan Tapi Dia Tidak Berminat Untuk Merangkak! Adakah Ini Normal?

    Tolong, Anak Dah Lebih 10 Bulan Tapi Dia Tidak Berminat Untuk Merangkak! Adakah Ini Normal?

  • Bayi dijumpai merangkak atas jalan raya yang sibuk! Mana ibu bapanya?

    Bayi dijumpai merangkak atas jalan raya yang sibuk! Mana ibu bapanya?

  • Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

    Kulit Si Manja Kering dan Sensitif? Cuba 7 Moisturizer Untuk Kulit Kering Terbaik Bayi

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami

  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.