Baby Nampak Mengantuk Tapi Tak Tidur, Ini 8 CARA BERKESAN Tidurkannya (Bergambar)

Alahai, kesian si kecil mata sudah nampak kuyup tapi kenapa dia belum tidur lagi? Ibu nak tahu tips tidurkan bayi cepat. Meh kami kongsikan...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bulan pertama selepas kelahiran bayi merupakan saat yang paling mencabar bagi ibu ayah, terutaman sekali bila bayi ngantuk tapi susah tidur.

Memang bab tidur bayi ini boleh beri efek pada ibu bapa juga. Bila bayi tak tidur, maka ibu ayah pun akan tak cukup tidur. 

Tapi jangan risau sebabnya kami ada kaedah yang disarankan oleh pakar dalam mengatasi masalah untuk tidurkan si manja namun masih dalam mood yang selesa dan selamat.

9 Kaedah Untuk Tidurkan Bayi Ngantuk Tapi Susah Tidur

#1. Gelapkan kawasan bilik tidur

Tutup suis lampu boleh memberi isyarat kepada bayi bahawa sudah tiba masanya untuk dia menutup mata. Jadi sebaiknya anda kekalkan rumah lebih cerah di waktu petang dan buka beberapa saja lampu untuk kekalkan mood gelap dalam rumah di waktu malam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selain itu, elakkan juga beralih lampu jika dia bangun pada waktu malam kerana ia seolah sebagai penggera palsu yang beranggapan itu adalah waktu siang dan anda tentu kena berjaga pada jam 2 pagi!

#2. Jangan tunggu di sisi bayi sampai dia tidur

Ingat ibu, jangan tunggu sampai bayi tidur baru anda bergerak untuk buat kerja lain kerana dia mungkin akan buat lebih banyak perangai seperti nak didukung atau mahu tidur dalam buaian.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jadi kalau nampak dia seolah mengantuk dan menguap, letakkan saja dalam katil bayi dan biarkan dia tidur dengan sendiri.

#3. Jangan buat eye contact

Kita sedia tahu, ibu paling suka memandang ke arah mata si kecil tapi cuba elakkan eye contact ini semasa nak tidurkan dia. Ini kerana hubungan mata yang berlaku itu boleh merangsang bayi untuk bermain semula. Jadi kurangkan bonding ini semasa menidurkannya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Elak tukar lampin tengah malam

Ibu bapa selalu salah tanggapan dengan menukar lampin bayi semasa tengah malam sewaktu si kecil tengah tidur dapat memberi keselesaan.

Tapi, cara ini adalah salah bahkan ia boleh membuatkan bayi terjaga sekaligus memberikan kesukaran kepada anda untuk tidurkan si kecil itu semula.

Sebaiknya tukar lampin si kecil sebelum dia nak tidur itu adalah lebih baik.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#5. Kosong ruang katil bayi

Kalau orang dewasa memang suka sangat dengan longgokan bantal atas katil untuk rasa lebih selesa semasa tidur. Namun, cara ini adalah salah untuk bayi baru lahir jadi bagi memastikan dia tidur dalam keadaan yang selamat jauhkan semua bantal semasa si kecil sedang tidur.

#6. Pakaian yang lebih selesa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas lahir, bayi masih cuba sesuaikan dirinya dengan keadaan suhu diluar dan mungkin kadang-kadang dia akan rasa panas semasa waktu malam.

Oleh itu, satu-satunya cara untuk buatkan dia selesa adalah dengan memakaian pakaian yang lebih selesa atau  one piece sahaja!

#7. Tidur secara terlentang

Pakar menyarankan tidur secara terlentang dapat mengurangkan risiko Sudden Death Infant Syndrome (SIDS) malah mereka dapat tidur dengan lebih nyenyak.

#8. Letak jauh botol susu

Walaupun ia mungkin boleh membantu bayi tidur cepat dengan mengenggam botol susunya namun ia boleh meningkatkan risiko tercekik, kerosakan gigi atau jangkitan telinga.

Jadi sebaiknya jauhkan si kecil dengan botol susu jika mahu tidurkan mereka dengan cepat.

#9. Ikut rutin seperti selalu

Kebanyakan bayi suka mengikut rutin yang sama setiap hari jadi ibu bapa harus menjaga jadual malam mereka dengan sebaiknya. Betulkan masa dan cuba letakkan dia tidur dengan cara yang sama setiap hari.

Jika anda sudah kuasai cara tidurkan bayi ini dengan cemerlang pastinya perjalanan menjadi ibu bapa jadi lebih baik di masa akan datang. Semoga bermanfaat!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Mom Junction

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jadual Tidur Bayi Tak Sama Setiap Umur, Jangan Panik! Ini 6 Sebab Tidur Bayi Terganggu