Terkejut Lihat Benjolan Cecair Di Leher Anak Semasa Lahir, Kenali Apa Itu Hygromas Cystic?

Bayi sakit Cystic Hygroma adalah pertumbuhan yang tidak normal dan biasanya muncul pada leher atau kepala bayi. Ketahui gejala dan penyebabnya ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hygromas cystic terjadi apabila bayi sakit disebabkan pertumbuhan yang tidak normal dan biasanya muncul pada leher atau kepala bayi.

Ia terdiri dari satu atau lebih sista yang cenderung berkembang lebih besar dari masa ke semasa.

Gangguan ini paling biasa berlaku semasa bayi masih dalam kandungan ibu.

Walaubagaimanapun, ia boleh juga muncul selepas bayi dilahirkan dan menyebabkan bayi sakit.

Hygromas cystic ini berlaku apabila kantung berisi cecair yang disebabkan oleh penyumbatan dalam sistem limfatik.

Sistem ini adalah rangkaian organ dan tisu yang membantu menggerakkan cecair melalui badan dan mengangkut sel darah putih. Biasanya ia boleh terbentuk antara minggu ke 9 dan ke 16 kehamilan.

Bayi sakit disebabkan penyakit Hygromas Cystic

Kredit: Medical news today

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kira-kira separuh daripada semua janin yang dilahirkan adalah berisiko dengan Hygroma cyst ini disebabkan kelainan kromosom.

Malah, bayi sakit yang satu ini juga boleh meningkatkan risiko keguguran dan mungkin boleh mengancam nyawa.

Sebab itu, doktor mengesyorkan supaya ibu bersalin di pusat perubatan utama jika keadaan ini dikesan semasa kehamilan lagi.

Apakah yang menyebabkan Hygromas Cystic terbentuk?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penyakit ini boleh berkembang akibat gangguan genetik atau faktor persekitaran. Satu atau lebih pertumbuhan boleh muncul pada masa diagnosis.

Punca dari persekitaran

– Jangkitan virus dari ibu kepada bayi semasa kehamilan
– Pendedahan kepada dadah atau alkohol semasa mengandung

Walaubagaimanapun penyakit ini lebih kerap terjadi terhadap bayi yang mempunyai penyakit genetik yang biasanya disebabkan kelainan kromosom. Beberapa keadaan genetik yang dikaitkan dengan hygromas termasuklah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

– Sindrom Turner yang berlaku di mana anak perempuan mempunyai satu Kromosom X dan bukan dua.

– Trisomi 13,18 atau 21. Keadaan di mana kanak-kanak mempunyai salinan tambahan kromosom.

– Sindrom Noonan, gangguan yang disebabkan oleh perubahan (mutasi) dalam satu dari tujuh gen tertentu.

Gejala Hygromas Cystic

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kredit: Erufu care

Hygromas Cystic yang berkembang selepas kelahiran mungkin tidak ketara apabila bayi dilahirkan. Namun, ia boleh kelihatan semasa bayi semakin membesar dan kanak-kanak yang lebih tua.

Ia biasanya muncul pada umur mereka dua tahun.

Gejala utamanya seperti kehadiran benjolan lembut yang biasanya muncul di leher. Walaubagaimanapun, ia juga boleh terbentuk di kawasan ketiak dan pangkal paha.

Pertumbuhan yang lebih besar mungkin boleh menganggu pergerakan atau menyebabkan masalah lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Oleh itu, antara ujian diagnosis yang akan dilakukan termasuklah X-Ray bahagian dada, ultrasound dan imbasan CT.

Dalam masa yang sama, doktor akan memantau kesihatan bayi dengan sangat teliti selepas dilahirkan.

Namun langkah pertama rawatan adalah pembedahan dan keseluruhan pertumbuhan mesti dikeluarkan supaya dapat mengelak ia dari tumbuh kembali.

Akan tetapi, ada sesetengah kes doktor tidak akan mengeluarkan sista ini jika ia bukanlah kanser jadi doktor tidak mahu menyingkirkan supaya tidak merosakkan mana-mana tisu yang sihat. Sebaliknya, teknik lain boleh digunakan untuk mengecilkan hygromas ini. Berikut caranya:

– Sclerotherapy yang membabitkan suntikan ubat ke dalam cecair
– Kemoterapi
– Terapi radiasi
– Ubat steroid

Namun, ibu bapa dinasihatkan untuk tidak cucuk cecair ini dengan sendiri kerana dibimbangi boleh menyebabkan pendarahan teruk dan membawa jangkitan kuman.

Semoga bermanfaat.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber: Healthline

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.com15-tanda-tanda-kanser-pada-kanak-kanak-yang-mungkin-anda-abaikan