Bayi Susah Makan? Apa Kata Ibu Cuba 11 Cara Ini Untuk Pujuk Mereka Makan!

Baru cuba suap makanan, anak dah mula kepit mulut! Apa ibu boleh buat untuk pujuk anak makan?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda risau kerana bayi susah makan? Ibu, sebenarnya anda tidak bersendirian. Ramai ibu bapa yang menghadapi keadaan sama, malah lebih ramai bayi susah makan berbanding bayi yang sangat sukakan makanan!

Bagi mengatasi masalah ini, ibu bapa boleh mencuba pelbagai cara untuk memujuk bayi makan. Kadangkala hanya dengan satu percubaan sahaja, bayi sudah mula menunjukkan minat!

Tetapi ada juga bayi yang susah dipujuk dan perlukan lebih dorongan dari ibu bapa untuk mencuba makanan. Jom semak tips untuk menangani bayi susah makan di bawah.

11 Tips Memujuk Bayi Susah Makan

Tips #1 Beri Mainan Untuk Bayi Pegang

Letakkan bayi di dalam kerusi bayi dan letakkan mainan di atas meja. Ibu boleh mula menyuap makanan kepada bayi ketika dia sedang leka dengan mainan tersebut.

Jika bayi sudah kelihatan bosan, gantikan mainan lain yang mengeluarkan bunyi atau mempunyai warna menarik. Bayi yang leka akan mudah membuka mulut ketika kita meletakkan sudu di tepi bibirnya.

Tips #3 Buatkan Bayi Mendongak Ke Atas

Gunakan mainan atau benda yang berwarna/berbunyi untuk menarik perhatian bayi mendongak ke atas. Keadaan ini membuatkan mulut bayi terbuka dan ibu boleh cuba menyuap makanan.

Tips #4 Hulurkan Barang Yang Lebih Menarik Perhatian Bayi

Tips ini sangat sesuai digunakan untuk bayi yang sedang dalam fasa menggigit atau memasukkan apa sahaja dalam mulut. Cuba hulurkan alat mainan yang dia berminat, tapi cepat-cepat tarik semula mainan tersebut dan hulurkan sudu berisi makanan pula sementara bayi masih membuka mulut.

Tips #2 Gunakan Pinggan dan Sudu Yang Cantik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Freepik

Bayi mudah tertarik kepada corak dan warna yang menyerlah. Gunakan bip, sudu dan pinggan yang mempunyai corak kartun, atau berwarna terang untuk membuatkan bayi teruja.

Tips #5 Rai Bayi Anda Dengan Bertepuk Tangan

Cara ini memerlukan bantuan orang lain (bapa atau adik-beradik lain) untuk bersorak “Horey!!” ketika anda menyuapkan makanan kepada bayi.

Tips #6 Lakukan Penceritaan Atau Nyanyian Semasa Menyuap Makanan

Semasa menyuap makanan, cuba reka situasi yang comel untuk bayi. Contohnya kapal terbang mendarat, atau keretapi masuk terowong, sambil menggerakkan sudu ke kiri dan kanan bagi menarik perhatian bayi. Bayi merasakan situasi itu lucu dan tertarik untuk makan.

Tips #7 Makan Bersama

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Freepik

Bayi mudah meniru perbuatan orang sekelilingnya. Apa kata anda ambil peluang ini untuk makan di depan bayi sambil menyuap anak makanan? Dia pasti seronok kerana dapat melakukan aktiviti sama dengan ibunya!

Tips #8 Mempelbagaikan Menu Makan Bayi

Kalau hari ini anda buat bubur nasi untuk bayi, cuba pula resipi puri buah untuk keesokkan harinya. Ada sesetengah bayi yang sukakan rasa manis, masin, namun ada juga bayi yang lebih menggemari tekstur makanan berbanding rasa.

Tips #9 Makan Selepas Mandi

Bayi selalunya lapar sebaik sahaja selesai mandi. Jadi apa kata selepas mandi dan pakaikan baju, terus letakkan bayi di kerusi tinggi bayi dan jadikan rutin untuk makan selepas mandi.

Tips #10 Air Kosong

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: Livestrong.com

Memandangkan makanan solid merupakan perkara baru untuk bayi, sebelum melakukan suapan yang seterusnya, tawarkan air kosong kepada bayi. Tetapi jangan terlalu kerap pula ya!

Tips #11 Menyuap Dengan Tangan

Kadangkala menyuap dengan tangan adalah lebih mudah dan mesra berbanding penggunaan sudu!

Semoga ibu berjaya dengan tips-tips yang dibekalkan ini. Selamat mencuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Theva Nithy Artikel ini mendapat keizinan daripadatheAsianparent Indonesia untuk diterjemahkan. 

Baca juga

https://my.theasianparent.combayi-menyuap-makan-sendiri-berat-bayi-ideal/

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman