5 Cara Bantu Bayi Malam Tidur & Siang Bermain, Kuranglah Ibu Berjaga Malam
Apabila bayi susah tidur, ia turut menjejaskan kesihatan ibu kerana anda perlu juga berjaga malam mengawasi tingkah si kecil.
Semasa di awal berpantang adalah tempoh yang paling sukar untuk dihadapi, terutama buat anda yang masih baru bergelar ibu ayah. Ketika ini, kalian berdua perlu berhadapan keadaan bayi susah tidur malam – biasanya sejak lahir hingga 40 hari.
Kenapa bayi susah tidur malam? Mereka sebenarnya masih tak tahu bezakan antara siang dan malam
Sebenarnya, ada sebab kenapa bayi susah tidur. Salah satu sebabnya adalah kerana bayi telah menghabiskan sembilan bulan dalam rahim ibu, tanpa mengetahui antara siang dan malam. Ia sekaligus terbawa sampai lahir.
Sebab itu, anda tak perlu bimbang jika bayi banyak tidur siang berbanding aktif di malam hari yang sepatutnya mereka tidur.
Sebelum itu, anda perlu tahu juga: bayi biasanya terbangun malam kerana lapar, meminta ditukarkan lampin atau ingin bermanja.
Sekiranya bayi tidur nyenyak, ibu tetap perlu bangun kerana harus menyusukannya setiap dua jam meskipun anda sangat mengantuk.
Menurut Charles Subin, Direktor Bahagian Pediatrik di Mercy Family Care di Baltimore, hal ini tentunya memberi kesukaran pada si ibu kerana tubuh orang dewasa secara fisiologinya sudah terbentuk untuk tidak berjaga malam.
Bayi susah tidur malam adalah kerana pola tidurnya belum teratur
Bayi baru lahir sememangnya tidak tidur lama, biasanya sekitar satu ke tiga jam setiap kali, tapi dia harus mendapatkan jam tidur sebanyak 14 ke 18 jam sehari.
Meskipun begitu, bayi anda juga mungkin tidur seharian namun anda harus mengejutkannya untuk menyusu dan jangan sesekali membiarkan si kecil lapar akibat tidur yang terlalu lama.
Tiada ada salahnya untuk melatih si kecil mendapatkan pola tidur yang baik meskipun terlalu awal buat mereka. Ia sekaligus dapat bantu waktu tidurnya setelah tamatnya tempoh berpantang nanti.
Bayi susah tidur malam, apakah tips membentuk pola tidur si kecil?
Walaupun bayi bangun malam itu normal, namun anda tetap boleh melatihnya bagi mendapatkan pola tidur yang baik sejak kecil. Cuba lakukan 5 cara ini:
- Jangan paksa bayi bangun di waktu siang, kerana ia boleh membuatnya penat dan menangis. Biarkan dia tidur lena walaupun dalam tempoh lama.
- Bantu si kecil membezakan antara malam dan siang seperti ajak bermain dan berkomunikasi dengannya.
- Biarkan ruang terang dan tak usah bimbang dengan bunyi bising dari tv di rumah. Bila waktu malam pula, redupkan lampu, hidari bunyi bising dan jangan ajaknya bermain.
- Ganti pakaian tidur si kecil dengan kain yang lebih selesa dan cium pipinya lalu ucapkan selamat malam supaya dia tahu sudah tiba masanya untuk beradu.
- Perhatikan tanda-tanda si kecil mengantuk seperti gosok mata, menarik telinga atau menangis dari biasanya. Jika sudah terlihat adanya perilaku ini, segera bawanya tidur.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Kredit: Sirap Limau
Sumber : Artikel asal ditulis oleh Devi Agustina Susanty dan mendapat keizinan dari theAsianparent Indonesia untuk diterjemah.
Baca juga:
Ramai Ibu Baharu Susah Nak Tidurkan Bayi, Ini 26 Tips Berkesan Yang Boleh Anda Cuba!