Hukum Bayi Tabung Uji Menurut Islam, Boleh Jadi HARAM Jika Anda Buat Perkara Ini

undefined

Bayi tabung uji atau dikenali sebagai IVF sering menjadi pilihan pasangan suami isteri yang menginginkan cahaya mata. Namun apakah hukumnya menurut Islam?

Bayi tabung uji adalah bayi yang dilahirkan oleh seorang wanita hasil daripada persenyawaan ovum dengan sperma suami di luar tubuhnya dengan menggunakan teknik Persenyawaan Luar Rahim (IVF).

Ia adalah alternatif bagi setiap pasangan TTC yang berdepan masalah kesuburan disebabkan kegagalan tiub fallopio atau masalah kesuburan yang tidak diketahui puncanya.

Meskipun anggaran kos bagi rawatan IVF ini dianggap terlalu tinggi sehingga mencecah ribuan ringgit, ia tetap menjadi pilihan suami isteri sebagai ikhtiar mendapatkan zuriat.

Rawatan IVF disyorkan kepada wanita yang sudah berkahwin selama dua tahun dan masih belum dikurniakan zuriat.

Pelaksanaan IVF atau Bayi Tabung Uji 

Bayi tabung uji adalah persenyawaan yang berlaku di luar dan bukannya dalam saluran tiub fallopio, tetapi proses kehamilan tetap berlaku pada rahim wanita.

Tiada tabung uji digunakan sebaliknya penghasilan bayi menggunakan piring petri. Kaedah ini dikenali sebagai in-vitro fertilization (IVF) iaitu persenyawaan di luar rahim. 

Terdapat beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak perubatan untuk membolehkan seseorang menjalani rawatan IVF di negara ini. 

Antara kriteria yang perlu dipenuhi ialah:

  • Warganegara Malaysia
  • Mempunyai indikasi yang disahkan oleh doktor untuk prosedur IVF
  • Ibu sihat untuk hamil
  • Berusia di bawah 42 tahun
  • Tidak pernah mempunyai anak dalam perkahwinan ini

Faktor lain seperti berat badan, status merokok dan nilai darah FSH juga penting untuk menilai kualiti telur wanita. 

Hukum Tabung Uji Mengikut Islam Dibolehkan Dengan Bersyarat

hukum bayi tabung uji atau ivf

Dari sudut pandangan Islam, hukum bayi tabung uji adalah mubah (boleh) dengan syarat sperma dan ovum diperoleh dari pasangan suami isteri kemudiannya persenyawaan berkenaan dimasukkan kembali ke dalam rahim wanita bergelar isteri yang sah.

Antara prosedurnya ialah:

  • Telur dihasilkan dengan merangsang melalui penggunaan hormon terapi
  • Telur diasingkan daripada ovari
  • Sperma suami diperlukan
  • Telur dan sperma akan digabung bagi membolehkan persenyawaan
  • Persenyawaan telur kemudiannya dimasukkan ke dalam uterus

Islam melarang pasangan yang mendirikan rumah tangga menggunakan sperma dan ovum daripada orang lain kerana ia boleh menimbulkan kemudaratan kepada si anak kelak.

عَنْعَائِشَةَرَضِيَاللهُعَنْهَاقَالَتْقَالَرَسُوْلُاللهِصَلَّىاللهُعَلَيْهِوَسَلَّمَإِنَّاللهَفَرَضَفَرَائِضَفَلاَتُضَيِّعُوْهَاوَحَرَّمَأَشْيَاءَفَلاَتَتْهِكُوْهَاوَحَدَّحُدُوْدًافَلاَتَعْتَدُّوْهَاوَسَكَتَعَنْأَشْيَاءَرَحْمَةًلَكُمْغَيْرَنِسْيَانٍ

Maksudnya:  “Diriwayatkan dari Aisyah r.a ia berkata bahwa Rasulullah saw. Bersabda, sesungguhnya Allah telah mewajibkan beberapa kewajiban, maka janganlah kamu sia-siakan. Dan Allah telah mengharamkan beberapa perkara, maka janganlah kamu langgar, dan ia juga telah menetapkan batas-batas, maka janganlah kamu lampaui. Allah juga telah mendiamkan (tidak melarang) beberapa hal sebagai rahmat bagi kamu sekalian

الْحَلاَلُ مَااَحَلَّاللهُفِىكِتَابِهِوَالْحَرَامُمَاحَرَّمَاللهُفِىكِتَابِهِوَمَاسَكَتَعَنْهُفَهُوَمِمَّاعُفِىعَنْهُ

Maksudnya: “Sesuatu yang halal adalah apa yang dihalalkan Allah dalam kitab-Nya, dan sesuatu yang haram adalah apa yang diharamkan Allah dalam kitab-Nya, sedangkan sesuatu yang didiamkan oleh Allah maka termasuk sesuatu yang dimaafkan”.

الْمَشَقَّةُ تَجْلِبُالْتَيْسِيْرَ

Maksudnya: ”Kesulitan itu dapat menarik kepada kemudahan

bayi tabung uji menurut islam

Apabila sperma ditabung tersebut milik suami isteri, tetapi cara mengeluarkannya tidak muhtaram, maka hukumnya juga haram. Mani Muhtaram adalah mani yang keluar dengan cara yang tidak dilarang oleh syara’.

Berkaitan mani yang dikeluarkan secara muhtaram, para ulama NU mengutip asas undang-undang dari Kifayatul Akhyar II / 113.

“Seandainya seorang lelaki berusaha mengeluarkan spermanya (dengan beronani) dengan tangan isterinya, maka hal tersebut diperbolehkan, kerana isteri memang tempat atau wahana yang dibenarkan untuk bersenang-senang.”

Apabila hasil persenyawaan berlaku menggunakan air mani suami isteri yang sah, cara mengeluarkannya dan dimasukkan ke dalam rahim isteri sendiri, maka hukum bayi tabung berkenaan menjadi mubah (boleh).

Isu-Isu Yang Boleh Menyebabkan Bayi Tabung Uji Haram

  • Penggunaan sperma daripada lelaki lain.
  • Ovum atau telur wanita daripada wanita selain isteri sendiri.
  • Penggunaan ibu tumpang (sperma suami dan ovum isteri disenyawa melalui kaedah IVF, kemudian embrio ditumpangkan pada wanita lain).
  • Tabung sperma suami yang telah meninggal. Diharamkan bagi seorang balu menggunakan air mani suami yang telah meninggal dunia bagi tujuan menghasilkan bayi tabung uji. Ini kerana hubungan perkahwinan sudah tamat apabila suami meninggal dunia.
  • Melakukan kaedah pemilihan jantina. Tindakan ini dikira anda telah mencampuri urusan Allah dan tidak menerima takdir.

kos rawatan ivff

Menurut Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia telah membincangkan beberapa perkara mengenai bayi tabung uji dan bersetuju memutuskan seperti berikut:

  1. Rawatan IVF menggunakan benih suami yang disenyawakan secara terhormat adalah sah dari sisi agama. Namun jika ia diperoleh dari bukan pasangan yang sah, maka bayi tabung berkenaan adalah tidak sah.
  2. Benih yang dikeluarkan dengan cara tidak bertentangan dengan Islam dikira sebagai cara terhormat.
  3. Anak yang dilahirkan melalui proses tabung uji berhak menerima harta pusaka keluarga dan menjadi wali.

Kelebihan Tabung Uji

1. Membantu pasangan yang tidak subur

Dengan kemajuan teknologi yang sedia ada, anda dan pasangan tidak perlu malu dan menyalahkan antara satu sama lain apabila membincangkan isu kesuburan. Dengan kaedah bayi tabung uji memberi peluang untuk anda memperoleh cahaya mata dari keturunan sendiri.

2. Memberi peluang kepada wanita

Tidak dinafikan, ramai wanita yang berasa rendah diri dan mengalami kemurungan jika tidak mempunyai anak sendiri. Ini memberikan mereka sinar baharu untuk merasai pengalaman bergelar seorang ibu.

3. Melahirkan anak yang lebih sihat dan kuat

Kajian mendapati bahawa bayi tabung uji mempunyai sistem imun yang tinggi berbanding bayi yang lahir secara normal. Mereka kurang mengalami masalah kesihatan seperti demam kuning, demam campak, alergik dan banyak lagi.

Walau bagaimanapun, kaedah mendapatkan cahaya mata ini tidak semudah yang disangka kerana ia turut memiliki risikonya tersendiri seperti kelahiran melebihi seorang bayi dan berlaku kecacatan sewaktu kelahiran.

Menurut kajian, faktor utama yang menyumbang kejayaan kandungan dan kadar keberkesanannya bergantung sepenuhnya pada umur dan kesihatan ibu. 

Kredit foto: Freepik

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Selain Susu Full Cream, Ini Makanan Untuk Kesuburan Suami Isteri Yang Disaran Oleh Pakar!

Baca juga: Pasangan TTC Paling Lama & Berjaya, Sabar Menanti Kehadiran Cahaya Mata Selama 22 Tahun

Baca juga: Prosedur IVF Ketika Bulan Ramadhan, Adakah Ia Dibolehkan Atau Membatalkan Puasa?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!