Jaxon Buell merupakan bayi tanpa otak, di mana dia dilahirkan dengan keadaan yang disebut sebagai microhydranencephaly — yang bermaksud 80% otaknya tiada.
Ibu bapanya Brandon dan Brittany Buell, telah dimaklumkan oleh doktor yang dia tidak akan mampu bertahan sehingga ke hari jadi keduanya, namun bayi ajaib ini masih membesar dengan baik walaupun telah berusia 2 tahun pada Ogos lalu!
Bayi Tanpa Otak Berusia 2 Tahun Walaupun Doktor Tidak Memberi Jaminan Dia Akan Hidup
Doktor yang merawat Jaxon mengatakan Jaxon mungkin tidak akan pernah mendengar, melihat, atau bercakap. Tetapi menurut ibu bapanya, Jaxon boleh mengikut perbualan dan mengenali namanya ketika dia dipanggil!
Malah dia amat gemar melihat wajah orang tuanya.
Pada bulan Oktober lalu, dia sudah belajar bagaimana untuk mengatakan “Saya sayang kamu”. Dia juga boleh merasa makanan-walaupun Jaxon bergantung kepada tiub untuk makan.
Namun dia mampu untuk meluahkan makanan dengan membuat mimik muka apabila makan makanan tertentu.
“Setiap Kehidupan Perlu Dirai dan Dihargai”
“Keluarga kami semakin kuat,” Brandon menulis dalam akaun Facebook. “Ada satu keajaiban di sebalik cerita Jaxon. Kami ingin membiarkan keluarga lain tahu bahawa walaupun ada keadaan yang tidak baik, namun setiap kehidupan harus dirayakan, dan dihargai. Anda tidak pernah tahu masa depan, namun Jaxon membuktikannya. “
Di sebalik setiap kejadian sawan yang berlaku, Jaxon adalah bayi yang bahagia dan sihat.
“Dia senyum sepanjang masa dengan kami,” tambah Brandon. “Kami cuba melakukan tummy time setiap hari untuk menguatkannya. Dia tidak menyukainya.
Dia akan sentiasa memberitahu kami jika dia suka akan suatu keadaan dengan memberikan senyuman atau kegembiraan. Jika dia tidak berpuas hati dengan apa yang kita lakukan, seperti ketika kita memberus giginya, dia akan berteriak kepada kita dengan suara kecewa namun sangat comel. “
Microhydranencephaly adalah satu bentuk microcephaly, yang telah dikaitkan dengan virus Zika.
“Semua orang mengatakan microcephaly adalah hukuman mati, tetapi ia sebenarnya bukan,” kata Brandon kepada Redbook awal tahun ini. “Walaupun anda perlu menghadapinya, anak anda boleh bertahan. Anak anda boleh menjalani kehidupan yang berkualiti. “
“Kami Tidak Tahu Apa Yang Akan Berlaku Esok, Namun Dia Masih Di Sini Dan Kami Meraikannya.”
Jaxon walau bagaimanapun telah menjadikan hubungan mereka sekeluarga menjadi lebih kuat. Oleh kerana kes Jaxon sangat jarang berlaku, tidak ada yang tahu apa ramalan Jaxon, malah doktor tidak tahu bagaimana mentafsir apa yang akan berlaku.
Brandon dan Brittany tidak tahu apa yang berlaku pada hari esok untuk keluarganya, namun pasangan itu hanya memfokuskan diri untuk menghargai setiap saat yang berlalu.
“Kehidupannya sangat berharga, kami tidak tahu apa yang akan berlaku esok, tetapi dia masih di sini dan kami meraikannya. Apa sahaja keperluan Jaxon pada hari itu, kami akan lakukan. “
Baca lebih lanjut mengenai Jaxon, bayi tanpa otak sempurna, dalam buku ibu bapanya:
Don’t Blink: What the Little Boy Nobody Expected to Live Is Teaching the World about Life.
Adakah anda memandikan bayi semasa berpantang?
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Cristina Moralesdan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah.
Baca juga:
https://my.theasianparent.comotak-di-luar-kepala/web-view/