Kenapa Bayi Tersedak Ketika Tidur Selepas Menyusu? Ibu Kali Pertama Elakkan Buat Perkara Ini!

undefined

Tersedak ketika tidur boleh membahayakan nyawa bayi jika ibu tidak menyedari akan perkara ini. Justeru praktikkan cara penyusuan yang betul

Anda baru saja selesai menyusukan bayi dan sejurus selepas itu, si manja terus tidur kekenyangan tanpa sempat sendawakannya. Disebabkan rasa risau, pasti ibu tertanya-tanya “boleh ke bayi tersedak ketika tidur?”

Jangan risau! Kami ada jawapan yang jelas tentang posisi tidur bayi yang betul bagi mengelakkan kejadian anak tersedak tersedak ketika tidur atau jeluak.

Risiko bayi tersedak ketika tidur

Bayi tersedak susu

Sebenarnya bayi tersedak ketika tidur adalah bergantung pada posisi tidur bayi selepas menyusu.

Posisi tidur bayi selepas menyusu secara terlentang mempunyai risiko rendah untuk tersedak berbanding bayi yang tidur mengiring atau meniarap.

Malah posisi tidur bayi selepas menyusu secara terlentang juga dapat melindungi saluran udara bayi anda! Hal ini kerana saluran udara bahagian atas akan berada di atas esofagus.

Esofagus adalah saluran makanan yang membolehkan makanan dari mulut turun ke perut. Si kecil anda juga tidak mempunyai risiko tinggi untuk mendapat masalah pernafasan atau tersedak ketika tidur jika dibandingkan dengan bayi yang tidur meniarap.

Sebabnya, sukar untuk cecair bergerak melawan graviti dan masuk ke saluran pernafasan. 

Oleh itu, adalah lebih baik anda biarkan bayi anda tidur dalam posisi terlentang untuk mengurangkan risiko bayi tersedak susu keluar dari hidung.

Bayi tersedak susu jika mereka tidur meniarap

Jika bayi tidur dalam posisi meniarap, esofagus mereka akan berada pada atas saluran udara. Selain itu, bayi yang tidur dengan lena semasa meniarap akan jarang menelan.

Bayi yang muntah susu atau cecair lain berisiko untuk mengumpul muntah ini pada saluran udara. Ini membuatkan mereka sukar untuk menghirup cecair masuk ke dalam paru-paru.

Masalah yang sama juga boleh berlaku sekiranya bayi tidur dalam posisi mengiring. 

bayi tersedak muntah, bayi tersedak susu, bayi tercekik susu, bayi tercekik muntah, muntah bayi, bayi muntah, muntah susu, bayi tertidur selepas menyusu

Jadi, apa yang anda perlu buat adalah memastikan bayi anda tidur dalam keadaan terlentang.

Bukan saja ia adalah posisi paling selamat, tapi ia juga boleh meminimakan risiko dari bayi tersedak susu kerana mereka boleh menelan cecair dengan lebih baik semasa mereka sedang tidur.

Mitos tentang bayi tidur terlentang yang ibu ayah sering salah anggap

Ramai ibu ayah sedar akan kelebihan tidur terlentang. Sebagai contoh, ia boleh mencegah Sindrom Bayi Mati Mengejut (SIDS).

Walau bagaimanapun masih ada sesetengah ibu ayah berasa risau akan risiko dan bahaya tidur terlentang. Antara mitos tidur terlentang yang terbukti salah ialah:

1. Kepala rata

Memang betul kepala bayi masih belum terbentuk sepenuhnya dan posisi tidur mereka memainkan peranan penting untuk membentuk kepala mereka.

Tapi, kepala rata bukanlah isu besar untuk bayi yang tidur terlentang. Ini kerana, anda mempunyai kawalan penuh pada posisi tidur mereka.

Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan memusingkan posisi mereka setiap kali mereka baring terlentang – sama ada ketika mereka tidur atau bangun.

Berikan bayi anda tummy time  yang cukup dan posisi lain semasa baring ketika mereka berjaga juga boleh mengurangkan risiko mereka mendapat kepala rata.

2. Lambat berkembang

Beberapa ibu bapa mungkin pernah diberitahu yang tidur terlentang boleh mengganggu perkembangan motor batu mereka. Seperti contoh, mereka lambat bergolek.

Jangan risau, bayi anda pasti akan boleh melakukannya.

Secara keseluruhannya, untuk menguatkan otot bayi anda bagi membolehkan mereka bergolek atau mengurangkan risiko kepala rata boleh dicapai dengan memberikan mereka tummy time yang cukup ketika mereka jaga.

Cara menyusu bayi dengan betul

#1. Penyusuan badan

  • Cara menyusu bayi dengan betul: Pegang bayi rapat ke arah badan dan payu dara ibu.
  • Pastikan kepala dan badan anak lurus semasa menyusu bayi.
  • Pegang bahagian belakang dan punggung dengan kemas ketika menyusu bayi.
  • Anda boleh memegangnya dengan berbagai cara asalkan anda merasa selesa.
  • Anda boleh membantu bayi melekap dengan memegang payu dara dengan tangan. Pastikan ibu jari jauh dari areola dan tidak menekan payudara.

#2. Susu botol

  • Cara susukan bayi dengan botol: Mulakan dengan puting botol susu bersaluran kecil atau saiz ‘S’ dahulu. Ini kerana aliran daripada susu ibu kepada mulut bayi adalah sangat halus. Hanya pada waktu ‘let down’ susu menjadi deras namun untuk seketika sahaja.
  • Ketika menyusu bayi, letakkannya dalam posisi yang anda biasa menyusu badan. Atau pastikan kepala bayi lebih tinggi dari kaki bagi mengelakkan bayi tersedak.

Jangan sesekali beri bayi minum susu botol di dalam buaian. Ia adalah sangat berbahaya dan meningkatkan risiko tersedak

Cara sendawakan bayi baru lahir

American Academy of Paediatrics (AAP) mengesyorkan ibu ayah perlu tahu cara sendawakan bayi baru lahir setiap kali selepas menyusu walaupun si manja anda kelihatan tenang dan tidak tenang.

Apabila bayi menyusu, kemungkinan besar dia tertelan sedikit udara bersama-sama dengan susu ibu atau formula. Udara yang terperangkap dalam perut boleh memberi ilusi rasa kenyang serta menyebabkan bayi rasa kembung dan tidak selesa.

Cara sendawakan bayi baru lahir

Justeru ikuti beberapa cara sendawakan bayi baru lahir di bawah:

  1. Sandarkan pada bahu – Dukung bayi dengan tangan dan sandarkan bayi pada bahu. Tepuk belakang bayi secara perlahan-lahan sehingga bayi itu bersendawa.
  2. Cara sendawakan bayi dengan meniarap – Salah satu cara sendawakan bayi yang berkesan ialah dengan letakkan bayi atas paha dengan badannya meniarap. Pegang bahagian dada dengan sebelah tangan kemudian tepuk dan urut belakang bayi dengan perlahan-lahan
  3. Cara sendawakan bayi dengan dudukkannya diatas paha – Dudukan bayi atas paha atau di pangkuan anda dan sokong bahagian bawah tulang rahang bayi tersebut dengan sebelah tangan. Tepuk atau urut belakang bayi dengan perlahan-lahan sehingga bayi sendawa.

Sendawa selalunya akan mengakibatkan bayi anda mengeluarkan sedikit susu, jadi jangan lupa untuk meletakkan tuala atau kain pada diri anda atau bayi.

Kenapa bayi muntah susu?

Bayi muntah susu bukanlah sesuatu yang serius, ia adalah normal dan bersifat sementara. Biasanya masalah ini akan pulih dengan sendiri seiring pertambahan usia si manja. 

Walau bagaimanapun sekiranya anak muntah dalam kuantiti yang banyak dan kerap jatuh sakit, ibu ayah kena waspada dan segera mendapatkan pemeriksaan di klinik.

Ada beberapa sebab kenapa bayi muntah susu iaitu:

#1. Minum susu terlebih banyak

Punca kenapa bayi muntah susu yang pertama adalah terlebih minum susu. Misalnya jika setiap hari bayi hanya minum susu sebanyak 3 auns sahaja dan secara tiba-tiba si manja menangis tidak cukup susu dan meminta untuk menambahnya lagi.

Maka perut bayi akan terkejut dengan jumlah susu yang berlebihan dan terpaksa mengeluarkan semula susu yang diminum.

Cara yang terbaik adalah memberikan mereka jumlah susu yang sedikit, namun dengan lebih kerap.

#2. Alah kepada laktosa

Punca bayi muntah susu yang seterusnya adalah alahan terhadap laktosa. Ramai orang mungkin tidak sedar bahawa alahan terhadap susu adalah berbeza daripada dengan alahan laktosa.

Alahan laktosa biasanya menyebabkan gejala pencernaan seperti cirit-birit. Ia juga boleh menjadi punca bayi muntah susu apabila minum formula berasaskan susu lembu.

Bayi anda mungkin mendapat intoleransi laktosa sementara selepas mendapat urutan perut atau gastroenteritis, walaupun ini jarang berlaku.

Gejala lain termasuk:

  • cirit-birit atau najis berair
  • sembelit
  • kembung perut
  • rasa bergas
  • sakit perut
  • perut berbunyi

Walau bagaimanapun ibu ayah jangan risau, alahan terhadap laktosa ini masalah yang biasa berlaku pada bayi berusia 1 tahun ke bawah.

#3. Refluks bayi 

bayi muntah susu

Punca bayi muntah susu yang seterusnya adalah disebabkan oleh refluks bayi.

Bayi boleh mengalami refluks asid, senak, atau kadang-kadang penyakit refluks gastroesophageal (GERD sama seperti orang dewasa! Ini berlaku kerana usus perut mereka masih membiasakan diri untuk menerima susu.

Refluks bayi berlaku apabila susu naik semula ke arah tekak dan mulut bayi. Ini biasanya boleh merengsakan tekak bayi, menyebabkan si manja tersedak dan muntah.

Ibu jangan risau kerana perkara ini tidak berpanjangan, si kecil akan pandai mengatasi refluks ini apabila mereka mencapai usia satu tahun.

Baby sedu selepas menyusu

Sedu adalah kekejangan secara spontan pada diafragma di pangkal paru-paru yang membantu pernafasan. Bunyi yang kita dengar ketika sedu itu adalah akibat pengecutan pita vocal suara yang cepat dengan setiap kekejangan.

Bagi ibu baru, pasti ada tidak tahu kenapa bayi sedu. Benarkah orang tua mengatakan ia petanda bayi ingin cepat besar?

Menurut penjelasan pakar, ada beberapa penyebab baby sedu. Antaranya ialah:

  • Makanan pedas. Hal ini kerana, susu ibu terhasil dari makanan yang diambil ibu setiap hari. Jadi, apabila si manja minum susu ibu selepas ibu makan makanan pedas, kebarangkalian baby sedu adalah tinggi.

  • Udara yang berlebihan. Salah satu sebab mengapa bayi sedu selepas menyusu adalah apabila dia tertelan udara. Bayi pasti akan tertelan udara apabila menyusu dari susu ibu mahupun botol susu dan ini boleh menyebabkan bayi sedu selepas menyusu.

  • Kenyang perut. Memandangkan tubuh dan perut bayi sangat kecil, jika dia terlalu kenyang, perut akan membesar dengan terlalu cepat. Ini sekaligus menyebabkan diafragma di pangkal paru-parunya tertolak dan menjadi punca baby sedu.

Cara hilangkan sedu bayi

#1. Urutan belakang badan si manja

Cara hilangkan sedu bayi yang pertama adalah angkat dan letakkannya pada bahu anda. Kemudian, urutlah belakang badan si manja secara perlahan-lahan.

Hal ini adalah untuk membantu bayi mengeluarkan angin, melegakan pernafasan serta memulihkan urat bayi akibat angin.

#2. Beri minum air

Cara hilangkan sedu yang seterusnya adalah dengan beri minum air. Ibu boleh beri si manja minum sedikit air masak menggunakan botol susu.

Jangan banyak, cukuplah sekadar satu atau dua teguk sahaja. Ia dikatakan cara hilangkan sedu bayi dengan berkesan. Mungkin perut si manja terkejut menerima susu yang banyak.

#3. Tukarkan kedudukan bayi

Jika perkara ini berlaku, serta merta tukarkan posisi bayi kepada posisi yang bayi selesa. Mungkin para ibubapa boleh dukung bayi untuk lebih tegak dan selesa berbanding biarkan bayi tidur. Bayi juga boleh dibiarkan meniarap.

Normalkah jika nafas bayi laju?

Corak pernafasan bayi laju boleh menjadi petanda bahaya kepada si manja. Dalam dunia perubatan, nafas bayi laju seperti tercungap-cungap digelar sebagai Tachypnea.

Berikut corak nafas bayi laju yang anda perlu waspada:

  • Bayi berusia < 2 bulan : kadar pernafasan > 60 kali pernafasan dalam seminit.
  • Bayi berusia 2 bulan – 1 tahun : kadar pernafasan > 50 kali pernafasan dalam seminit
  • Kanak-kanak berusia 1 – 5 tahun : kadar pernafasan > 40 kali pernafasan dalam seminit

Ia adalah salah satu tanda amaran yang paling mudah untuk dikenal pasti oleh ibu bapa semasa di rumah.

Sekiranya ini berlaku pada si manja anda, ibu ayah hendaklah segera membawanya mendapatkan rawatan di hospital berdekatan.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  ”Doktor Kata Aisyah Dah 50/50”, Ibu Terkilan Bayi Sawan Lepas Tertelan Kekabu Bantal

Baca juga: Umur Setahun Pun Boleh Tersedak Susu! Ibu Fobia Tersedar Dari Tidur Lihat Anak Kaku & Bibir Biru

Baca juga: Bila Sepatutnya Sendawakan Bayi? Penting Untuk Ibu Bapa Tahu, Boleh Elak Bayi Tersedak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!