Bayi Tersedak Susu? Usah Panik, Segera Beri Bantuan Guna Langkah Ini

Bayi tersedak susu, apa yang perlu ibu lakukan untuk selamatkan bayi? Ikuti langkah-langkah ini untuk beri bantuan pertama kepada bayi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sering kali ibu dan ayah terdengar atau terbaca menerusi laporan media berhubung insiden melibatkan bayi tersedak susu. Malah, yang lebih menyedihkan apabila kejadian ini turut melibatkan kehilangan nyawa bayi tersebut.

Menerusi perkongsian TikTok @Widya-homecare, wanita dari Indonesia yang berkhidmat dalam hal penjagaan bayi mengajarkan teknik-teknik perlu dilakukan apabila bayi anda tersedak susu.

Berdasarkan video yang dimuat naik, wanita itu turut menunjukkan kejadian bayi tersedak yang dibawa oleh ibu ayahnya bertemu dengan doktor.

Doktor selamatkan bayi tersedak susu

Menerusi video yang dipaparkan tersebut memperlihatkan, ibu dan ayah kepada bayi itu kelihatan cemas dan panik serta mencari doktor untuk menyelamatkan anak mereka.

Kedua-duanya tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk menyelamatkan bayi tersebut. Doktor yang berada di situ kemudiannya membantu pasangan tersebut.

Difahamkan, bayi itu dapat diselamatkan dan kedua ibu dan ayah bayi itu kelihatan menangis sebak dan memeluk doktor terbabit.

Kenapa bayi baru lahir sering tersedak susu?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pasti ramai yang tertanya-tanya kenapa bayi, terutama yang baru lahir sering mengalami perkara ini. Berikut merupakan sebab-sebab bayi baru lahir sering tersedak susu:

#1. Posisi bayi tidak betul

Posisi tidur bayi selepas menyusu yang tidak betul menyebabkan terjadinya tersedak susu pada bayi. Tersedak susu bayi sangat bahaya dan boleh menyebabkan kematian kerana susu memasuki paru-paru dalam masa yang sama menghalang saluran pernafasan yang menyebabkan bayi tersedak dan lemas.

Pastikan kepala bayi lebih tinggi dari perutnya dan botol susu perlu dipegang dalam kedudukan tidak lebih 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak bayi yang boleh menyebabkan tersedak susu.

#2. Injap tidak matang

Masalah injap tidak matang juga merupakan faktor berlaku. Ia juga lebih berisiko pada bayi berusia empat bulan ke bawah kerana bayi pada usia itu hanya berada dalam keadaan terbaring. Namun begitu berbeza pada bayi berusia empat bulan ke atas di mana mereka suka boleh meminum susu dalam keadaan duduk.

 Elak daripada meletakkan kain atau bantal untuk menyokong botol susu ketika bayi menyusu. Amalan ini adalah tidak bagus.

#3. Cara menyusu yang tidak betul

Jangan biarkan bayi menyusu sambil memegang botol sendiri. Bayi lebih mudah tersedak susu jika dibiarkan minum susu sendirian. Elakkan bayi menyusu dalam keadaan terkentang, sebaiknya pangku bayi dalam keadaan kepalanya lebih tinggi dari perutnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4. Cara sendawakan bayi yang betul selepas menyusu

Ini paling penting untuk memastikan angin keluar dan bayi tidak muntah ketika tidur. Letakkan bayi di bahu dan urut belakang badannya dengan perlahan. Bayi sendawa setelah menyusu juga mengelakkan daripada bayi termuntah.

Antara cara lain ialah tiarapkan bayi dan letakkan perutnya di atas lutut dan gosok belakangnya perlahan-lahan.

Cara membantu bayi tersedak susu

Apa yang perlu ibu ayah lakukan jika bayi tersedak susu? Berikut merupakan 3 cara yang boleh anda lakukan jika tersedak susu:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Sendawakan bayi selepas menyusu

Sendawakan bayi selepas menyusu untuk memastikan angin berlebihan dalam badan bayi dapat dikeluarkan kerana ada kalanya, bayi menyedut angin ketika menyusu. Jadi, cara sendawakan bayi untuk membantu bayi lebih selesa ialah:

  • Letakkan atas bahu

Pegang bayi dengan tegak dan sandarkan di dada, dengan kepalanya di bahu. Sokong bahagian punggung mereka dengan satu tangan dan gosok belakang bayi dengan perlahan.

  • Tiarap

Tiarap bayi di pangkuan, pastikan perutnya berada di salah satu kaki dan kepalanya di kaki sebelah. Ini akan memberikan tekanan yang lembut pada perut mereka. Berikan juga gosokan dengan lembut di belakang bayi anda.

  • Duduk berbongkok

Dudukkan bayi di pangkuan anda dan mukanya menghadap ke hadapan. Sokong bayi anda dengan tangan di dada mereka dan jari anda di bawah dagu mereka. Pastikan anda berhati-hati supaya tidak meletakkan sebarang tekanan di tekaknya. Bongkokkan bayi anda ke hadapan dan gosokkan belakang mereka dengan lembut.

#2. Susukan dalam keadaan tenang

Susukan bayi ketika menunjukkan mereka sedang lapar. Elakkan menyusu ketika bayi sedang menangis dan lapar. Ini menyebabkan emosinya terganggu dan susah untuk mengawal hisapanya ketika menyusu. Oleh sebab itu, bayi akan mudah tersedak susu.

#3. Pam atau perah susu sebelum menyusukan bayi

Ini untuk memastikan susu tidak terlalu banyak dan aliran susu tidak terlalu laju.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang harus dilakukan 

Berdasarkan video TikTok Widya-homecare, terdapat tiga langkah perlu dilakukan jika bayi anda tersedak susu. Wanita itu mengesyorkan agar ibu ayah dapat mempelajari latihan tersebut dalam memberi bantuan kepada bayi yang tersedak.

  • Apabila bayi tersedak susu, ibu seharusnya berhenti menyusukan bayi tersebut.
  • Miringkan bayi, posisikan kepala bayi lebih rendah. Kemudian, tepuk perlahan-lahan punggung bayi supaya susu tidak masuk ke saluran nafas dan boleh keluar.
  • Atau ibu juga boleh posisikan bayi secara meniarap. Tepuk bahagian punggung bayi perlahan-lahan. Pastikan kepala bayi lebih rendah daripada badan.

Pencegahan bayi tersedak susu

Paling penting ialah bagaimana untuk mencegah daripada kejadian bayi tersedak ini. Terdapat tips yang boleh diamalkan bagi mengelakkan daripada berlaku insiden tersebut.

  • Jangan sekali-kali meninggalkan bayi bersendirian semasa menyusu.
  • Jangan guna kain atau bantal untuk menyokong botol susu semasa menyusu.
  • Elakkan bayi daripada tertidur (terlena) semasa menyusu. Sekiranya bayi tertidur, hentikan penyusuan dengan menarik keluar puting. Penyusuan boleh disambung apabila bayi terjaga.
  • Elakkan memberi susu kepada bayi dalam keadaan bayi berbaring secara terlentang. Ia akan menyusahkan bayi menelan dan meningkatkan risiko bayi tersedak.

Lazimnya bayi yang baru lahir sering jeluak (berbunyi sewaktu hendak muntah) selepas menyusu. Sekiranya perkara ini berlaku terlalu kerap, anda perlu mendapatkan nasihat doktor.

Selain itu, perkara-perkara berikut juga perlu diberi perhatian selepas bayi menyusu. Ini akan mengelakkan bayi daripada tersedak akibat muntah selepas menyusu.

  • Elakkan daripada membaringkan bayi dalam tempoh 30 minit atau lebih. Biarkan bayi dalam keadaan duduk atau posisi di mana kepala adalah lebih tinggi daripada badan.
  • Elakkan menggoncang bayi di dalam buaian atau bouncer bagi mengelakkan bayi muntah.
  • Pastikan kepala bayi dalam posisi mengiring semasa tidur selepas menyusu. Ini membolehkan susu mengalir keluar dan tidak menyebabkan bayi tersedak sekiranya termuntah.

Bila perlu risau?

Tanda-tanda tersedak susu adalah seperti bayi:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Menjadi biru
  • Tercungap-cungap
  • Pernafasan laju dan berhenti bernafas
  • Susu keluar dari hidung bayi

Segera berjumpa doktor jika bayi anda terdapat tanda-tanda tersebut. Jangan panik sekiranya anda berada dalam situasi ini. Belajar cardiopulmonary resuscitation terlebih dahulu supaya anda tahu apa yang perlu dibuat jikalau berhadapan dengan situasi sebegini.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Umur Setahun Pun Boleh Tersedak Susu! Ibu Fobia Tersedar Dari Tidur Lihat Anak Kaku & Bibir Biru

Baca juga: “Boleh Ke Bayi Saya Tersedak Susu Semasa Dia Tidur?”

Baca juga: Bila Sepatutnya Sendawakan Bayi? Penting Untuk Ibu Bapa Tahu, Boleh Elak Bayi Tersedak