TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Penting Sendawakan Bayi, Ibu Ayah Ini Cara Sendawakan Bayi Baru Lahir

4 min bacaan
Penting Sendawakan Bayi, Ibu Ayah Ini Cara Sendawakan Bayi Baru Lahir

Penting bagi ibu untuk membuatkan bayi sendawa bagi mengeluarkan angin yang berada di dalam sistem pengahadaman si manja. Tetapi, jika anak enggan sendawa, apa yang ibu boleh lakukan untuk elak anak tidak selesa pada perut?

Bayi anda yang baru lahir masih tidak mempunyai sepenuh kawalan terhadap sistem penghadaman mereka. Sebab itulah, kita banyak mendengar kes-kes si manja kembung perut kerana terlalu banyak angin. Jadi, sudah menjadi tugas ibu dan ayahlah untuk membuatkan bayi sendawa!

Walaupun menyendawakan anak bukanlah tugas yang paling menyeronokkan dalam menjadi ibu bapa baru, tetapi ia amat penting untuk memastikan anak anda berada di dalam keadaan selesa bagi mengelakkan mereka mengamuk atau menangis. Yang mendapat kesannya nanti anda juga, kan?

Jadi, sekiranya anda ibu bapa baru yang masih keliru bagaimana untuk membuatkan cahaya mata baru anda sendawa, ikuti artikel ini!

Cara Sendawakan Bayi Baru Lahir 

bayi sendawa, sendawakan bayi

Foto: iStock

Cara paling mudah untuk membuatkan si manja anda sendawa adalah dengan menepuk belakang mereka dengan lembut. 

Ketika menggunakan cara ini, pastikan tangan anda berada dalam keadaan melengkung berbanding menggunakan tapak tangan yang rata untuk menepuk belakang bayi bagi mengurangkan risiko si manja mengalami kesakitan.

Tambahan pula, anda boleh menyediakan lapik pada baju bayi sekiranya dia memuntahkan susu yang telah diminum.

Dengan perbuatan menyendawakn bayi, posisi yang betul dan selesa bagi kedua-dua anak dan ibu adalah sangat penting! Tetapi, kebanyakan ibu atau bapa pasti akan menggunakan antara salah satu dari ketiga-tiga cara ini:

#1. Cara membuat bayi sendawa: Duduk tegak dan dakap si manja ke dada anda

bayi sendawa, sendawakan bayi

Foto: SirapLimau

Dalam posisi ini, dagu si manja anda sepatutnya berada di atas bahu si pemegang sementara sebelah tangan anda menyokong badan bayi. Dengan sebelah tangan lagi, anda boleh menepuk belakang bayi dengan lembut sehingga dia sendawa.

#2. Cara membuat bayi sendawa: Letakkan si manja dalam keadaan duduk di atas riba anda

Sokong dada dan kepala si manja anda menggunakan tumit tangan anda ketika meletakkan dagu si manja pada telapak tangan anda ketika anak berada dalam keadaan duduk. Dengan tanda anda yang sebelah lagi, tepuk lembut belakang badan si manja.

#3. Cara membuat bayi sendawa: Tiarapkan si manja di atas riba anda

Sokong kepala anak anda ke paras yang lebih tinggi dari dada mereka, kemudian…? Ya, tepuklah belakang mereka dengan lembut supaya mereka dapat sendawa dengan lebih mudah!

Si Manja Masih Sukar Untuk Sendawa! Ada Cara Lainkah?

Secara teknikalnya, kami tidak mempunyai cara lain untuk anda gunakan bagi membuatkan si manja mengeluarkan angin. Tetapi, kami ada beberapa tips yang dapat anda lakukan sebelum anda boleh mencuba menyendawakan si manja!

  • Tenangkan si kecil anda

Anak anda mungkin akan menangis akibat ketidakselesaan pada perut selepas menyusu, jadi secara logiknya, pasti anda hendak mengeluarkan angin dari perut mereka. 

Tetapi, agak sukar untuk anda lakukan ini jikalau bayi sedang menangis. Jadi, pujuklah si manja anda dulu sehingga mereka mula tenang dan anda boleh cuba untuk sendawakan mereka.

  • Menukar posisi

Walaupun anda mungkin telah mencuba ketiga-tiga posisi seperti yang telah kami kongsikan di atas, posisi tersebut mungkin tidak menjadi dengan anak anda. Jadi, anda boleh cuba mencari “posisi ajaib” yang memudahkan si kecil anda untuk sendawa. Seeloknya anda boleh mencuba posisi yang memberi sedikit tekanan pada perut bayi.

Walau bagaimanapun, pastikan anda telah mencuba setiap posisi sekurang-kurangnya selama 10 minit.

  • Menggunakan baby wrap
bayi sendawa, sendawakan bayi

Foto: iStock

Anda boleh juga menggunakan alat mendukung si manja selepas penyusuan dan terus membuat kerja rumah seperti biasa. Pergerakan yang dilakukan oleh anda pasti akan memberikan si manja perasaan seakan-akan berombak-ombak yang dapat membantu si kecil anda mengeluarkan gas dari perut mereka.

  • Senaman mengayuh

Walaupun ini cara untuk memudahkan si manja mengeluarkan angin melalui “laluan bawah”, asalkan si manja dapat mengeluarkan gas dari perut, tidak salah untuk anda mencuba cara ini! 

Baringkan si manja dan letakkan telapak tangan anda pada telapak kaki mereka dan tolak lah kaki bayi secara bergilir-gilir seakan-akan si manja sedang mengayuh basikal. Pergerakan ini akan memberikan tekanan pada abdomen bayi, menjadikan mereka lebih mudah sendawa dan kentut!

Semoga dengan perkongsian kami kali ini dapat membantu para ibu bapa baru di luar sana untuk mengamalkan penjagaan si manja yang tiptop! Happy parenting, folks!

Stories Rakan Kongsi
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Bila Patut Sendawakan Bayi, Ketahui Risiko Jika Tidak Sendawakan Bayi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Shafirra

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • Penting Sendawakan Bayi, Ibu Ayah Ini Cara Sendawakan Bayi Baru Lahir
Kongsikan:
  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham