Seorang Bayi Tertelan Syiling Sebanyak 2 Keping, Terpaksa Melalui Pembedahan Berisiko!

Tanpa disedari ibunya, bayi tertelan duit syiling sebanyak dua keping! Ibu tahu apa tanda bayi tertelan syiling atau tertelan sesuatu benda?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seorang wanita (Normala Hussain) diuji lagi sekali selepas kematian ayahnya pada Syawal lalu. Pada kali ini, kemalangan berlaku lagi dengan bayinya. Apa yang berlaku kali ini adalah bayi tertelan syiling.

Pada mulanya, dia menyangka bayinya mengalami masalah kahak berlebihan. Asalnya, dia menghantar anaknya ke klinik kerajaan (KK Seberang Jaya) kemudian dirujuk kepada pakar ENT di Hospital Seberang Jaya.

Bayi Tertelan Syiling Di Rumah!

Di Hospital Seberang Jaya, misteri sakit berpanjangan bayi tersebut hampir terjawab setelah doktor mengesyaki oesofagus bayi tersebut terdapat bendasing.

Setelah diamati, ia bukanlah kuman, tetapi bendasing, sebab objek itu tiba-tiba naik ke atas esofagus. Ternyata doktor lebih mempunyai perasaan ingin tahu dan sangsi, kerana doktor mempersoalkan kehadiran objek itu kepada Normala.

Selepas doktor berterus terang dan menyatakan anaknya tertelan 2 keping syilling, dunia terasa terhenti dan hampir berakhir. Doktor memberitahu anaknya harus dibedah pada malam itu juga dan disuruh berpuasa masa itu juga selama 2 hari.

Doktor pakar datang pada keesokan harinya, tetapi lambat kerana mereka memikirkan strategi untuk mengeluarkan 2 keping duit syilling itu daripada esofagus bayi itu. Pakar bedah juga datang untuk mengeluarkan syilling tersebut, tetapi bukan secara pembedahan. Tetapi ia amat mengancam nyawa bayi itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Akhirnya, doktor pakar bedah memberi ubat bius untuk meredakan tangisan bayi itu. Bayi(Mohd Aidan) dan ibunya terpaksa dihantar terus ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star pada malam yang sama.

Perjalanan mengambil masa sejam kerana ambulan terpaksa memecut laju, memandangkan kes ini hampir meragut nyawa pesakit. Doktor pakar bedah di Hospital Sultanah berterus terang kepada ibu bayi itu kerana risiko pembedahan 50:50.

Normala tidak berhenti berdoa kepada Tuhan supaya meyelamatkan bayinya. Cara mengeluarkan syilling amat mudah tetapi berisiko, dengan cara scooping syilling dari mulut bayi itu, kerana dikhuatiri bayi mendapat komplikasi lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Normala Hussain, menyatakan akan lebih berhati-hati selepas ini, dengan membelikan sebuah baby walker kepada anak itu supaya tidak bebas merangkak di atas lantai.

Pengajaran Untuk Ibu Bapa Yang Ada Anak Baru Belajar Merangkak

Little Asian baby girl, 13 months old, putting / eating a piece of straw plastic package picked from the floor – baby’s choking hazard; Shutterstock ID 1088663354; Purchase Order: -; Segment/Job: -; Client/Licensee: –

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kisah di atas amat memberi seribu satu pengajaran kepada ibu bapa atau penjaga dalam memantau anak kecil supaya tidak menyesal di kemudian hari. Ibu bapa haruslah menjadi lebih teiti dalam memantau bayi yang baru belajar merangkak kerana bayi seperti ini tidak tahu ancaman bahaya di sekeliling.

1# Setiap benda kecil yang bersepah di atas lantai pasti menarik minat si kecil untuk memasukkannya ke dalam mulut.

2# Ibu bapa haruslah memastikan rumah kemas dan tiada sebarang benda kecil atau tajam bersepah di atas lantai. Simpan benda kecil dalam tempat yang tidak mudah dicapai.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3# Selain itu, ibu bapa haruslah lebih peka dengan kesihatan anak-anak, lebih lebih lagi jika anak terkena batuk dan selsema, dan lebih peka terhadap gambar xray anak dan jangan segan silu bertanyakan berkenaan gambar xray anak kepada pakar, kerana dalam kisah si ibu tidak terlalu peka dan teliti.

4# Di samping itu, untuk langkah keselamatan lain, ibu bapa harus menutup tong air dan juga pintu bilik air agar anak tidak mudah bermain dalam bilik air.

Janji Tuhan itu pasti, dugaan diberikan kepada hambanya untuk lebih tabah dan berhati-hati untuk masa akan datang.

Semoga bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Hospital TOLAK Untuk Rawat Anak, Walaupun Nafas Tercungap-Cungap Lepas Tercekik Syiling!

Baca juga:  Bayi 10 Bulan Tertelan Pin Tudung Ibu: Bahaya Tertelan Objek Asing!

Baca juga: Hati-Hati Ayah Kaki Memancing, Budak Ini Tertelan Mata Pancing Yang Disangka Makanan

Penulis

Michelle Goh