Bayi Tidak Berak Undang Kerisauan, Ibu Ayah Boleh Lakukan Beberapa Tips Ini Untuk Bantu Si Kecil

Bayi tidak berak sememangnya mengundang kerisauan ibu ayah. Oleh itu, anda boleh cuba praktik urutan buat si kecil untuk bantu mereka berak.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bayi tidak berak kebiasaannya akan melanda sesetengah bayi yang berusia bawah 6 bulan di mana mereka dijangka akan mengalami pergerakan usus beberapa kali setiap hari.

Untuk pengetahuan ibu ayah di luar sana, kekerapan untuk membuang najis seorang bayi bergantung kepada individu tersebut. Ada sesetengah bayi membuang najis sekali sehari, malah ada juga yang hanya membuang najis sekali dalam beberapa hari dan sekali dalam seminggu pun ada.

Tapi ibu ayah perlu tahu, tekstur najis bayi adalah lembut dan mudah melalui usus mereka.

Walau bagaimanapun, perlu diingatkan juga meskipun sembelit ini adalah perkara biasa yang terjadi, namun terdapat beberapa kes di mana ia mungkin disebabkan daripada masalah kesihatan tertentu.

Kenapa Bayi Tidak Berak?

Anak anda mungkin mengalami sembelit sekiranya najis mereka tampak seakan-akan pelet kering yang beras dan tidak meresap masuk ke dalam pampers mereka. Masalah sembelit bayi ini sememangnya boleh berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor.

Kebiasannya, tiada sebab mahupun punca yang jelas.

Keadaan ini dikenali sebagai sembelit idiopatik – iaitu penyebabkan tidak diketahui.

Walau bagaimanapun, ibu ayah boleh perhatikan jikalau anak anda tidak mengalami pergerakan usus untuk 1 atau 2 hari dan tekstur najis mereka lembut/cair – ini bermaksud tiada masalah sembelit.

Ada kalanya si kecil juga memerlukan masa untuk mengatur jadual pergerakan usus mereka sendiri dan kekerapan membuang air besar yang tidak teratur adalah normal.

Bayi Berak Berapa Kali Sehari?

Persoalan ini sering dilontarkan terutamanya dalam kalangan ibu-ibu baharu di luar sana. Mana tidaknya, pertama kali bergelar seorang ibu ini sememangnya banyak perkara yang perlu dipelajari.

Bukan sahaja cara untuk menyusukan anak dengan betul, cara tidurkan anak, makanan yang boleh diberikan kepada anak ketika umur-umur tertentu, corak pembuangan najis mereka juga perlu diambil kira juga ya. Ibu ayah pasti hairan kenapa bayi tidak berak 1 hari minum susu formula, kan?

Di sini kami akan memberikan corak pembuangan najis bagi bayi yang menyusu badan dan juga bayi yang menyusu susu formula. Coraknya ada sedikit berbeza.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Bayi Menyusu Badan

Bayi yang menyusu badan sememangnya jarang mengalami keadaan tidak berak. Ini kerana susu ibu mengandungi julap semula jadi. Malah, bayi yang menyusu badan juga cenderung mempunyai najis yang berwarna kekuningan dan tekstur yang agak lembut.

Si kecil juga akan berak setiap kali selepas makan. Manakala bayi yang lebih berusia pula tidak akan membuang air besar sehingga tempoh seminggu.

Jangan bimbang ibu-ibu, ia bukanlah masalah sembelit jikalau najis bayi anda lembut dan cair.

#2. Bayi Susu Formula

Bayi yang mengambil susu formula kebiasannya memiliki najis yang banyak dan perlu berak lebih kerap berbanding bayi yang diberikan susu badan. Dan jika menggunakan susu formula, pastikan ibu ayah mengikut arahan bancuhan yang betul, ini kerana jika terlebih/terkurang daripada sukatan – ia boleh menyebabkan bayi tidak berak.

Ibu ayah juga perlu mengelakkan daripada:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Mencampur jenis susu.
  • Membuat bancuhan susu yang cair/tidak mengikut arahan bungkusan.
  • Menambah makanan pejal seperti; biskut atau nasi. Ini kerana bayi anda boleh tersedak dan ia akan menjadi punca masalah sembelit bayi.

Punca Bayi Kentut, Tapi Bayi Tidak Berak

Untuk pengetahuan umum, perut bayi sememangnya berangin. Sebab itulah si kecil ini selalu kentut, sendawa, dan berak. Malah, jumlah kentut mereka sendiri dalam masa sehari akan melebihi kentut orang dewasa.

Kalau terdengar bayi kentut, memang bertalu-talu mereka beri! Hehe.

Keadaan ini berlaku apabila mereka kerap minum susu dan sistem pencernaan mereka sentiasa bekerja. Tambahan pula, berat si kecil ini boleh naik dengan mendadak – lebih kurang 140 ke 200 gram dalam masa seminggu.

Pendek kata, semakin perut mereka membesar, selera mereka juga semakin membesar!

Bayi yang kentut banyak kali ini mungkin disebabkan makanan yang anda ambil atau kerana anda minum jus sitrus. Selain itu, ada beberapa keadaan lain yang menyebabkan bayi sering kentut iaitu:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  • Sistem pencernaan sedang membesar.
  • Bakteria tidak seimbang dalam badan.
  • Cara lekapan menyusu yang salah.
  • Menyusu badan dan botol susu.
  • Makanan pejal pertama.
  • Gaya pemakanan si ibu.
  • Bayi menangis tanpa henti.
  • Alahan terhadap laktosa.
  • Antibiotik.

Yang paling utama ialah sentiasa perhatikan perubahan bayi anda. Sekiranya dia nampak tidak selesa dan menangis ketika kentut, dia mungkin mempunyai gas yang terlalu banyak.

Antara tanda yang anda boleh lihat ialah:

  • Perut kembung
  • Sendawa terlalu banyak
  • Kentut terlalu banyak
  • Nangis terlalu banyak
  • Perut kejang (menangis apabila anda menekan perutnya)
  • Perut keras

Urutan Untuk Bayi Tidak Berak

Bayi sering alami muak susu (kolik) dan sembelit masalah aliran susu atau saluran usus sekaligus menyebabkan bayi rasa kurang selesa. Untuk membantu kalian, kami akan mengajar anda cara urut bayi yang betul supaya dapat mengurangkan ketidakselesaan ini.

Sebelum urut bayi, perhatikan tanda-tanda sembelit seperti perut keras, menangis sebelum berak, kekeringan (najis keras) dan kurang membuang najis dalam masa seminggu.

Cara urut bayi ini merupakan sesuatu yang baik kerana ia dapat melegakan gas perut dan membantu pergerakan najis bayi.

  1. Letakkan bayi dalam posisi berbaring dengan tubuhnya menghadap anda.
  2. Semasa mengurut, fikirkan perut bayi seperti jam dengan kedudukan jam 12 di atas bahagian perut dan jam 6 di pangkal paha serta jam 3 dan 9 di kiri kanan. 
  3. Gunakan hujung jari anda, dan perlahan-lahan lingkari kepala bayi. Kekalkan hubungan mata dan cari tanda atau isyarat bayi gembira untuk anda teruskan urutan. 
  4. Ambil sedikit minyak bayi dan letakkan sejumlah kecil di telapak tangan. Gosok tangan bersama minyak tersebut bagi menghasilkan haba terutama sekitar hujung jari. 
  5. Letak tangan kanan ke perut bayi dan perlahan-lahan licinkan tangan ke arah pangkal paha. Ulangi gerakan dengan tangan kiri sehingga anda mendapat gerakan ‘roda air’. 
  6. Seterusnya, letak ibu jari di tengah perut bayi dan luncurkan tangan ke arah pinggang. Pastikan tindakan anda tegas tapi penuh kelembutan. 
  7. Mulakan dengan ‘gerakan matahari’ iaitu tangan kiri berada di kedudukan jam 7. Kemudian ratakan telapak tangan dan gosok bulatan di sekitar perut yang berakhir pada jam 7.
  8. Bergerak ke ‘gerakan bulan sabit’ Dengan tangan kanan bermula pada jam 12 dan gerak di sekitar perut dan berakhir pada jam 6.
  9. Langkah seterusnya, gabungkan kedua-dua gerakan bulan dan sabit bulan dengan tangan kiri melakukan gerakan matahari, sementara tangan kanan lakukan bulan secara serentak.
  10. Untuk legakan perut pada kes kolik, tahan pergelangan kaki bayi dan urut perlahan. 
  11. Seterusnya perlahan-lahan tekan lutut ke arah perut dan tahan kira-kira lima saat. Ulang beberapa kali.
  12. Akhir sekali, letakkan kedua telapak tangan pada perut bayi selama beberapa saat. Selesai!

Cara urut bayi ini berkesan untuk memulihkan kolik dan sembelit si kecil. Tapi ia juga mewujudkan masa istimewa untuk ibu dan bayi dengan penjagaan yang penuh kasih sayang.

Adakah Ia Sembelit?

Sembelit kebiasaannya berlaku kepada bayi yang baru mula makan makanan pepejal. Sembelit ialah masalah untuk membuang najis yang biasanya terjadi tidak kira usia. Najis biasanya akan menjadi keras, kering dan lebih berbau busuk.

Jika bayi kelihatan seperti tidak selesa atau sentiasa menangis, sila periksa perut mereka. Sebagai ibu ayah perlu mengambil perhatian sekiranya bayi anda kurang membuang dan najisnya menjadi keras.

Bukan itu sahaja, cuba perhatikan jika terdapat darah ketika membuang najis. Pasti bayi anda sedang mengalami masalah sembelit.

Apa Patut Anda Lakukan Jika Bayi Tidak Berak?

Setiap masalah ada cara untuk mengatasinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Begitu juga dengan keadaan sembelit bayi anda ini. Terdapat beberapa cara ibu ayah boleh lakukan untuk mengatasi masalah bayi di bawah usia 6 bulan yang mempunyai masalah tidak membuang najis, iaitu:

  • Berikan mandian air suam kepada si kecil untuk melegakan usus.
  • Lakukan urutan perlahan pada perut bayi mengikut arah jam. Berikan sedikit tekanan pada perut bayi dan lakukan gerakan bulatan dari pusat ke luar.
  • Baringkan bayi dan gerakkan kaki mereka seolah-olah sedang mengayuh basikal.
  • Jangan berikan sebarang ubat julap melainkan atas arahan doktor.
  • Berikan susu yang mencukupi. Bayi di bawah usia 6 bulan harus mendapatkan 700ml cecair setiap hari, sama ada daripada susu badan mahupun formula.
  • Anda boleh berikan antara 50 hingga 120 ml jus buah prun, pir, ceri atau epal setiap hari. Apabila najis si kecill semakin lembut, anda boleh kurangkan jumlahnya.

Semoga artikel ini memberi manfaat buat ibu ayah di luar sana.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga7 Titik Urutan Kaki Bagi Menenangkan Bayi Yang Kerap Meragam Dengan Serta-Merta

Baca juga: 9 Punca Bayi Selalu Kentut & Masalah Kembung Perut, Salah Satunya Menyusu Badan!

Baca juga: Ini Kelebihannya Jika Anda Urut Bayi Sebelum Kena Cucuk Atau Ujian Darah – Kajian

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Murns A.