Mengapa Bayi Saya Tidak Ceria Walaupun Ditatang Bagai Minyak Yang Penuh?

Jika bayi anda masih tidak boleh bertutur, hendak mengetahui punca mengapa mereka tidak ceria mungkin salah satu paling mencabar dalam penjagaan bayi. Justeru itu, bagaimana ibu atau bapa hendak mengetahui punca ketidakceriaan bayi?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sejak dilahirkan, pasti ibu atau bapa akan mengambil berat akan si manjanya daripada hujung rambut hinggalah ke hujung kaki. Sudah pasti para ibu bapa tidak mahu anak mereka berada dalam keadaan sakit atau tidak selesa, apatah lagi bayi tidak ceria. Pasti hidup rasa serba serbi tidak kena.

Kadang-kadang si manja masih boleh mengamuk dan sentiasa menangis walaupun sudah diberi penjagaan yang rapi serta perhatian yang tiada bandingan. Kalau dia tidak menangis, mukanya juga tidak menunjukkan sebarang senyuman atau tanda keceriaan. 

Jika ini terjadi, kami hanya boleh bayangkan betapa stresnya anda sebagai ibu bapa atau penjaga bayi tersebut. Jadi, mengapa bayi anda sentiasa kelihatan tidak ceria?

Tanda-tanda Bayi Tidak Ceria Atau Gembira

1# Bayi tidak ceria akan sentiasa menangis dan tidak senang duduk

Bayi yang menangis itu normal, tetapi bayi yang sentiasa menangis atau tidak selesa  walaupun telah diberi penjagaan rapi mungkin mempunyai masalah yang lebih mendalam.

2# Bayi tidak ceria akan sentiasa bad mood

Si manja mungkin masih tidak memahami konsep perasaan dan emosi sepenuhnya, tetapi jika si manja anda sentiasa mengamuk dan marah sehingga ia menjadi rutin harian bagi mereka dan anda untuk memujuk, tugas anda ialah mencari punca mengapa bayi tidak gembira.

3# Bayi tidak menunjukkan minat

Jika anda mempunyai bayi yang tidak bising, jangan terlalu gembira dengan ketenangan yang anda rasakan! Bayi yang terlalu diam mungkin mempunyai perasaan negatif yang sang ibu bapa tidak tahu. Jika anda menghulurkan mainan atau membawa mereka berjumpa rakan-rakan baharu tetapi mereka tidak menunjukkan minat, anda boleh teruskan membaca artikel ini.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4# Berat badan si manja tidak menaik

Seperti orang dewasa, jika bayi mengalami perasaan tidak gembira yang terlalu kronik akibat stres atau kesedihan, berat badan si manja pasti tidak akan menaik. Jadi, ibu bapa, ketika menimbang berat anak anda, pastikan anda betul-betul perhatikan dengan teliti setiap naik turun berat mereka.

Baca juga: 5 Tanda Bayi Atau Anak Menangis Kerana Percaya Dan Memerlukan Anda

Punca-Punca Bayi Tidak Ceria

Jika si manja anda mempunyai salah satu atau kesemua tanda-tanda ketidakceriaan ini, di sini kami senaraikan punca-punca yang membawa kemungkinan mengapa si manja anda tidak ceria.

1# Hendakkan kebebasan

Anda mungkin fikir, “Kebebasan apa yang si manja perlukan? Mereka masih belum cukup dewasa!” Tetapi, semakin menginjak usia bayi dan mereka semakin pandai mengkoordinasi otot-otot dan kemahiran motor mereka, si manja mungkin berasakan bahawa mereka sudah boleh berdikari walaupun ia perkara sekecil mengambil mainan sendiri atau bergerak sendiri dari satu bilik ke satu bilik di dalam rumah.

2# Merasakan kebencian adik-beradik kepada mereka

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber gambar: Healthline

Jika si manja bukan anak pertama anda dan mempunyai kakak atau abang di atas mereka yang tidak sukakan kehadiran mereka, percaya atau tidak, si manja boleh merasakan bahawa mereka tidak disukai. Ini akan membuatkan si manja sedih dan tidak ceria apabila berada di dalam kehadiran adik-beradik mereka.

3# Tumbuh gigi (teething)

Sumber gambar: Cleveland Clinic’s Health Essential

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi orang dewasa, pertumbuhan gigi mungkin tidak menyakitkan atau membawa ketidakselesaan. Tetapi, bagi seorang bayi yang tidak pernah merasakan sensasi pertumbuhan gigi, pastilah mereka mudah berasa tidak selesa. Tambahan pula, gigi bayi bukannya tumbuh semua sekaligus, tetapi memakan masa beberapa minggu (hingga ke bulan) untuk betul-betul tumbuh penuh. Tidak hairanlah mengapa bayi mungkin tidak ceria dalam durasi yang panjang!

4# Hendakkan perhatian yang tidak berbelah bahagi

Semakin si manja membesar, semakin banyak perhatian yang mereka dambakan dari ibu bapa mereka iaitu anda. Ini kerana, bagi si manja, ibu bapalah pelindung dan penjaga mereka dari segala bahaya dan yang pertama membuatkan mereka rasa istimewa. Jadi, jika ibu bapa tidak memberi mereka perhatian yang sama ketika usia mereka masih kecil, ini akan menyebabkan si manja berasa terpinggir dan tidak disayangi.

5# Sakit yang ibu bapa tidak tahu

Jika anda tidak tahu bahawa si manja mengalami kesakitan, anda bukanlah ibu bapa yang teruk. Ingat tu! Si manja masih kecil, dan tentulah tidak boleh berkomunikasi dengan terang tentang apa yang menyakiti mereka. Ia mungkin berpunca dari banyak perkara: ulser mulut, kesakitan dalam telinga, atau ruam lampin.

Apa Anda Boleh Lakukan?

1# Meminta nasihat dari pakar kanak-kanak

Jika si manja sentiasa tidak ceria, ini mungkin masanya untuk anda membuat temu janji bersama pakar kanak-kanak untuk membincangkan masalah yang sedang anda hadapi. Mereka pasti lebih tahu dan boleh membantu anda sebaik mungkin.

2# Membedung si manja dengan ketat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber gambar: Business Insider

Di Malaysia, tabiat membedung bayi tidak asing lagi. Jika bayi anda sering menangis, ini mungkin kerana mereka tidak merasakan dakapan yang membuatkan mereka puas hati. Ya, si ibu boleh mendakap anak mereka tetapi takkan 24 jam hendak melekat dengan si manja sahaja?

3# Menawarkan puting kepada mereka

Kami faham bahawa tidak semua ibu bapa suka menggunakan puting untuk menenangkan si manja. Mungkin anda khuatir bahawa bayi akan terlalu bergantung kepada puting? Tetapi, jika ia boleh menenangkan dan memberi kegembiraan kepada bayi, apa salahnya, kan?

4# Menukar posisi bayi ketika mendukung

Ketika mendukung si manja, pastikan bayi dibaringkan ke sebelah kiri badan mereka sebagai sokongan untuk membantu pencernaan dan perut. Sambil-sambil itu, usaplah belakang badan mereka dengan perlahan-lahan. Jika si manja tertidur, baringkanlah mereka seperti biasa.

Akhir kata dari kami, jika bayi anda masih menunjukkan tanda-tanda mereka tidak ceria walaupun sudah mencuba pelbagai cara, bawalah anak berjumpa dengan pakar kanak-kanak untuk mendapatkan info yang lebih tepat.

Selamat mencuba!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia.

Sumber: Parenting Science, ImbaLife, healthychildren.org

Baca juga: Anak Anda Introvert? Ini Cara Berkesan Pupuk Perkembangan Sosial Mereka!