Latih Bayi Tidur Sendiri Bermula Usia Satu Bulan, 5 Cara Mudah Ibu Boleh Cuba Sekarang!

undefined

Bayi tidur mudah setiap malam menjadi harapan kebanyakan ibu ayah. Mana tidaknya jika si manja mula meragam, waktu rehat anda juga boleh terganggu!

Kebanyakan ibu ayah baru pastinya berdepan pengalaman sukar untuk menetapkan waktu bayi tidur pada malam hari. Mana tidaknya, ketika berada dalam gendongan, si manja tidur nyenyak. Bila dipindahkan ke tempat tidur, tiba-tiba sahaja dia tersedar dan menangis.

Justeru, adalah penting untuk ibu ayah melatih si manja tidur sendiri supaya dia kurang meragam dan mampu mendapatkan kualiti tidur yang baik. Ini juga berkait dengan proses perkembangan otak bayi.

Cara melatih bayi tidur sendiri dan mudah setiap malam

Latih Bayi Tidur Sendiri Bermula Usia Satu Bulan, 5 Cara Mudah Ibu Boleh Cuba Sekarang!

Kredit: Shutterstock

 

Mungkin anda tertanya-tanya, apa yang perlu dilakukan supaya bayi tidur awal dan tidak cepat terjaga ketika malam. Jawapannya mudah sahaja. Ibu ayah perlu ikuti beberapa kunci atau langkah utama iaitu:

#1. Disiplin mengikuti rutin tidur setiap hari

Salah satu rahsia untuk memudahkan bayi tidur adalah disiplin dalam menentukan jam tidur anak. Tanpa disedari, si manja akan belajar dengan sendiri pola tidurnya.

Jika dia terbangun dan menangis, pakar menyarankan untuk anda membiarkan sahaja. Ibu ayah hanya perlu menenangkan si kecil dengan cara membelainya.

Tidak perlu tergesa-gesa untuk terus mengangkat dan mengendong bayi agar dia kembali tenang. Ini hanya membuatkan si manja anda terbiasa sehingga akan mengulangi perkara yang sama.

Kesannya, lama-kelamaan bayi dapat tidur dengan sendiri sekiranya mereka disiplin mengikuti jadual harian dengan baik. Anda juga memperoleh rehat yang mencukupi kerana tidak perlu ‘melayan’ ragam bayi setiap malam.

#2. Fahami moro reflex pada anak

Sudah menjadi kebiasaan bagi baru lahir, mereka akan lebih peka dan sensitif terhadap gerakan badan sekecil apa pun sehingga ia dapat menganggu tidurnya.

Sebenarnya situasi ini berlaku disebabkan oleh moro reflex. Ia juga disebut dengan reflex mengejutkan, iaitu bayi terjaga kerana adanya gangguan kecil. Justeru tidak hairanlah sekiranya ibu ayah ingin mengembalikan si manja ke katil tidurnya dapat memicu refleks tersebut.

Antara tandanya ialah bayi menggerakkan jari-jemari, meluruskan kaki, melambaikan angan dan mendongakkan kepala ke belakang.

#3. Bawa bayi keluar ketika siang

Untuk memastikan bayi tidur lebih lena pada waktu malam, ibu dan ayah digalakkan untuk membawa bayi keluar siang hari

Kredit: Shutterstock

Sekiranya cuaca dalam keadaan yang baik pada waktu pagi mahupun petang, ibu boleh bawa bayi keluar melihat kawasan di sekeliling rumah atau mengambil udara yang segar. Tidak hanya anda, cara ini juga membantu si manja agar tidur lebih lena.

Selalu duduk di dalam rumah ketika siang kadang-kadang boleh membuatkan bayi berasa stres bagi memahami perbezaan waktu. Dengan mendedahkan diri si manja dengan sinaran matahari dan angin panas waktu siang ini sekaligus dapat membolehkannya tidur dengan mudah.

#4. Membentuk rutin tidur seawal yang mungkin

Ingat, tidur yang berkualiti akan membantu proses perkembangan si manja sehingga tahap maksimum. Justeru, pastikan keperluan bayi tidur dipenuhi dengan baik termasuklah keadaan bilik dan mengelakkan dari sebarang gangguan.

Keinginan ini boleh dipenuhi jika ibu ayah membentuk rutin jam tidur yang baik seawal usia si manja. Ketika masuk waktu malam, elakkan membuat pelbagai aktiviti yang boleh merangsang kecerdasan bayi sebelum waktu tidur.

#5. Elakkan tabiat menyusu sehingga bayi tertidur dengan sendiri

Rata-rata ibu mungkin tidak menyedari akan kesilapan ini. Sekiranya ia dilakukan secara berterusan boleh menyebabkan si manja tidak dapat belajar mengurus emosi dan tidur dengan sendiri.

Dalam hal ini, anda hendaklah memerhatikan perubahan bayi. Jika dia kelihatan hampir melelapkan mata atau keletihan, letakkan sahaja di atas tilam agar membolehkannya menenangkan diri sebelum tertidur.

Selain itu, anda juga tidak perlu panik sekiranya terdengar tangisan bayi ketika di terjaga. Cuba menepuk-nepuk bahagia pahanya secara perlahan agar dia kembali tidur semula.

Suasana dalam ruang tidur juga hendaklah selesa dan menenangkan. Tidak hanya orang dewasa, bayi juga tidak boleh melelapkan mata jika bilik dalam keadaan panas atau terlalu terang bercahaya.

Jadi ibu ayah hendaklah memastikan ruangan tidur si manja selesa, bersih dan tenang agar mereka dapat tidur dengan lena tanpa sebarang gangguan.

Apa akan berlaku jika bayi tidak cukup tidur?

Tidur yang cukup adalah penting untuk kesihatan dan perkembangan keseluruhan bayi. Jika bayi tidak cukup tidur pada waktu malam, ia boleh memberi beberapa kesan negatif terhadap tumbesaran mereka, termasuk:

  • Kerengsaan dan fussy: Kurang tidur boleh menyebabkan bayi mudah marah dan cerewet, menyebabkan lebih banyak tangisan dan kesukaran menenangkannya.
  • Kelewatan perkembangan: Tidur adalah penting untuk perkembangan otak, dan kekurangan tidur boleh menyebabkan kelewatan perkembangan dalam bidang seperti bahasa dan kemahiran kognitif.
  • Peningkatan risiko penyakit: Tidur membantu tubuh melawan jangkitan dan penyakit, jadi kekurangan tidur boleh meningkatkan risiko bayi jatuh sakit.
  • Pertumbuhan terjejas: Tidur juga penting untuk pertumbuhan fizikal, jadi kekurangan tidur boleh menyebabkan penambahan berat badan yang lemah dan pertumbuhan terjejas.
  • Kesukaran belajar: Kurang tidur boleh menyukarkan bayi untuk belajar dan mengingati maklumat baharu.
  • Peningkatan risiko kemalangan: Bayi yang letih berkemungkinan besar mengalami kemalangan dan kecederaan, seperti terjatuh atau melecur.

Penggunaan minyak aromaterapi untuk bantu anak tidur

Penggunaan minyak aromaterapi dapat membantu bayi tidur dengan lebih tenang dan nyenyak setiap malam

Minyak aromaterapi satu produk bermanfaat untuk menenangkan bayi dan membantu mereka tidur lebih cepat. Berikut adalah beberapa minyak pati yang mungkin berkesan untuk tujuan ini:

  1. Lavender: Lavender ialah minyak pati yang popular untuk menggalakkan rasa tenang dan tidur. Baunya yang menenangkan boleh membantu menenangkan bayi dan mengurangkan tekanan.
  2. Chamomile: Chamomile ialah satu lagi minyak pati yang terkenal dengan sifat menenangkan. Ia boleh membantu bayi rasa lebih relaks dan mengurangkan kebimbangan.
  3. Sandalwood: Sandalwood ialah minyak pati berkayu dan berbau harum yang boleh membantu menenangkan dan menenangkan bayi. 
  4. Ylang-Ylang: Ylang-ylang ialah minyak pati wangi bunga yang terkenal dengan sifatnya yang menenangkan. Ia boleh menggalakkan bayi tidur dengan lebih baik.

Apabila menggunakan minyak pati untuk aromaterapi, penting untuk mencairkannya dengan betul dan menggunakannya dengan selamat. Sentiasa ikuti arahan pada label terutamanya jika anda ingin menggunakan lebih daripada satu aroma.

Jika anda ingin menggunakan pati ini pada kulit bayi anda, digalakkan untuk berbincang dengan pakar pediatrik anda terlebih dahulu untuk memastikan ia selamat dan sesuai untuk digunakan oleh bayi.

Secara keseluruhannya, penting untuk bayi mendapat tidur yang cukup pada waktu malam untuk menyokong perkembangan fizikal, kognitif dan emosi mereka. Jika anda menghadapi masalah untuk menidurkan bayi anda, berbincang dengan pakar pediatrik anda atau pakar tidur untuk mendapatkan bimbingan. 

Semoga bermanfaat.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Jururawat Kongsi 4 Langkah Bedung Bayi Untuk Mudahkan Mereka Tidur, Memang Berkesan!

Baca juga: Baring Terlentang Adalah Posisi Bayi Tidur Paling Baik, Elak Lemas & Mati Mengejut!

Baca juga: Si Manja Sukar Tidur Lama? Guna Kaedah White Noise Yang Disyorkan Oleh Pakar Paediatrik Ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!