TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

5 Langkah Mudah Untuk Menukar Tempat Tidur Anak Dari Crib Ke Katil Bayi

5 min bacaan
5 Langkah Mudah Untuk Menukar Tempat Tidur Anak Dari Crib Ke Katil Bayi

Anda nak menukar tempat tidur anak anda tetapi tak tahu bagaimana? Baca 5 cara mudah untuk menukar tempat tidur anak daripada crib ke katil di sini!

“Mama…mama nak tidur mama”

Alahai anak.

Bila anak anda sudah mula panggil-panggil dalam crib ataupun katil bayi, dan asyik minta untuk tidur bersama anda. Itu merupakan satu petanda yang sudah sampai masanya untuk anda menukar tempat tidur anak anda.

Bila sebenarnya masa untuk anak anda menukar tempat tidur?

Waktu untuk anak anda bertukar tempat tidur sebenarnya bergantung kepada keadaan anak anda sendiri. 

Kebiasaannya anak yang berumur diantara 18 bulan sehingga ke 3.5 tahun sebenarnya sudah mula menunjukkan kecenderungan untuk menukar tempat tidur. 

Anda boleh perhatikan tanda-tanda berikut dalam diri anak anda. 

  • Apabila anak anda sudah menunjukkan ketidakselesaan sewaktu berada dalam crib.
  • Keadaan fizikal anak anda sudah mulai membesar sampaikan dah nak sama tinggi dengan crib tu. 
  • Saat anda lihat anak anda dah boleh panjat crib tersebut.

Apabila tanda-tanda ini sudah muncul, dah memang tahap wajiblah untuk anda menukar tempat tidur anak anda kerana dikhuatiri akan berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini. Crib lebih sesuai untuk digunakan oleh bayi yang baru lahir, manakala baby cot ataupun katil lebih sesuai untuk bayi yang semakin menginjak usia kerana kebanyakan model baby cot ini boleh diubah suai untuk dijadikan katil bayi.

Jadi pemilihan katil bayi adalah amat penting.

Bagaimana untuk memilih baby cot?

menukar tempat tidur anak

Tak tahu nak pilih baby cot yang bagaimana untuk anak anda? Kami ada senaraikan beberapa kriteria asas untuk anda pilih baby cot. 

Pilih yang tahan lama dan kukuh. Ini kriteria yang paling penting dalam memastikan anak anda selesa. Pada peringkat ini, anak anda sememangnya akan menjadi lasak dan aktif. Jadi anda perlu pilih baby cot yang diperbuat daripada bahan yang kukuh.

Mempunyai penghadang. Boleh tak anda bayangkan apa yang akan jadi kalau baby cot anda tidak mempunyai penghadang? Alamat, lincahlah si kecil ke sana dan ke mari. Yang penting, ia memberikan perlindungan keselamatan kepada anak anda daripada terjatuh sewaktu tidur. 

Tidak terlalu tinggi. Jangan pilih baby cot yang terlalu tinggi kerana ianya akan membahayakan anak anda. Malah, ketinggian baby cot yang rendah juga mengelakkan anak anda daripada tercedera.

Dah dapatkan baby cot? 

Mari kita ketahui 5 langkah mudah untuk anda menukar tempat tidur anak anda daripada crib ke katil bayi!

#1 Tukar tempat tidur anak tepat pada masanya

5 Langkah Mudah Untuk Menukar Tempat Tidur Anak Dari Crib Ke Katil Bayi

Seawal umur 3 atau 4 tahun, anak anda mungkin sudah bersedia untuk bertukar tempat tidur. Tetapi awas, anda kena pastikan dahulu bahawa masanya tepat. Sekiranya anda menukar tempat tidur anak anda dengan terlalu awal, anak anda mungkin tidak biasa. 

Malah, jika anak anda baru bercerai susu ataupun susu botol, anda juga perlu perlahan-lahan memperkenalkan anak anda dengan peralihan ke katil. Jika sudah terlalu banyak perubahan dalam hidup anak anda, terkejut pula anak anda nanti kalau dipaksa tidur di katil.

#2 Buatkan anak anda teruja untuk pindah ke katil baru

Sebelum anda bercadang untuk menukar tempat tidur anak anda, apa kata anda tarik minat dan perhatian dia dulu? Cara nak tarik minat anak anda senang sahaja. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan memberitahu dan menunjukkan kepada anak anda beberapa pilihan jenis katil, cadar, alat mainan yang boleh dia bawa ke katil baru dan banyak lagi.

Anak anda mesti mempunyai pilihannya sendiri bukan?

Tarik minatnya juga dengan mengatakan bahawa adik atau abang akan ada katil baru yang cantik. Ini dilakukan untuk menaikkan semangat anak anda untuk memiliki katil sendiri. Barulah dia rasa tak sabar nak tukar tempat tidur!

#3 Pasang katil untuk bina keterujaan 

menukar tempat tidur anak

Kredit: Freepik

Nak pujuk anak untuk tukar tempat tidur haruslah secara perlahan-lahan. Kalau tidak, mesti susah anak anda nak diajak tidur ke tempat baru. Lagi-lagi kalau anak anda perlu menukar tempat tidur disebabkan kehadiran adik baru. Silap haribulan boleh cemburu anak anda dibuatnya bila adik dah mengambil tempat tidurnya.

Sekiranya ini berlaku kepada anda, anak kenalah lebih peka dengan anak anda dan tunjukkan lebih kasih sayang kepadanya. Pasang katil anak anda siap-siap sebelum kehadiran adik baru supaya anak anda dapat membiasakan diri dengan tempat tidur barunya. Biarkan anak anda berasa biasa dengan katil terlebih dahulu sebelum anda mengajaknya tidur di tempat baru.

Stories Rakan Kongsi
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Nampak Biasa, Tapi Bahaya: Skin Barrier Lemah Boleh Menjejaskan Kesihatan Anak Seumur Hidup
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Kulit Bayi Sihat Bermula Dari Awal, Ini Sebab Kenapa 12 Bulan Pertama Penting Untuk Perkembangan Skin Barrier
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?
Benarkah Ada Risiko Masalah Usus dan Sistem Imun Terhadap Anak Czer Anda?

#4 Puji anak

Penukaran tempat tidur adalah satu perkara yang baru bagi si kecil. 

Si kecil anda mungkin merasakan bahawa ia adalah satu pengorbanan yang besar. Apatah lagi apabila tempat tidur lamanya telah digunakan oleh adiknya. Jadi, sebagai seorang ibu adalah amat penting untuk anda sentiasa memuji anak anda dengan kata-kata pujian seperti, ‘Baguslah abang ni’ atau ‘Baiknya kakak tidur di katil baru’ sebagai contoh.

Anda juga boleh berikan reward kepada anak anda sekiranya anak anda tidur di katil dengan baik seperti memberikan anak anda alat permainan baru. Ini bagi mendorong anak anda untuk tidur di katil! Lama-lama, anak anda akan biasa dengan tempat tidur barunya.

#5 Sabar

Apabila anak anda mula berpindah ke baby cot atau katil, pastinya si ibu tidak akan senang duduk. Ada kemungkinan bahawa anak anda akan turun daripada katil untuk mencari anda, meminta air dan bermacam lagi. Biasalah, bukan mudah bukan untuk membiasakan diri lagi-lagi si kecil.

Jadi si ibu kenalah banyak bersabar dengan karenah anak anda yang memerlukan lebih banyak masa untuk tidur di katil. Yang penting, jangan tukar rutin tidur anak. Jika anda dah biasa membacakannya buku cerita atau menepuk-nepuknya sebelum tidur, kekalkan dengan rutin anda. Kalau tidak, susah anda nak minta anak anda tidur di katil. 

Sumber: Huffpost

Baca juga: Kematian Bayi Ini Ajar Betapa Pentingnya Posisi Tidur Bayi & Keselamatan Tempat Tidur Anak

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nina Osman

  • halaman rumah
  • /
  • Bayi
  • /
  • 5 Langkah Mudah Untuk Menukar Tempat Tidur Anak Dari Crib Ke Katil Bayi
Kongsikan:
  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

  • Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

    Tanda Kuning Bayi Turun: 7 Petunjuk Kulit & Mata Semakin Pulih, Ibu Dah Boleh Tarik Nafas Lega!

  • Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

    Cara Membantu Kulit Bayi Capai Kematangan Penuh, Panduan Agar Kulit Si Manja Kuat & Sihat

  • Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

    Tanda-Tanda Bayi Bersedia Untuk Makanan Pejal, Antaranya Pandai Duduk & Selalu Buka Mulut Bila Ibu Ayah Makan

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham