Langsung tidak berhati perut wanita ini hingga sanggup menghempas bayi tujuh bulan berkali-kali ke lantai hanya kerana anak asuhannya itu tidak berhenti menangis!
Dia yang disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dikatakan melakukan perbuatan itu kerana mahu menghentikan tangisan bayi itu.
Bayi tujuh bulan retak tempurung & alami pendarahan di kepala
Menurut laporan Berita Harian, bayi itu dikatakan dihantar bapanya ke rumah pengasuh terbabit pada dalam keadaan sihat dan baik namun bapa mangsa dihubungi pengasuh itu supaya datang mengambil bayi berkenaan yang didakwa terjatuh dari baby walker.
Mangsa kemudian dirujuk ke hospital dan didapati mengalami pendarahan di kepala, selain tempurung kepala retak.
Polis menahan pengasuh terbabit dan berdasarkan maklumat awal, suspek dikatakan menghempas kepala bayi berkenaan sebanyak dua kali ke lantai kerana marah selepas mangsa menangis tidak berhenti sebelum itu.
Checklist pilih pengasuh yang perlu anda peka!
Nak letak anak di bawah jagaan orang lain bukan perkara remeh. Jadi perlu ambil tahu beberapa perkara penting sebelum anda membuat piliha.
#1. Tengok keadaan rumah
Biasanya jika pengasuh itu benar-benar pengasuh yang bertanggungjawab dan dia tiada apa untuk disorokkan daripada anda, tiada tidak kisah untuk bawa anda tour atau masuk dalam premis.
Mereka akan tunjukkan kepada anda setiap sudut rumah atau pusat jagaan yang mereka usahakan bagi memastikan anda betul-betul tahu persekitaran yang bakal anak anda diami.
Jika bersih rumah atau tempat jagaan itu, besar potensi untuk anak anda dijaga dengan baik dengan kebersihan yang sentiasa terjaga.
#2. Tengok anak lain atau anak pengasuh
Jika anak pengasuh elok kelakuannya, benda sama akan diajar pada anak kita. Benda sama juga yang mereka akan didik anak kita. Jika elok perlakuan mereka.
Jika tutur kata terlalu kasar, ada kemungkinan anak kita akan mengikut nanti. Jadi penting untuk anda pantau persekitaran anak anda itu.
#3. Berapa ramai anak jagaan
Satu pengasuh yang ideal maksimum tiga saja anak jagaan. Jadi lihatlah berapa ramai kanak-kanak yang dijaga. Jika rumah jagaan, ada perimeter untuk setiap anak.
Jadi, anda perlu tahu dan tanya sendiri pada pusat jagaan berapa anak asuhan mereka bagi memastikan tidak terlalu ramai dan anak anda ada cukup perhatian.
#4. Kenali pengasuh
Anda perlu kenal pengasuh anda. Di mana asal mereka dan sebagainya. Jika pusat jagaan anda perlu periksa sama ada ia berdaftar atau sebaliknya. Maklumat berkenaan sangat penting untuk anda ketahui sebelum menghantar anak.
Jika pusat jagaan berdaftar, sudah pasti pengasuhnya bertauliah untuk menjaga kanak-kanak.
#5. Hantar lebih awal
Jika anda sudah tahu bila anda akan bekerja, seelok-eloknya hantar anak lebih awal. Sebulan awal atau dua minggu awal untuk anda biasakan anak anda dan juga jadual anda.
Beri anak masa untuk sesuaikan diri mereka dengan pengasuh yang baharu. Masa dua minggu cukup untuk anda jadikan rutin pada anak anda.
#6. Pastikan pengasuh tahu uruskan susu badan jika anda breastfeed
Jika anda breastfeed, pastikan pengasuh tahu handle susu badan. Ini kerana jika terlebih panas susu badan boleh rosak. Jadi jika pengasuh tidak pernah handle susu badan, anda boleh ajar mereka caranya.
#7. Prihatin dengan naluri keibuan anda
Jika anda masuk ke premis itu anda rasa senang hati, maka potensi besar untuk anak anda dijaga dengan baik. Jika rasa tidak sedap hati atau ada sesuatu yang buat hati anda rasa tidak enak, elaklah hantar anak ke situ.
Naluri ibu sangat penting ya ibu-ibu. Jika anda rasa tidak sedap hati, tidak perlulah hantar anak anda ke tempat yang berkenaan. Carilah tempat lain yang buat hati anda tenang bila anda letakkan anak di sana.
#8. Tanya rutin harian pengasuh
Jika taska atau tempat jagaan memang tiada masalah kerana mereka tidak akan ke mana-mana. Tetapi bagi pengasuh di rumah mereka mungkin ada rutin harian seperti hantar anak ke sekolah dan sebagainya.
Jadi anda perlu tahu rutin harian mereka kerana jika hantar anak ke sekolah, mungkin dia perlu bawa anak anda sekali dan sebagainya.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 5 petanda anda dapat atau ada pengasuh yang tidak baik
Baca juga: Nak Tahu Bagus Ke Tak, Ini 11 Soalan WAJIB Ditanya Pada Bakal Pengasuh Anak
Baca juga: Disebabkan pengasuh, kanak-kanak ini terjangkit radang paru-paru dan kencing kotor!