Bayi tumbuh gigi maut kerana rantai teething
Seorang kanak-kanak berusia 18 bulan yang baru tumbuh gigi meninggal dunia di pusat jagaan kanak-kanak akibat tercekik rantai ‘teething’nya.
Dunia si ibu hancur berkecai selepas bayi baru tumbuh gigi ini maut
Danielle Morin pergi mengambil anaknya di Pusat Jagaan Kanak-kanak Little Impression di mana dia ternampak ada paramedik di luar.
Dia rasa seoalah-olah dunianya hancur berkecai apabila terlihat anak lelakinya yang sedang diselamatkan oleh paramedik!
Anaknya digesa ke hospital sejurus selepas alat bantuan pernafasan dipasang. Malangnya, anaknya tidak menunjukkan tanda-tanda untuk bangun, jadi dia terpaksa membuat keputusan yang sukar.
Membuka alat bantuan anaknya….
Dia juga telah mendermakan organ anaknya supaya walaupun anaknya itu sudah tiada, beliau masih mampu membantu orang lain.
Punca bayi tumbuh gigi ini maut kerana gigit rantai teething masih disiasat
Menurut satu perkongsian di Facebook, Danielle berkata –
“Pertama sekalinya, Pusat Jagaan Little Impressions di Fontana tidak tahu dan kurang memberi perhatian ketika Deacon tercekik rantai ambernya.“
Dia kemudian menambah –
“Deacon telah dicekik di pusat jagaan ini. Sama ada manik dari rantai amber itu terlibat atau tidak, ia masih di dalam siasatan.“
Menurut Jabatan Servis Sosial California, pusat penjagaan kanak-kanak Little Impression telah diletakkan dalam tempoh percubaan pada tahun 2015.
Danielle juga mahu menutup pusat jagaan itu dengan tuduhan kurangnya perhatian daripada pusat terbabit hingga menyebabkan anaknya meninggal dunia.
Sebuah GoFundMe telah ditubuhkan untuk Deacon.
Adakah rantai ‘teething’ amber untuk bayi tumbuh gigi selamat?
Rantai ‘teething’ amber merupakan salah satu kepercayaan yang menjadi semakin popular.
Rantai ini dikatakan mampu membantu mengurangkan sakit ketika bayi tumbuh gigi serta membantu bayi tidur lebih lena di waktu malam.
Walaubagaimanapun, belum terdapat apa-apa bukti saintifik tentang kenyataan ini.
Sebelum ini, seorang bayi telah keracunan kerana menggigit rantai teething.
Ramai bayi sebenarnya ada risiko tercekik kerana ibu bapa membiarkan anak mereka tidur sambil memakai rantai ini.
Ini bukan sahaja boleh menyebabkan insiden tercekik, tetapi jika talinya terputus, dan anak-anak cuba memakan maniknya, satu lagi risiko tercekik!
Bagaimana ingin pastikan anak saya selamat dari tercekik?
Berikut adalah beberapa tip yang anda harus ingat untuk memastikan anak anda selamat dari tercekik:
- Tahu bila untuk kenalkan makanan – Untuk bayi, selalunya anda harus menunggu sekurang-kurangnya berusia 6 bulan sebelum memberi makanan puri.
- Elak beri makanan yang boleh tercekik – Jangan bagi anak anda makanan bersaiz besar walaupun mereka sudah boleh makan. Potong dan berikan mereka di dalam saiz yang kecil untuk mengelak dari tercekik.
- Sentiasa awasi anak anda ketika dia sedang makan – Jangan biarkan mereka makan sendirian terutamanya anak yang masih kecil.
- Periksa mainan anak anda – Pastikan tidak terdapat bahagian kecil yang boleh tertelan dan tercekik.
- Jauhi anak anda dari objek yang boleh menjadi hazad tercekik – terlalu banyak benda yang berpotensi menjadi hazad tercekik. Contohnya syiling, ubat, skru, bateri malah penutup pen. Jadi anda perlu pastikan kawasan anak anda bermain bebas objek-objek ini.
Sumber: theAsianParent Singapore, mayoclinic.org, yahoo.com, alphamom.com
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Baca juga:
Bayi Keracunan Kerana Gigit Rantai Teething – 3 Perkara Ibu Bapa Harus Tahu!