Nak Cari Bedung Baby Yang Cantik & Selesa? Tengok 7 Pilihan Ini, Ibu Mesti Berkenan!

Bedung baby yang selesa dengan corak menarik menjadi pilihan ramai ibu. Justeru semak pilihan kain bedung bayi bagi memudahkan proses pembelian anda!

Bedung baby merupakan salah satu kelengkapan bersalin yang penting bagi menyambut kelahiran si kecil. Membedung bayi bermaksud membalut si kecil dengan selimut nipis untuk membuatkan bayi berasa selesa dan seolah dipeluk.

Selain itu, membedung bayi membuatkan si manja rasa lebih selamat dan tenang, sekaligus mengelakkan bayi daripada menangis berterusan.

Bedung tradisional yang tidak bercorak sering digunakan sejak dari dulu lagi tetapi ia mudah untuk tertanggal sekiranya tidak dibalut dengan betul.

Isi Kandungan:

1. Apa Itu Bedung Bayi?

2. Bilakah Waktunya Bayi Perlu Dibedung?

3. Sebab Bayi Perlu Dibedung

4. Cara Membedung Bayi

5. Bolehkah Membedung Bayi Terlalu Ketat?

6. Jenis Kain Bedung Baby

7. 7 Bedung Baby Terbaik Di Pasaran

  • Baby 4 In 1 Blanket
  • Kain Bedung Muslin
  • GUGU Premium Zipped Swaddle
  • Clevamama Swaddle to Sleep
  • Bebe Living Muslin Swaddle Blanket
  • Aden + Anais Ideal Baby Muslin Swaddling
  • Summer Infant: SwaddleMe

8. Perbandingan Harga

9. Tips Keselamatan Membedung Bayi

Apa Itu Bedung Bayi?

Kredit gambar: Joom

Membedung adalah satu kaedah yang melibatkan proses membalut bayi dengan selamat di dalam sehelai selimut dari paras leher ke bawah, jadi kedua-dua tangan dan kaki mereka terletak secara selesa dan kemas.

Kaedah ini bermaksud mimik akan bayi yang berada dalam posisi seakan di dalam rahim – dengan kurang ruang untuk tangan dan kaki mereka untuk bebas ke udara.

Membedung bayi di dalam kain bedung membantu mengurangkan refleks yang mengejutkan atau Moro, satu respon tidak sengaja oleh sesuatu dari sesuatu bunyi yang tiba-tiba atau tiada sebab langsung. Refleks ini akan hilang sekitar tiga ke enam bulan, tetapi boleh kata mengganggu tidur sewaktu minggu dan bulan awal di rumah.

Tidak hanya membendung bayi boleh membantu si kecil anda untuk tidur lebih lama dan lena, tetapi ia juga boleh membantu anda untuk mendapatkan tidur yang lena tanpa gangguan sepanjang malam.

Bilakah Waktunya Bayi Perlu Dibedung?

Kredit gambar: Upside Dad

Waktu terbaik untuk membedung bayi adalah ketika tiba masa mereka ingin tidur, sama ada tidur seketika atau sepanjang malam.

Menurut pakar pediatrik, melakukan sedemikian dapat mengurangkan risiko SIDs (Sudden Infant Death Syndrome) berikutan ia mencegah bayi daripada memusingkan badannya dan meniarap.

Anda perlu berhenti untuk membedung bayi anda sebaik bayi anda menunjukkan tanda-tanda untuk mencuba memusingkan badan, selalunya sekitar 2 ke 4 bulan usianya.

Sebab Bayi Perlu Dibedung

Kredit gambar: Baby Centre

Pastinya ramai yang memikirkan yang mana membedung bayi setiap kali mereka ingin tidur memerlukan kerja keras, tetapi sebenarnya banyak kelebihan membedung bayi. Berikut adalah beberapa sebab anda patut bedung bayi anda.

  • Membedung bayi dapat melindungi bayi daripada refleks semula jadi yang mengejutkan, yang mana ibu dan bayi akan mendapat tidur yang lena sepanjang malam
  • Ia boleh membantu menenangkan bayi kolik
  • Ia membantu menghilangkan masalah gemuruh pada bayi anda yang menyerupai sentuhan anda, yang mana membantu bayi untuk belajar menenangkan dirinya
  • Ia menjauhkan tangan bayi dari wajahnya serta membantu mencegah cakaran
  • Ia membantu bayi tidur lebih lama dan lena
  • Ia juga membantu mencegah SIDS dengan memastikan yang item tidak penting seperti bantal, selimut, dan patung lembut haiwan dikeluarkan daripada baby crib.
  • Ia memastikan bayi anda sentiasa tidur dalam keadaan baring 

Cara Membedung Bayi

Kredit gambar: Halo Sleep

Jika anda tidak pernah membedung bayi, ia mungkin kelihatan seperti satu proses yang agak rumit. Tetapi ia tidak semestinya. Cuba berlatih langkah-langkah berikut beberapa kali dan anda pasti akan menjadi pro.

1. Bentang kain bedung di atas permukaan yang rata dan lembut. Susun selimut bedung dalam bentuk berlian dengan bahagian bawah bentuk tersebut memandang ke arah anda.

2. Lipat sisi hujung selimut bahagian atas. Ini sepatutnya akan mencipta bentuk segitiga yang renggang. Letakkan bayi anda dengan kakinya mengarah anda. Bahunya sepatutnya berada di bawah lipatan bedung.

3. Letakkan lengan kanan bayi anda di sebelah tubuhnya dengan lengannya sedikit membengkok. Tarik sisi sama selimut tersebut ke atas dan ke atas lengan kanan dan tubuh bayi anda, kemudian sematkan di bawah bayi anda. Lengan kiri bayi sepatutnya bebas.

4. Lipat bahagian bawah kain bedung ke atas kaki bayi. Jika selimut tersebut cukup panjang, sematkannya di bahagian belakang bahunya.

5. Sempurnakan balutan bedung dengan menarik sisi lebihan kain bedung ke atas dan di sekeliling lebihan lengan bayi dan tubuhnya.

Bolehkah Membedung Bayi Terlalu Ketat?

Kredit gambar: Mom.com

Sesetengah ibu bapa telah membuat kesilapan dengan menganggap yang bedungan yang ketat adalah baik, tetapi tidak sebenarnya. 

Menurut pakar, adalah penting untuk anda memastikan yang kaki bayi adalah tidak tegak sepenuhnya dan tidak dibedung terlalu ketat kerana ini boleh menyebabkan masalah tumbesaran pinggulnya. Pastikan yang kaki dan pinggul mereka boleh bengkok dan bergerak sedikit.

Cara yang baik untuk anda periksa adalah dengan melihat jika anda boleh memuatkan dua atau tiga jari anda di antara kain bedung dan dada bayi.

Jenis Kain Bedung Baby

Kredit gambar: Newborn Baby

Seakan kebanyakkan barangan bayi, bedung baby bukanlah jenis satu saiz yang boleh memuatkan semua bayi. Terdapat banyak jenis yang berbeza dan anda akan lihat yang mana berfungsi dengan baik berbanding yang lain untuk bayi anda khususnya. Berikut adalah dua jenis bedung baby utama:

  • Selimut Bedung Tradisional

Jenis ini biasanya bersaiz besar dan lembut yang mana anda boleh membedung bayi anda dengan menggunakan teknik membedung. Ia juga boleh digunakan untuk tujuan lain apabila bayi anda sudah tidak lagi perlu memakai bedung, seperti selimut atau kain sendawa.

Pastikan bayi anda dibedung dengan selamat jadi mereka tidak boleh berguling, juga tidak dapat meleraikan balutan bedung tersebut dan mengakibatkan satu risiko sesak nafas.

  • Karung bedung

Untuk pasangan yang baru bergelar ibu bapa yang tidak mempunyai teknik dalam membedung bayi dengan betul, jenis ini adalah yang lebih menarik dan mengujakan.

Ia direka mudah untuk secara asasnya membedung bayi anda semudah ABC, terima kasih akan kewujudan pelekat, Velcro, dan zip.

7 Bedung Baby Terbaik Di Pasaran

Mujur kini bedung baby boleh didapati dalam pelbagai rekaan dan corak yang menarik, malah lebih praktikal dan mudah untuk dipakaikan! Jom survey pilihan kain bedung bayi di bawah dan klik saja untuk membeli.

Bedung Baby Terbaik Jenama

Bedung Baby Terbaik Pilihan Hospital

Baby 4 In 1 Blanket

Bedung Baby Terbaik Ringan Dan Serba Guna

Kain Bedung Muslin

Bedung Baby Terbaik Pengudaraan Terbaik

GUGU Premium Zipped Swaddle

Bedung Baby Terbaik Bahagian Atas Tubuh Bayi

Clevamama Swaddle to Sleep

Bedung Baby Terbaik Paling Lembut

Bebe Living Muslin Swaddle Blanket

Bedung Baby Terbaik Ekstra Lembut Berkekalan

Aden + Anais Ideal Baby Muslin Swaddling

Bedung Baby Terbaik Boleh Laras

Summer Infant: SwaddleMe

 

1. Baby 4 In 1 Blanket (Bedung Baby Terbaik Pilihan Hospital)

Bedung baby 4 in 1 ini direka dengan jenis fabrik cotton flannel. Ia dikatakan jenis fabrik yang sangat sesuai untuk membedung bayi kerana ia sangat selesa dan sifatnya yang sentiasa ‘terletak’ pada tubuh bayi yang mana sekaligus membuatkan bedungan lebih kemas dan tidak mudah terlerai.

Material cotton flannel ini adalah material yang sama digunakan di hospital di mana jururawat menggunakannya untuk membedung bayi yang baru lahir, khususnya di hospital kerajaan. Ia adalah tahan lasak dan tidak mudah terkoyak.

Apa yang kami suka:

  • Jenis material cotton flannel yang selesa dan sesuai untuk bayi
  • Fabrik yang tahan lasak dan tidak mudah koyak
  • Biasa digunakan di hospital
  • Bedung baby 4 in 1
  • Jenis kain yang tidak mudah terlerai dan sentiasa terletak 

2. Kain Bedung Muslin (Bedung Baby Terbaik Ringan Dan Serba Guna)

Kain bedung muslin memastikan bayi sentiasa dalam keadaan yang sangat selesa dan selamat ketika dibedung. Rekaannya adalah sesuai untuk bayi yang baru dilahirkan.

Ia direka dengan hasil kerja yang baik dan material yang boleh bernafas. Kain muslin ini direka dengan pelbagai corak yang mana comel untuk pemakaian pada si comel anda. Yang penting, materialnya juga sangat berkualiti tanpa sebarang kandungan fluorescent. 

Apa yang kami suka:

  • Selamat, ringan dan terlindung
  • Mudah untuk digunakan
  • Serba guna
  • Jenis kain kapas yang boleh bernafas
  • Sukar untuk terlerai
  • Materialnya yang selesa untuk bayi

3. GUGU Premium Zipped Swaddle (Bedung Baby Terbaik Pengudaraan Terbaik)

Ia kini telah hadir dengan ciptaan dengan ciri-ciri yang diperbaharui, lebih selesa dan seakan memeluk erat bayi ketika tidur. Demi keselesaan bayi, ia direka dengan Eyelet Patch untuk pengudaraan yang baik. Jadi tidaklah bayi anda tidur dalam keadaan berpeluh. 

GUGU Premium Zipped Swaddle direka dengan jenis fabrik yang lembut dan boleh regang, sesuai untuk cuaca di Malaysia. Panjangnya adalah 53cm sebelum diregang, jadi ia tidak disarankan untuk bayi yang lebih panjang daripada 60cm

Apa yang kami suka:

  • Zip keselamatan sebagai pelindung pada bahagian dalam
  • Direka dengan toggle tent untuk melindungi leher bayi daripada zip
  • Dicipta dengan ruang untuk lengan bayi meregang
  • Ruang yang luas untuk menggerakkan kaki
  • Hasil lekuk seakan kepompong menjadikan bayi anda tidur dengan selesa lebih lama
  • Fabrik yang lembut dan boleh regang, sesuai untuk cuaca di Malaysia
  • Zip dual untuk kemudahan menukar lampin
  • Boleh digunakan untuk bayi baru lahir dengan berat sehingga 7 kilogram

4. Clevamama Swaddle to Sleep (Bedung Baby Terbaik Bahagian Atas Tubuh Bayi)

ClevaMama Swaddle to Sleep adalah pembedung bahagian badan atas bayi yang membedung bayi anda, membantu mencegah refleks mengejutkan tanpa mengehad bahagian badan tubuh bayi memastikan pinggul dan kakinya mempunyai ruang yang cukup untuk bergerak secara semula jadi. 

Ia direka untuk mempromosikan “kesihatan pinggul" dan membantu mencegah Hip Dysplasia. Ia sangat selesa dan memeluk erat tubuh bayi membantu mencipta keselamatan dan keselesaan pada bahagian perutnya. 

Kajian mengatakan yang bayi akan tidur lebih baik dan lebih lama jika mereka dibedung. Balut dan bedung bayi anda untuk tidur malam yang lebih tenang.

Apa yang kami suka:

  • Mencipta perlindungan keselamatan yang selesa untuk perutnya
  • Membolehkan pergerakan semula jadi pinggul dan kaki membantu untuk mencegah Hip Dysplasia
  • Mudah untuk digunakan bermaksud yang bayi boleh kekal dibedung ketika dia membesar
  • Dihasilkan dengan 100% kapas lembut boleh bernafas, lembut pada kulit bayi
  • Membantu mencegah refleks tidak sengaja – satu sebab utama bayi anda bangun ketika waktu tidur malam
  • Disyorkan untuk bayi usia 0 – 3 bulan

5. Bebe Living Muslin Swaddle Blanket (Bedung Baby Terbaik Paling Lembut)

Selimut bedung baby muslin Bebe Living direka cukup lembut dan boleh bernafas untuk membantu bayi tidur lebih lama dengan tenang. Ia direka dari 100% kapas semula jadi, selamat untuk bayi dan lembut pada kulit bayi.

Ia juga tahan lasak dan boleh dicuci di dalam mesin basuh untuk kegunaan setiap hari. Ia juga boleh digunakan untuk menutup sesi menyusu badan, menutup kereta sorong, dan untuk kegunaan perut bayi.

Apa yang kami suka:

  • Material 100% kapas dan boleh bernafas
  • Serba guna: untuk tidur, peluk, waktu bermain, menutup kereta sorong, menutup tempat duduk bayi di dalam kereta
  • Boleh dicuci di dalam mesin basuh
  • Corak monokrom
  • Ia sangat selesa dan boleh bernafas

6. Aden + Anais Ideal Baby Muslin Swaddling (Bedung Baby Terbaik Ekstra Lembut Berkekalan)

Aden Anais Ideal Baby Muslin Swaddle adalah direka sangat lembut dan jenis kain boleh bernafas, biarpun selepas berkali-kali basuhan.

Ia adalah kain bedung baby yang boleh digunakan untuk pelbagai fungsi dan anda pastinya akan menyukainya sebagai satu kain untuk menutup proses penyusuan badan di tempat awam, menutup kereta sorong bayi, tikar bermain bayi, pad menukar lampin bayi yang boleh bawa ke mana sahaja dan banyak lagi.

Apa yang kami suka:

  • Memeluk lembut kulit bayi
  • Kekal ekstra lembut, biarpun selepas berkali-kali basuhan
  • Fabrik terbuka muslin boleh bernafas, membantu bayi kekal selesa
  • Direka dengan fabrik jenis kapas 60% dan 40% poliester
  • Boleh dicuci dan dikeringkan di dalam mesin basuh

7. Summer Infant: SwaddleMe (Bedung Baby Terbaik Boleh Laras)

bedung baby

Ia merupakan pembedung bayi yang boleh laras, yang mana ia mempunyai cangkuk dan loop penutupan yang selamat untuk memudah, dan proses membedung dengan selamat. 

Summer Infant SwaddleMe telah direka dan diuji untuk memastikan bayi dalam posisi yang aman, selamat dan selesa setiap malam sepanjang tahun pertamanya.

Apa yang kami suka:

  • 100% kapas
  • Sayap fabrik lembut memeluk bayi dengan erat dan kekal tidak terlerai dan boleh dilaraskan mengikut tumbesaran bayi untuk perfect fit
  • Dengan rekaan pouch bahagian kaki yang boleh dibuka untuk memudahkan proses menukar lampin – tidak perlu membuka balutan pada lengan bayi
  • Saiz kecil boleh muat untuk bayi dengan berat 7 ke 14 paun
  • Boleh dicuci di dalam mesin basuh

Perbandingan Harga

Produk Harga (RM) Harga (RM/Helai) Cadangan 

Baby 4 In 1 Blanket

17.86 4.46 Sesuai untuk bayi 0+ bulan

Kain Bedung Muslin

6.99 6.99 Sesuai untuk bayi 0+ bulan

GUGU Premium Zipped Swaddle

59.00 59.00 Sesuai untuk bayi panjang 53cm

Clevamama Swaddle to Sleep

47.90 47.90

Bebe Living Muslin Swaddle Blanket 

26.50 26.50

Aden + Anais Ideal Baby Muslin Swaddling

32.90 6.58 Sesuai untuk bayi 0+ bulan

Summer Infant: SwaddleMe

63.90 63.90 Sesuai untuk bayi 3 – 6 kg

Tips Keselamatan Membedung Bayi

Kredit gambar: The Weebean

Biarpun membedung bayi hadir dengan pelbagai manfaat, anda perlu pastikan yang anda melakukannya dengan betul untuk mengelak sebarang bahaya atau ketidakselesaan untuk bayi anda.

Ikuti tips keselamatan ini demi menjamin keselesaan dan keselamatan bayi anda. 

  • Jangan membedung terlalu ketat. Membedung bayi anda terlalu ketat yang mana sehinggakan dia tidak boleh menggerakkan pinggang atau kakinya mungkin dapat mengehad tumbesaran pinggulnya. Sasarkan untuk bedungan yang cukup ketat yang akan memegang lengan bayi anda dengan selamat, tanpa sepenuhnya tidak membenarkan tubuhnya bergerak.
  • Sentiasa baringkan bayi pada bahagian belakangnya selepas dibedung.
  • Berhenti membedung bayi anda sejurus dia boleh berguling.
  • Jangan tambah selimut bedung ketika membedung bayi. Ketebalan tambahan boleh menyebabkan bayi anda terlalu panas. Ia juga boleh terlucut dengan mudah, yang mana menambah risiko akan sesak nafas. 

Semoga artikel ini bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Ayah Perlu Bedung Bayi Sampai Umur Berapa? Jika Terlajak Boleh Beri Kesan Bahaya!

Baca juga: Bedung Bayi Terlalu Ketat Boleh Ganggu Fungsi Sendi Pinggulnya! Doktor Ini Kongsi Sebabnya

Baca juga: Bayi Tidur Awal & Mudah Setiap Malam, Ibu Ini Kongsi 7 Petua BERKESAN Yang Diamalkannya

Penulis

Farhana Fuad