Ibu Bapa Bekerja Dari Rumah Rasa Bersalah, 'Teruk' Pada Anak, Anda Tidak Keseorangan, Jom Ubah!

Sedar tak sedar sudah hampir 10 bulan norma baharu bekerja dari rumah bersama anak dipraktikkan oleh rakyat Malaysia. Bagaimana anda rasa setakat ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam diam tak diam, sedar tak sedar sudah hampir 10 bulan norma baharu bekerja dari rumah bersama anak dipraktikkan oleh rakyat Malaysia. Bagaimana anda rasa setakat ini? Masih terganggu? Atau sudah menjadi kebiasaan.

Tidak dinafikan, bekerja dari rumah memang menjadi satu cabaran yang amat besar terutama kepada ibu bapa yang selama ini memang menghantar anak mereka ke taska atau tadika.

Sebelum ini hanya menguruskan anak pada waktu pagi dan selepas itu dihantar ke taska atau tadika, petang baru berjumpa semula. Jadi tidak menguruskan anak sepenuhnya.

Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ada taska yang terus tutup dan tadika juga tidak dibenarkan beroperasi, mahu tidak mahu ibu bapa terpaksa terima kenyataan bahawa memang mereka terpaksa menguruskan anak sendiri di rumah sambil bekerja dari rumah.

Baca juga: 9 Pengakuan Jujur Dari Seorang Ibu Yang Bekerja Sambil Mengurus Anak

Bekerja dari rumah bersama anak, anak survive?

Boleh dikatakan, jika pada Mac lalu ketika PKP baru dimulakan, mungkin boleh kita katakan fasa Ibu Bapa Bekerja Dari Rumah 1.0. Yang mana ketika ini semuanya seakan-akan masih tidak bersedia. Bagai nak terbalik rumah gamaknya.

Tetapi memasuki bulan ke-10, mungkin boleh dikatakan sudah masuk fasa Ibu Bapa Bekerja Dari Rumah 2.0. Yang mana ketika ini mereka sudah semakin yakin dan bersedia serta boleh ‘membaca’ apa yang perlu dibuat di rumah. Pada ketika ini keadaan mungkin sudah jadi lebih teratur daripada sebelumnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Fasa penyesuaian dengan norma baharu biasanya enam bulan bagi individu, jadi mungkin ketika ini ibu bapa yang bekerja dari rumah sudah lebih teratur kehidupannya. 

Selami perasaan ibu bapa bekerja dari rumah

Kajian yang dipaparkan dalam Harvard Business Review menunjukkan, berdasarka kajian mereka, bersalah, teruk, gagal dan keseorangan adalah empat perasaan yang dialami ibu bapa bekerja dari rumah. 

Jika anda yang sedang membaca ini ibu bapa yang bekerja dari rumah, pasti anda faham dan setuju dengan hasil kajian yang dikongsikan itu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mungkin ini lebih banyak berlaku ketika awal-awal PKP dilaksanakan. Tetapi memasuki fasa ibu bapa bekerja dari rumah 2.0 mungkin kita sudah boleh berubah. Daripada terus rasa bersalah dan teruk pada anak, marilah berubah kepada menjadi ibu bapa yang lebih yakin, ada rasa kebersamaan dan juga terkawal.

Perubahan ada kaitan peribadi, pasukan dan organisasi

Untuk menjadi ibu bapa yang lebih yakin dan terkawal, perubahan itu ada kaitannya dengan peribadi, pasukan dan organisasi. Ini bermaksud, kita tidak lagi hanya bergantung kepada peribadi tetapi orang sekeliling juga memainkan peranan dalam membentuk ibu bapa bekerja dari rumah yang penuh keyakinan dan terkawal. 

Jangan pandang rendah kepentingan pasukan dan organisasi yang baik dalam menjadikan bekerja dari rumah ini sebagai sesuatu yang berjaya untuk golongan ibu bapa.

Jika tiada pasukan dan organisasi yang baik, mustahil ibu bapa bekerja dari rumah ini dapat memberikan khidmat yang baik kepada organisasi mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tips bekerja dari rumah

Anda mungkin perlu meminimakan masa untuk menyiapkan kerja-kerja rumah sambil bekerja dan pastinya menjaga anak. Mungkin boleh cuba tip-tip berikut:

#1. Buat kerja rumah pada masa sama setiap hari

Buat kerja-kerja rumah pada masa yang sama setiap hari dan dalam tempoh masa yang tetap. Contohnya, selama setengah jam pada waktu pagi, kemudian berhenti. Atau, buatlah satu atau dua tugas sahaja setiap hari. Jadual waktu harian dapat membantu dalam perkara ini. Jangan streskan diri anda dengan cuba untuk membuat segala-galanya pada masa yang sama.

#2. Kemas rumah setiap hari

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kemas rumah setiap hari. Tak kisahlah jika ia sedikit berhabuk, asalkan ia kelihatan kemas. Mintalah suami, ibu atau anak yang lebih besar untuk menolong. Berikan tugas kepada semua orang. Mungkin anda juga boleh menawarkan imbuhan yang sesuai sebagai insentif.

#3. Rancang menu yang mudah

Rancangkan menu masakan dan masaklah masakan yang mudah sahaja. Anda juga boleh masak dalam kuantiti yang banyak dan bekukan dalam peti sejuk.

#4. Pilih masa sesuai untuk membuat kerja

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pilihlah masa yang sesuai untuk anda membuat kerja, dan uruskan hal penjagaan anak untuk disesuaikan dengan masa ini. Contohnya, jika minda anda paling cergas pada waktu pagi, dapatkan khidmat penjagaan anak pada waktu tersebut.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Sumber: Harvard Business Review 

Penulis

Lala Annuar