Ibu Boleh Bertukar Jadi 'The Hulk' Bila Work From Home Dengan Anak-Anak, Bertabah Jelah Ibu!

Disebabkan penularan wabak covid-19, ada sesetengah majikan melaksanakan 'work from home' kepada pekerja namun bekerja dari rumah ini tidak semudah seperti yang disangka. Ikuti pengalaman penulis sendiri dan rakan sepejabat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bersamaan 18 March yang lalu, kerajaan telah memberi arahan untuk bekerja dari rumah yang dilaksanakan bagi sektor awam dan swasta selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang wabak Coronavirus atau pandemik COVID-19 di Malaysia.

Walaupun nampak macam seronoknya bekerja dari rumah namun siapa yang alami buat pertama kali mungkin merasai kelebihan dan kelemahan yang tersendiri.

Kelebihan & kekurangan work from home 

Ini kerana ada sesetengah pekerja mengatakan bekerja dari rumah mungkin boleh menganggu proses kerja hingga menjadi tidak lancar seperti duduk di dalam pejabat, namun rata-ratanya akur dengan keputusan kerajaan iaitu
mencadangkan stay at home.

Dari segi kelebihannya pula, pekerja tidak perlu bersusah payah bersiap cantik-cantik seperti mana mahu ke tempat kerja. Bahkan dapat menjimatkan kos perbelanjaan dan pengangkutan setiap hari.

Selain itu, sudah tentu dapat menjauhi diri daripada terkena serangan wabak corona virus ini sekaligus dapat menyelamatkan keluarga, isteri dan anak-anak.

Walaubagaimanapun, tugas bekerja dari rumah ini mestilah memegang beberapa prinsip seperti amanah, bertanggungjawab kepada diri sendiri, berdisiplin dan peka dengan situasi yang terjadi serta dapat menyiapkan kerja di waktu yang sepatutnya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Atas sebab itu, penulis sendiri sekarang ini bekerja dari rumah dan boleh dikatakan memang 'haru biru' juga sebab dalam masa yang sama kena membuat kerja-kerja rumah dan menjaga seorang anak lelaki yang semakin melasak.

Jom penulis kongsikan dengan kalian bagaimana pengalaman saya bekerja dari rumah di waktu situasi yang semakin getir di tanah air tercinta kita.

Inilah cerita kami.. gelagat si kecil bila ibu work from home

"Sebenarnya ini bukanlah pertama kali dapat rasai bekerja dari rumah dan memang seronok sebab tak perlu kalut-kalut untuk bersiap pergi kerja. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Tapi dalam duk seronok itu, memang tak dapat dinafikan bekerja dari rumah atau nak standard sikit kita panggil work from home ini memang ada banyak cabaran yang menanti di depan.

"Bayangkan setiap pagi anda kena buat kerja rumah dulu, basuh baju, sidai kain, sapu sampah semua demi nak nampak rumah bersih dan cantik. Jadi, nak bekerja pun rasalah selesa sikit.

"Seusai itu, saya akan mulakan kerja dengan bermesyuarat dengan team Malaysia. Wow, boleh nampak seorang demi seorang muka duduk rumah tu macam mana, haha!

"Lepas itu, dalam pukul 11 pula meeting lagi sekali dengan team regional. Ha..masa ni zip mulut jelah sebab head of content yang kena banyak cakap. Haha. kita bagi moral support dah la kat belakang. kehkeh, sorry bos!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Al kisah bila anak bangun saja dari tidur, drama bermula...

"Pastu duk tak duk, alamak bangun dah si kecil ibu ni terkelip kelip mata dengan air liur bersepah lagi dan bertaik mata datang kelepet duduk sebelah ibu.

"Okey masa ini memang kena ready siapkan susu dia kalau tak jeritan kelaparan itu bakal di dengari jiran sebelah rumah ya tuan-tuan dan puan- puan. Jadi sepantas kilatlah ibu kena pergi bancuh susu dulu. Dalam masa
yang sama tangan kena sepantas kilat keluarkan ayam, ikan dan sayur dalam peti sejuk.

"Selesai bab itu, ibu kena mandikan dia dan pakaikan baju sambil dalam kepala ni fikir nak siapkan kerja. Aish!

Anak start panjat belakang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Dalam sejam atau beberapa minit percayalah mesti akan ada gangguan lain seperti yang dialami penulis sendiri di mana anak panjat belakang badan, tarik pergi dapur nak minum air, tarik mouse masa ibu buat kerja dan
macam-macam lagi kerenah dia.

"Tapi dalam anak sibuk kacau saya tapi alhamdulillah kerja masih boleh buat dan kekadang rasa diri ini macam superwoman pula. Eh, terpuji diri pulak! - Pengalaman penulis. 

Ibu boleh jadi singa bila work from home 

"Saya sebenarnya sudah berpengalaman bekerja dari rumah selama 2 tahun, jadi tiada masalah bagi saya jika terkurung berminggu-minggu dalam rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

"Tapi sejak perintah kawalan pergerakan bermula di Malaysia, proses dan timing bekerja saya jadi lebih luar biasa dengan adanya anak kecil yang semakin membesar.

Mula merengek

"Saya mampu fokus bekerja bila anak saya tidur atau ralit tengok TV je, masa nilah saya kena siapkan kerja saya dengan cepat. Saat dia mula celik mata di pagi hari, kelam kabut jadinya! Rasa berbelah bagi antara kerja dan melayan anak.

"Bila tiba saat penting seperti meeting atau urgent task diterima, masa tulah si kecil merengek dengan macam-macam permintaan. Oh ya! Anak saya baru berusia 1 tahun 8 bulan dan masih menyusu badan. Dapat bayangkan tak, tengah ada ilham buat kerja, boleh pula dia datang selak baju ibunya nakkan ‘susu’.

Tertidur sekali dengan anak 

"Sekejap tak apa lagi, ini boleh naik kebas kaki! Baru sikit je ni, ada pelbagai kerenah si kecil yang ibu bekerja terpaksa layan. Mesti ibu-ibu semua faham, kan? Mungkin inilah cara dia nakkan perhatian dari kita. Yang paling best sekali setakat ni, bila anak rasa mengantuk, ibu pun boleh join tidur sekali. Hikhik! (kerja pun entah ke mana~) - Pengalaman Dayangku Nur Haslina 

Tips bekerja dari rumah

1) Ibu bapa boleh memberi sedikit penerangan kepada anak-anak tentang wabak Covid-19 tetapi kalau boleh terangkan serba sedikit mengikut usia dan tahap pemahaman mereka. Dengan cara ini anak-anak akan lebih memahami.

2) Mencipta jadual dan rutin yang sama untuk anak-anak supaya mereka boleh bangun awal seperti selalu sewaktu nak pergi ke sekolah. Kemudian sediakan sarapan pagi yang sihat untuk mereka selepas mandi.

3) Bekerjasama dengan suami bagi memastikan semua rutin dan jadual berjalan dengan lancar terutama kalau kedua-duanya bekerja dari rumah jadi salah seorang kenalah membantu jika isteri atau suami ada panggilan video untuk bermesyuarat.

4) Selain mewujudkan rutin untuk anak-anak, anda juga boleh meletakkan rutin untuk diri sendiri supaya boleh memberikan fokus dan disiplin dengan kerja.

Misalnya mulakan hari dengan bangun lebih awal, jangan tertidur di meja kerja, banyakkan berehat, makan ikut waktu dan lain-lain.

5) Kemudian itu, buat satu ruang kerja untuk diri sendiri supaya gerak kerja tiada sebarang gangguan dan lebih berproduktif setiap hari. Selain pastikan ruang kerja adalah bersih dan cantik supaya anda lebih selesa.

Ibu-ibu ada pengalaman yang sama sepanjang dua minggu work from home ini? Jom kongsikan dengan kami!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga