Bimbang dengan keadaan baby dalam kandungan di waktu wabak coronavirus ini sedang merebak ke seluruh negeri di Malaysia.
Susulan dengan itu, penulis lihat ramai ibu hamil yang menyuarakan rasa kebimbangan dengan baby dalam kandungan kerana risau jika wabak ini boleh menjangkiti anak dan ibu yang sedang hamil.
Namun menurut pakar, ibu hamil tidak perlu khuatir dengan keadaan yang berlaku asalkan anda menjaga diri dengan sebaiknya.
Persoalan ibu tentang baby dalam kandungan
“Risau nak pergi klinik, adakah doktor akan menukar temujanji kepada tarikh yang lain”
“Selamat ke kalau waktu sekarang saya pergi ke hospital untuk cek kehamilan”
“Rasa tak sedap badan, adakah saya terkena coronavirus”
Inilah antara soalan-soalan yang memantul di dalam fikiran ibu sepanjang kehamilan. Malah hal ini benar-benar menganggu ibu sampai mengalami kegelisahan dan perasaan takut yang membuak-buak.
Jadi persoalannya di sini adakah ibu hamil patut bimbang dengan penularan wabak coronavirus ini?
Penyakit coronavirus mula dikesan berada di bandar Wuhan pada Disember tahun lalu sebelum ia merebak ke lebih dari 80 buah negara.
Malah pada hari ini, wabak tersebut semakin serius dan mengancam nyawa apabila ia merebak lebih tinggi ke negara lain seperi Itali, Korea Selatan, Jepun, Iran, negara-negera eropah dan negara-negara Asia Tenggara
termasuklah Malaysia tercinta.
Sudah tentu angka jangkitan yang semakin tinggi setiap hari menakutkan ramai orang hingga mengalami tekanan terutama ibu yang sedang melalui fasa kehamilan.
Walaubagaimanapun, tekanan dan stres yang ibu alami itu tentunya boleh mendatangkan risiko tak baik kepada bayi.
Jadi adalah lebih baik ibu kekal bertenang dan berfikiran positif sekaligus menjaga kesihatan dengan baik.
Adakah ibu hamil terdedah dan berisiko dengan covid-19?
Malangnya, wabak ini belum mempunyai bukti yang mencukupi sama ada kategori mana yang ia mudah dijangkiti sama ada jantina, tahap kesihatan, umur, gaya hidup dan sebagainya.
Tapi secara umumnya, ibu hamil lebih mudah terkena jangkitan pernafasan seperti selesema kerana sistem kekebalan tubuh lemah sewaktu ini.
Namun begitu, ibu hamil dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga kerana kemungkinan anda juga berisiko sekiranya tidak mengambil langkah waspada semasa keluar dari rumah untuk checkup kandungan dan sebagainya.
Sebab itu, ibu perlu membasuh tangan selalu, menggunakan topeng muka dan memakai hand sanitizer sepanjang berada di hospital mahupun klinik kesihatan untuk melakukan cek kehamilan anda.
Siapa golongan yang lebih berisiko?
Menurut beberapa penelitian, kumpulan yang paling lemah dan mungkin mudah dijangkiti seperti orang tua yang berusia, pesakit jantung, paru-paru dan diabetes. Selain mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan individu yang dijangkiti.
Dalam penyelidikann Pertubuhan Kesihatan Sedunia, 147 wanita hamil hanya mendapat jangkitan kira-kira 8% hingga mengalami kesan serius dan 1% lagi berada dalam keadaan kritikal.
Daripada 147 ini, 64 disahkan mempunyai penyakit ini, 83 hanya disyaki dan 1 lagi tidak menunjukkan sebarang gejala.
Walaubagaimanapun, ini adalah kajian awal dan berdasarkan saiz sampel yang sangat kecil jadi sukar untuk membuat sebarang kesimpulan.
Sewaktu penularan wabak SARS pada tahun 2002 hingga 2003, wanita hamil sewaktu itu hanya mengalami risiko keguguran dan kelahiran mati yang lebih tinggi.
Apa yang perlu dilakukan ibu hamil yang telah dijangkiti coronavirus ini?
Menurut kajian Lancet yang diterbitkan bulan lalu, sembilan wanita hamil dilaporkan masuk ke Hospital Zhongnan di Universiti Wuhan di China pada akhir Januari, tujuh mengalami demam, empat mengalami batuk, tiga orang
sakit otot, dua orang sakit tekak dan dua lagi dilaporkan mengalami ketidakselesaan.
Walaubagaimanapun, tiada pesakit yang mengalami COVID-19, pneumonia yang teruk atau meninggal dunia.
Menurut penulis kajian, empat daripada sembilan wanita itu melahirkan bayi mereka lebih awal. Namun tidak diketahui jika ini disebabkan oleh penyakit atau tidak. Tapi, bayi dilahirkan dalam keadaan sihat.
Adakah bayi terdedah dengan COVID-19?
Sekali lagi, tidak ada bukti yang cukup untuk mengatakan secara pasti tetapi setakat ini menunjukkan bahawa bayi tidak terjejas teruk.
Menurut satu kajian di Jurnal Persatuan Perubatan Amerika bahawa jangkitan terperinci dalam sembilan bayi China, semuanya berumur antara 1 hingga 11 bulan.
Namun, tidak ada bayi “memerlukan rawatan intensif, pengudaraan mekanikal atau mempunyai komplikasi yang teruk.” Kesemua sembilan bayi mempunyai sekurang-kurangnya seorang ahli keluarga yang dijangkiti.
Sekiranya saya sakit, adakah saya masih boleh menyusukan bayi?
Meskipun itu, ibu yang sakit harus terus menyusu bayi mereka kerana susu ibu mungkin mengandungi antibodi dan nutrien penting yang lain.
Setakat ini, sedikit kajian yang menganalisis susu ibu tidak menemui sebarang jejak kehadiran virus ini.
Walaubagaimanapun, ibu harus terus menyusu secara langsung dan sentiasa memakai topeng untuk ambil langkah berjaga-jaga supaya tidak batuk atau bersin pada bayi serta diingatkan basuh tangan sebelum dan selepas menyusu.
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.
Sumber: Buzz Feed News
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga
https://my.theasianparent.comcoronavirus-jangkitan
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!