Pernah tak perasan yang anak anda sangat sukakan binatang atau tumbuh-tumbuhan? Malah, mereka sangat teruja bila dibawa ke zoo? Kalau nak tahu, jika tanda-tanda itu ada pada anak, dia sebenarnya termasuk dalam kategori belajar dari alam!
Belajar dari alam atau nama saintifiknya dipanggil sebagai “Naturalistic Learner“.
Belajar dari alam, apa itu Naturalistic Learner?
Naturalistic Learner adalah teknik pembelajaran kinestetik di mana kanak-kanak dilihat akan suka apabila menyentuh, merasa dan melakukan sesuatu dengan subjek.
Pembelajaran ini sebaiknya dilakukan di luar rumah kerana mereka boleh meneroka lebih banyak.
Anak yang jenis Naturalistic Learner ini sangat cepat tangkap ilmu yang dipelajari apabila:
- Melibatkan benda di luar bilik darjah
- Suka dikelilingi oleh alam semula jadi
- Melibatkan binatang dan tumbuh-tumbuhan
- Belajar sesuatu yang ada unsur “hands-on-activities”
Cara mengajar kanak-kanak terhadap alam semula jadi
Kanak-kanak yang jenis Naturalistic Learner suka berada di luar di mana dia boleh belajar tentang zoologi (sains, sejarah), berkebun (matematik, sains, sejarah) atau entomologi (sains, matematik).
Menggali kotoran sentiasa menjadi hobi yang menyeronokkan untuk kanak-kanak belajar dari alam dan ia merupakan pembelajaran yang hebat!
Hasilnya, mereka boleh tahu berapa banyak spesis serangga yang tinggal dalam tanah dan begitu juga dengan serangga tanaman yang dapat dilihat melalui mikroskop.
Pembelajaran berkaitan alam membawa diri mereka kepada kajian unit dan unschooling. Jika mereka berminat, mereka akan mencari maklumat tersebut melalui sumber tertentu.
9 cara meluangkan masa dengan anak yang jenis belajar dari alam
- Melakukan aktiviti di luar seperti menunggang kuda, bermain kucing, menanam pokok
- Hasil pembelajaran di luar itu anak dapat menghirup udara segar dan memperoleh Vitamin D dari sumber cahaya matahari yang dapat menghasilkan tubuh yang baik.
- Membaca dalam buaian di luar rumah
- Sekiranya tinggal di kawasan bandar, jangan terlalu beri tekanan pada anak untuk belajar berkaitan suasana alam semula jadi.
- Lakukan aktiviti perkhemahan keluarga di hujung minggu yang dekat dengan alam seperti air terjun atau pantai
- Memulakan kebun kecil seperti tanam buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Jangan berat untuk jawab pertanyaan anak. Jika sedang sibuk, beritahu anak yang kita akan layan dia sebentar nanti.
- Selalu bertanyakan anak tentang fenomena alam. Contohnya bagaimana hujan turun atau apa beza pokok cili dan pokok terung atau air sungai yang mengalir itu pergi ke mana?
Pekerjaan yang sesuai untuk kanak-kanak yang suka belajar dari alam
Personaliti dan gaya pembelajaran boleh menentukan arah kerjaya yang akan dipilih kelak. Hal ini kerana, bagi pencinta alam, mereka lebih suka bekerja yang membolehkan mereka berada di luar seperti:
- Landskap
- Berkebun
- Arkeologi
- Pertanian
- Biologi laut
- Ahli zoologi
- Zookepers
- Jurulatih haiwan
- Pengendali laut
- Doktor haiwan
Ramai juga yang suka belajar dari alam ini memilih kerjaya jurugambar alam, pemuliharaan dan pemeriksa alam sekitar.
Mereka mahu apa yang ada di dunia menjadi yang terbaik supaya dapat membantu orang lain memahami apa yang ada di persekitaran mereka.
Antara naturalis terkenal seperti Charles Darwin, Jacques Cousteau, Lewis dan Clark, dan John James Audubon.
Justeru, kalau sudah nampak minat anak itu cenderung ke arah yang mana, sentiasa beri galakan yang sewajarnya supaya mereka terus bersemangat belajar hingga mencapai impian mereka bila besar nanti.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber : Taufiq Razif, Home directory
Baca juga:
Anak Terlalu Obses Dinosaur Petanda Yang Baik, Bantu Kuatkan IQ & Jadi Lebih Bijak