X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Drypers
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beli-Belah

Haiwan peliharaan memudaratkan?

4 min bacaan
Haiwan peliharaan memudaratkan?Haiwan peliharaan memudaratkan?

Adakah haiwan peliharaan memudaratkan untuk anak-anak anda? Bagaimana ingin memastikan keselamatan anak jika anda ada haiwan peliharaan?

haiwan peliharaanMemelihara haiwan kesayangan sebenarnya dapat membantu anak-anak meningkatkan kemahiran hubungan sosial disamping memupuk nilai perikemanusiaan. Namun, kita harus mengetahui risiko yang datang bersamanya terutama terhadap anak-anak kecil. Kami kongsikan beberapa risiko ini beserta panduan memelihara haiwan peliharaan.

Risiko umum
• Alahan atau lelah – akibat bulu, air liur dan kelemumur haiwan
• Jangkitan penyakit – akibat makanan dan air yang dicemari oleh najis dan bukan secara langsung daripada mereka. Risiko jangkitan tinggi bagi kanak-kanak kecil dan orang tua; mereka yang lemah sistem imunisasi dan bayi dalam kandungan kerana sistem imunisasi yang belum matang.
• Kecederaan – jatuh dilanggar haiwan peliharaan atau terpijak permainan dan peralatan mereka
• Tersedak atau lemas – akibat anak-anak menelan makanan atau permainan haiwan perliharaan
• Haiwan yang tidak sesuai dijadikan haiwan peliharaan bersama kanak-kanak termasuk: reptilia, haiwan eksotik, ferrets, rodensia atau jenis tetikus dan amfibia.

Risiko haiwan pilihan
• Anjing – hanya menggigit jika kita berkelakuan tidak baik padanya, maka bagi anak-anak dibawah 10 tahun, jangan sekali-kali tinggalkan mereka sendirian bersama anjing. Risiko penyakit termasuk: cacing parasit, pepijat, kutu, mange, sengkenit, ringworm, toxocariasis dan lyme disease (akibat gigitan sengkenit yang dijangkiti).

• Kucing – penyakit biasa hadir apabila makanan dicemari najis kucing. Elakkan sama sekali kucing memasuki bilik bayi kerana mereka suka tidur dekat dengan muka bayi dan mengganggu pernafasan. Risiko penyakit termasuk: ringworm, toxopasmosis, demam cakaran kucing, toxocariasis, salmonella, campylobacter, giardia dan cryptosporidium.

• Burung – hanya akan mematuk jika rasa diganggu. Risiko jangkitan termasuk: psittacosis atau demam burung kakak tua, alahan Alveolitis, salmonella dan Mycobacterium Avian Complex (MAC).

• Ikan – jangkitan mycobacterial dan jangkitan kulit boleh terjadi akibat air yang tercemar. Jadi pilihlah ikan yang sihat dan bersihkan tangki selalu. Perhatikan anak-anak tidak mencelup tangan dalam tangki ikan.

• Arnab – arnab tidak terlalu gemar dipeluk dan didodoi dan boleh menyebabkan ia menggigit. Risiko penyakit daripada arnab amat jarang dilaporkan namun elakkan anak-anak memegang najisnya.

• Hamster atau tikus belanda – ia boleh menggigit dan mencakar, tetapi jarang sekali jangkitan dilaporkan. Namun tikus dan guinea pig boleh menjadi sumber jangkitan salmonella, campylobacter, giardia dan cryptosporidium melalui najis dan sesuatu yang dicemari oleh najisnya.

Panduan mengurangkan risiko
• Pemerhatian dan pengasingan – perkenalkan anak-anak kepada haiwan secara berperingkat. Pastikan anda ada bersama ketika anak-anak bermain dengan mereka atau jika tidak, pastikan haiwan peliharaan sentiasa berada dalam sangkar atau tempat khas. Jangan benarkan haiwan keluar masuk bilik bayi. Semua barangan keperluan haiwan seperti mangkuk makanan dan minuman serta bekas najis harus diasingkan daripada anak-anak.

• Kesihatan dan kemaslahatan haiwan – pilihlah haiwan kesayangan yang sihat. Pastikan ia sentiasa bersih dan berada dalam persekitaran yang bersih. Fahami keperluan mereka, habitatnya dan berikan mereka bekalan minuman air bersih sentiasa. Dapatkan nasihat penjagaan seperti membersihkan, memberi makan, kesihatan dan vaksin yang diperlukan. Bagi kucing dan anjing, sebaiknya mereka dikembirikan. Ketahui simptom-simptom penyakit dan bawa berjumpa doktor haiwan segera jika perlu. Jika haiwan peliharan sakit, jauhkan mereka daripada anak-anak dan ambillah langkah kebersihan melebihi situasi biasa.

• Kebersihan diri – basuh tangan dengan sempurna selepas setiap kali mengendalikan haiwan peliharaan, barangan serta tempat tinggal mereka. Kebanyakan jangkitan dan penyakit yang disebutkan boleh dielakkan dengan menjaga kebersihan dan sentiasa membasuh tangan. Jangan letakkan makanan haiwan hampir dengan makanan manusia. Buangkan makanan terbiar bagi mengelakkan semut dan lipas. Jika digigit atau dicakar, basuh luka segera dan gunakan krim penyahjangkitan. Temui doktor jika perlu.

• Interaksi dengan haiwan – haiwan peliharaan tidak akan bertindak luar kawalan tanpa sebab. Jadi, pastikan anda dan anak-anak tahu berinteraksi dengan haiwan dengan baik. Ajarkan anak-anak apa yang boleh dan tidak ketika berinteraksi dan mengendali haiwan. Libatkan anak-anak dalam urusan mengendali haiwan dan tempat tinggalnya bagi memupuk rasa tanggungjawab. Paling penting, pastikan mereka sentiasa membasuh tangan selepas menguruskan haiwan peliharaan.

Rujukan:

Child Safety – children and animals
Child Safety and Health around Pets – Responsible pet ownership
Pet Safety: Tips for bringing a pet into your home
Selecting safe pets

Kongsikan pandangan anda tentang topik ini di ruangan komen di bawah :)

Stories Rakan Kongsi
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Eratkan Hubungan Kekeluargaan Bersama Si Manja Menerusi Pencarian Friso Gold DadMombassador 2022
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Lotus’s Baby Fair Kembali Lagi! Rebut Promosi Terhebat Barangan Keperluan Bayi Anda Di Sini!
Hanya Satu Tempat Untuk Semua Keperluan Bayi Anda - Pesta Bayi Lotus’s Malaysia!
Hanya Satu Tempat Untuk Semua Keperluan Bayi Anda - Pesta Bayi Lotus’s Malaysia!
Rangsang Pemikiran Kreatif Dan Imaginasi Anak Dengan Cara Mudah Ini!
Rangsang Pemikiran Kreatif Dan Imaginasi Anak Dengan Cara Mudah Ini!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Manisah Ngalim

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • Haiwan peliharaan memudaratkan?
Kongsikan:
  • 3 manfaat mempunyai binatang peliharaan untuk kanak-kanak di rumah

    3 manfaat mempunyai binatang peliharaan untuk kanak-kanak di rumah

  • Binatang peliharaan yang sesuai untuk kanak-kanak dengan alahan

    Binatang peliharaan yang sesuai untuk kanak-kanak dengan alahan

  • 'C' Ke-16 Selamat Dilahirkan! Ibu 16 Anak Tetap Sedia Mengandung Lagi, Semua Nama Anaknya Mula Huruf C!

    'C' Ke-16 Selamat Dilahirkan! Ibu 16 Anak Tetap Sedia Mengandung Lagi, Semua Nama Anaknya Mula Huruf C!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

app info
get app banner
  • 3 manfaat mempunyai binatang peliharaan untuk kanak-kanak di rumah

    3 manfaat mempunyai binatang peliharaan untuk kanak-kanak di rumah

  • Binatang peliharaan yang sesuai untuk kanak-kanak dengan alahan

    Binatang peliharaan yang sesuai untuk kanak-kanak dengan alahan

  • 'C' Ke-16 Selamat Dilahirkan! Ibu 16 Anak Tetap Sedia Mengandung Lagi, Semua Nama Anaknya Mula Huruf C!

    'C' Ke-16 Selamat Dilahirkan! Ibu 16 Anak Tetap Sedia Mengandung Lagi, Semua Nama Anaknya Mula Huruf C!

  • Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

    Anak Baru Usia 4 Bulan, Ibu Tak Sedar Mengandung Lagi, Dapat Baby Kembar Pulak Tu!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2022. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.