Apakah toksoplasmosis? Ia adalah jangkitan yang disebabkan oleh parasit protozoa toxoplasma gondii. Parasit ini biasanya boleh ditemui pada najis kucing, sayur-sayuran atau buah-buahan yang tidak dicuci bersih serta daging mentah.
Ia adalah jangkitan yang berpotensi menjejaskan kehamilan termasuklah mengancam kesihatan ibu dan juga bayi di dalam kandungan.
Seperti campak, anda boleh dijangkiti penyakit ini sekali sahaja. Jadi, sebaik sahaja anda menghidapinya, anda tidak akan terkena jangkitan ini lagi.
Mengapa Wanita Hamil Perlu Berasa Bimbang Terhadap Toksoplasmosis
Toxoplasmosis adalah sejenis penyakit simptomatik yang biasa berlaku disebabkan oleh dijangkiti dengan mikrob yang dipanggil toksoplasma.
Sangat penting untuk dibincangkan apabila anda mendapat jangkitan ini. Jika anda mendapatnya sebelum hamil, badan anda sudah mempunyai daya tahan yang cukup untuk melawannya.
Sekiranya anda mendapatnya ketika hamil, sistem imun anda mungkin tidak cukup kuat dan boleh menyebabkan komplikasi seperti keguguran, kelahiran mati, dan kelahiran cacat pada bayi anda selepas lahir.
Menurut kajian, jangkitan semasa mengandung adalah jarang berlaku dan penyebarannya kepada kanak-kanak juga adalah kejadian yang sangat jarang terjadi. Secara khususnya, 1 daripada 10,000 bayi telah dilahirkan dengan toksoplasma di United Kingdom.
Jika anda dijangkiti dalam tempoh 12 minggu semasa kehamilan anda, terdapat kurang daripada satu dalam 20 kemungkinan bayi anda mungkin akan dijangkiti juga. Jadi, risikonya adalah rendah. Pengetahuan luas anda mengenai penyakit ini boleh membantu rakan atau saudara-mara yang mungkin akan dijangkiti penyakit ini.
Selepas lahir, melalui pemerhatian yang dibuat ke atas bayi yang diuji positif untuk toksoplasma didapati bahawa bayi tersebut mempunyai masalah seperti :
- Kerosakan mata
- Hati dan pembengkakan limpa
- Jaundis
- Radang paru-paru
Beberapa kesan lain akibat daripada toksoplasma ini termasuklah :
- Masalah mata
- Masalah pendengaran
- Sawan
- Masalah pembelajaran
- Tumbesaran terbantut
Punca Penyakit Toksoplasmosis Semasa Kehamilan
Jadi, bagaimanakah seseorang itu akhirnya dijangkiti toksoplasmosis? Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan penyakit ini dan ada beberapa cara untuk cuba menghindarkannya. Ia termasuklah anda perlu mengelak daripada makan daging mentah atau kurang masak.
Anda perlu sentiasa periksa sama ada daging yang anda masak masih mempunyai kesan darah atau ada bahagian yang berwarna merah jambu.
Selain itu, anda juga boleh makan daging yang diawetkan.
Tips : Masak semula daging tersebut untuk memastikannya benar-benar masak.
- Makan telur mentah
- Minum susu kambing yang tidak dipasteur atau produk susu kambing yang tidak dipasteur.
- Menyentuh biri-biri atau kambing yang bunting
- Makan makanan yang tercemar dengan tanah atau najis kucing
- Mencemarkan makanan dengan najis kucing seperti menyentuh tempat pembuangan najis kucing dan kemudian menyentuh makanan.
Oleh itu, bagi mengelakkan jangkitan ini hanya pastikan anda memasak daging dan menjaga kebersihan tangan yang betul pada setiap masa supaya anda tidak dijangkiti oleh toksoplasmosis.
Cara Mencegah Toksoplasmosis
Selain mengelakkan punca-punca di atas, melakukan perkara seperti berikut juga dapat membantu anda mengurangkan risiko anda untuk dijangkiti toksoplasmosis. Antaranya adalah :
- Tutup pasir selepas kucing bermain untuk mengelakkan kucing membuang najis di situ.
- Sentiasa basuh tangan sebelum dan selepas mengendalikan daging.
- Cuci bersih pisau dan papan pemotong atau apa-apa peralatan dapur yang lain selepas menggunakannya untuk memotong daging.
- Sentiasa pakai sarung tangan semasa anda berkebun dan basuh tangan anda sebelum serta selepas selesai berkebun.
- Jauhkan kucing dari tempat anda sedang berkebun.
- Sentiasa basuh buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum memasak atau memakannya.
- Jika anda mempunyai haiwan peliharaan di rumah, serahkan kerja mencuci kotoran anjing dan kucing anda kepada orang lain untuk elakkan penyakit tokso kucing ini.
Sudah tentu, walaupun anda merupakan manusia paling pembersih di muka bumi ini, anda masih boleh dijangkiti. Tetapi , yang baiknya adalah walaupun dijangkiti anda masih berfungsi untuk melawannya.
Dalam kata lain, mendapat jangkitan ini bukanlah sebuah pengakhiran kerana badan anda mungkin telah menjadi kebal terhadap mikrob ini dan sangat mustahil untuk anda dijangkiti lagi.
Gejala Toksoplasmosis Semasa Kehamilan
Tetapi, sudah tentu tidak semua perkara berada di bawah kawalan kita. Walaupun telah memantau dengan teliti cara anda memasak makanan dan membersihkan atau menguruskan haiwan peliharaan di rumah dengan baik, atas sebab-sebab tertentu, anda mungkin tetap boleh dijangkiti. Antara gejala yang mungkin berlaku termasuklah:
- Demam dengan suhu yang tinggi
- Sakit otot
- Keletihan
- Rasa sakit
- Sakit tekak
- Bengkak kelenjar
Jika anda mengalami mana-mana gejala ini, anda perlu pergi berjumpa doktor dan dapatkan beberapa ujian. Kebanyakan simptom ini kelihatan seperti anda menghidap selesema, dan mengambil beberapa ujian akan membantu menenangkan anda sebenarnya apa yang anda alami hanyalah sekadar gejala selesema biasa dan bukannya toksoplasmosis.
Cara Ujian Toksoplasmosis Dilakukan
Ujian darah boleh mengesahkan jika anda telah dijangkiti penyakit ini. Biasanya, anda akan diminta menunggu 3 minggu sebelum menjalani ujian kerana antibodi untuk melawan jangkitan ini mengambil masa yang agak lama.
Ujian yang tepat boleh diketahui sama ada anda positif dengan jangkitan tersebut serta dapat mengetahui bilakah jangkitan itu terjadi.
Apabila anda mendapat keputusan positif daripada ujian darah anda, ujian lanjut akan dilakukan untuk mengesahkan sama ada anda telah menyebarkannya kepada bayi anda atau tidak.
Doktor akan menguji cecair yang berada di sekeliling janin atau melalui darah janin untuk memeriksa sama ada bayi anda dijangkiti penyakit ini atau pun tidak.
Jangkitan juga boleh dilihat melalui ultrasound. Pilihan lain untuk memeriksa sama ada bayi dijangkiti adalah selepas kelahiran bayi tersebut.
Rawatan Untuk Toxoplasmosis
Seperti mana-mana jangkitan, satu-satunya cara untuk merawat toksoplasmosis adalah melalui antibiotik. Tujuan utama antibiotik adalah untuk membantu memastikan anak anda tidak mewarisi jangkitan ini.
Sekiranya bayi dijangkiti, antibiotik yang diberikan kepada anda hanya berguna untuk mencegah atau mengurangkan masalah dihidapi bayi anda.
Anda juga akan diminta untuk mengambil kalsium folinate untuk memastikan perkembangan bayi anda berada dalam keadaan baik. Kedua-dua jenis ubat ini akan menjadi peneman anda sepanjang 9 bulan perjalanan kehamilan anda.
Bagi bayi anda pula, jika mereka dilahirkan dengan toksoplasmosis, mereka juga akan diberikan antibiotik dan akan diminta untuk mengambil ubat ini sehingga mereka mencapai umur 1 tahun atau sehingga sistem imun mereka menjadi cukup kuat untuk melawan jangkitan.
Kemudian, pada setiap bulan sehingga mereka berumur 1 tahun, bayi anda akan diuji untuk menyemak perkembangan mereka. Anda mungkin tertanya-tanya sama ada anda boleh menyusu jika dijangkiti penyakit ini.
CDC mengesyorkan agar anda meneruskan penyusuan susu ibu walaupun anda mempunyai jangkitan aktif. Malah, menyusukan bayi baru lahir boleh membantu menguatkan sistem imun mereka terhadap jangkitan. Pastikan anda memeriksa sama ada anda mempunyai kulit yang pecah atau pendarahan di kawasan puting. Sekiranya berlaku, dapatkan nasihat doktor anda.
Pembacaan maklumat yang tepat dan mudah tentang toksoplasmosis akan memberi anda gambaran dan persediaan yang mencukupi sekiranya anda menghadapinya di saat hamil.
Artikel ini mendapat kebenaran daripada theAsianparent Singapura untuk diterjemahkan.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga : Masalah Penghadaman Buat Anda Selalu Rasa Senak Semasa Hamil, Ini Punca & Cara Atasinya
Baca juga : “Sakit Gigi Ketika Sedang Hamil, Bolehkah Saya Cabut Gigi?” Ini Jawapan Pakar
Baca juga : Nodus Limfa Membengkak Punca Benjolan Di Ketiak Muncul Ketika Hamil, Cuba 4 Petua Ini Atasinya
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!