BMW Tawar Pembelian Carseat RM100 Sahaja, Parents Jangan Lepaskan Peluang Ini!

Cubalah memohon, mana tahu ada rezeki untuk si manja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rasanya orang ramai sudah sedia maklum yang penggunaan car seat anak di Malaysia akan diwajibkan mulai tahun 2020. Pastinya ramai ibu bapa mula mencari baby car seat murah, khususnya yang mempunyai anak yang ramai bagi menjimatkan perbelanjaan seluruh keluarga.

Walau bagaimanapun, baby car seat murah bukan semuanya dijamin selamat untuk si kecil ya. Kalau nak diikutkan, mulai tahun depan sebarang pembelian carseat anak perlu mengikuti piawaian tertentu dan pemberian saman akan dikenakan buat ibu ayah yang tidak memakaikan car seat bagi anak yang berketinggian 135cm ke bawah.

Peluang Mendapatkan Baby Car Seat Murah, Hanya RM100 Di Bawah Program Subsidi

sumber: BMW Safety 360

Perkara ini juga menjadi isu dalam sesetengah masyarakat yang mengatakan mereka tidak mampu untuk membeli baby car seat yang bagus dan mengikut piawaian dalam keadaan ekonomi sekarang. Jadi ini mungkin berita baik untuk anda!

Bagi membantu keluarga yang kurang berkemampuan, BMW Malaysia telah berbesar hati menawarkan sebuah program kerusi keselamatan bersubsidi. Melalui program ini, ibu ayah berpeluang mendapatkan car seat untuk anak dengan harga yang murah berbanding harga pasaran.

Dalam edisi kelima Program BMW Safety 360 °, BMW Malaysia memperkenalkan ‘Dari Hari Pertama’, sebuah kempen yang bertujuan untuk mempromosikan kepentingan penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak, terutamanya bagi bayi baru lahir. Ini merupakan kerjasama BMW Malaysia bersama Safe’ n Sound dan Childline Foundation yang sememangnya sangat baik!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Buat pengetahuan ibu ayah, kerusi keselamatan bayi yang akan diedarkan dalam program subsidi ini adalah sebanyak 150, dan berjenama snskidz Ace. Harga asal kerusi keselamatan kanak-kanak ini dijual dengan harga pasaran bernilai RM199 tetapi dengan program ini, ia akan dijual pada harga subsidi RM100 sahaja.

Malah ia juga boleh digunakan dalam tempoh yang agak lama, mungkin setahun dua mengikut berat anak.  Ia boleh digunakan oleh bayi baru lahir sehingga berat mencecah 13kg dengan keadaan menghadap belakang dan mempunyai piawaian ECE R44-04.

Cara Untuk Memohon Subsidi Car Seat Bayi Dengan Harga RM100

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peluang ini terbuka kepada 2 kategori, bagi keluarga yang mempunyai bayi yang beratnya kurang dari 13kg dan ibu ayah yang bakal melahirkan bayi. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa lagi syarat untuk melayakkan ibu ayah memohon subsidi ini, barulah program ini lebih adil dan memihak kepada keluarga yang lebih memerlukan.

Pendaftaran Program Subsidi ini bermula dari 2 Disember 2019 hingga 15 Disember 2019, jadi pastikan ibu ayah memohon dengan segera ya. Jangan risau, cara nak memohon jugak mudah sahaja seperti 3 langkah di bawah:

Syarat-syarat untuk layak mendapat subsidi ini adalah:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Terbuka kepada semua penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun dan keatas.
  2. Penerima mestilah merupakan bakal ibu bapa atau mempunyai kanak-kanak yang berat tidak lebih daripada 13kg.
  3. Penerima mestilah dari isi rumah yang berpendapatan kurang daripada RM3,000.
  4. Hanya satu penyertaan setiap keluarga - penyertaan secara pukal tidak akan diterima.
  5. Pendaftaran Program Subsidi ini bermula dari 2 Disember 2019 hingga 15 Disember 2019. Sebarang penyertaan selepas tarikh ini tidak akan diterima.
  6. 150 orang penerima Program Subsidi akan dipilih selepas pendaftaran ditutup dan akan dimaklumkan melalui e-mel.
  7. Pembayaran sebanyak RM100 bagi kerusi keselamatan kanak-kanak bersubsidi hendaklah dilakukan sebelum pengambilan kerusi keselamatan kanak-kanak.

Bagi yang berkelayakan, ibu ayah boleh memohon melalui pautan ini dan lakukan segera sebelum 15hb Disember ini ya:

Keluarga dengan anak berat kurang dari 13 kg : KLIK SINI

Keluarga yang bakal melahirkan bayi: KLIK SINI

Bagi keluarga yang terpilih akan dimaklumkan melalui e-mel berkenaan dengan tarikh, masa dan tempat untuk pengambilan kerusi keselamatan kanak-kanak baru mereka. Diharapkan dengan ini dapat mengurangkan beban anda.

Semoga ada rezeki buat ibu ayah sekeluarga. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: siraplimau

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Beto Rahman