Semakin moden dunia, semakin banyak barang yang boleh dibeli secara dalam talian. Ia termasuklah pembelian emas. Beli emas secara dalam talian semakin popular kini dan penjualnya tumbuh bagai cendawan lepas hujan.
Bukan mahu menutup periuk nasi sesiapa, tetapi sebagai pembeli haruslah bijak memilih yang mana terbaik untuk anda.
Seperti kes yang dilaporkan Sinar Harian, yang memetik Bernama seorang suri rumah terpaksa berputih mata apabila kerugian RM16,107 setelah terpedaya dalam urusan pembelian barang kemas menerusi laman sosial Facebook pada hujung bulan lepas.
Beli emas di Facebook, duit RM16,000 suri rumah lesap
Mangsa berusia 38 tahun yang berasal dari Pahang mendakwa berminat membeli rantai, gelang dan subang selepas tertarik dengan tawaran yang dibacanya di laman sosial Facebook.
Mangsa mendakwa telah menghubungi nombor telefon yang tertera di laman sosial itu dan berurusan dengan seorang suspek lelaki sebelum mula membuat 12 transaksi bayaran menerusi pemindahan bank pada awal bulan ini.
“Bagaimanapun, mangsa mendakwa suspek gagal memberikan penjelasan apabila ditanya bila dia boleh mendapatkan barangan itu pada Sabtu lalu sebelum suspek gagal dihubungi selepas itu.
Sebelum beli emas baca ini dulu
Jadi ada beberapa tips membeli emas yang dikongsikan hargaemas mungkin boleh membantu anda membuat pembelian barang berharga itu.
Mungkin lebih elok anda membeli emas di kedai berbanding dalam talian kecuali anda memang benar-benar tahu siapa pemiliknya.
#1. Beli barang kemas 999 (24k) atau 916 (22k)
Kedua-dua jenis ketulenan emas tu mempunyai nilai tertinggi untuk jangka panjang. Emas 999 (kandungan emas 99.9%) jarang dibuat barang kemas sebab ia telalu lembut dan mudah lekuk.
Untuk kenal emas 999 dan 916 ialah cek pada bahagian belakang barang kemas tu sebab biasanya ia akan ditempa dengan cop “999” dan “916”. Satu lagi, kalau dibakar, ia tak tinggalkan kesan kehitaman.
#2. Beli barang kemas padu atau tumpat
Elakkan barang kemas yang berlubanatau kosong di dalam. Ini penting untuk memudahkan proses penilaian ketulenan menggunakan densimeter bila nak jual balik atau pun dipajak nanti.
Densimeter tidak dapat buat bacaan yang tepat bagi barang kemas yang belubang ataupun mempunyai batu pertama. Barang kemas padu lebih kukuh, tahan lasak dan payah patah, putus, bengkok atau rosak.
#3. Elakkan membeli barang kemas yang ada batu permata
Barang kemas yang ada batu permata rendah nilai second hand value nya. Nilainya sangat rendah bila nak jual balik dan tak diterima untuk gadaian.
Emas 916 biasanya jarang ada batu permata sebab ia tak cukup kuat untuk pegang permata. Kalau emas 916 tapi ada permata, awas! Mungkin barang kemas tu bukan 100% emas 916, biasanya emas 750.
#4. Simpan resit belian
Resit asal belian akan membezakan nilai bila nak jual balik pada pengeluar, dan ia perlu untuk pajak di Ar-Rahnu nanti. Kalau nak jual balik emas yang kita beli dari Poh Kong contohnya; kalau ada resit dia beli balik dengan harga diskaun 20% (spread), kalau tau tak ada resit asal, dia akan beli dengan diskaun 25% dari harga semasa.
#5. Jangan beli emas putih
Emas putih di jual pada harga platinum (logam paling mahal, lebih mahal daripada emas 999), tapi tak ada second hand value. Emas putih mengandungi sama ada 75% atau 37.5% emas, selebihnya dicampur dengan logam lain.
Rupa emas putih sama dengan silver. Bezanya cuma terdapat cop ‘750’ atau ‘375’ saja.
#6. Survey kos upah paling rendah
Kos upah berbeza untuk satu kedai dengan kedai yang lain walaupun designnya sama. Kalau tak ada kos upah lagi bagus.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Sinar Harian, hargaemas
Baca juga:
https://my.theasianparent.comcara-membuat-wajah-awet-muda-dan-berseri