34 Benda Pelik (Dan 'Menjijikkan') Semasa Mengandung Yang Dialami Ibu Hamil

Akan ada banyak perubahan yang terjadi kepada hormon, emosi dan fizikal anda ketika hamil. Jom tengok antara 34 perkara yang boleh berlaku kepada anda ketika mengandung. Ianya serius...dan agak kelakar kalau difikirkan semula!

Semasa hamil, kita akan melalui pelbagai perubahan hormon, emosi, dan fizikal. Secara asasnya, anda akan berubah seperti:

  1. Anda mula berasa seperti seekor sumpah-sumpah kerana perubahan pigmentasi pada kulit anda.
  2. Perubahan juga akan berlaku pada faraj anda. YA, faraj anda boleh bertukar warna juga – seperti biru gelap atau ungu kemerahan. (Ia dipanggil tanda Chadwick.)
  3. “Kawan-kawan” anda yang baru akan muncul. Jerawat di belakang badan anda (atau bacne) dan jerawat pada buah dada anda (atau boobne) akan muncul untuk mengingatkan anda tentang keadaan hormon anda sekarang.
  4. Urat gelap mula muncul di buah dada anda, membuatkan buah dada anda kelihatan seperti Google Maps!
  5. Dan apabila bercakap tentang buah dada, ia akan membesar dengan cepat sehinggakan ia menjadi tidak sama rata. Satu buah dada boleh menjadi “pembuka selera” dan yang lagi satu adalah “hidangan utama.”

  6. Jumlah darah anda akan meningkat dengan ketara, yang menjelaskan mengapa urat-urat itu muncul pada badan anda dan sindrom hidung berdarah akan menjadi perkara biasa.
  7. Anda menjadi semakin mudah marah.
  8. Pergelangan kaki anda hampir “menghilang” kerana membengkak.
  9. Rambut anda bukan sahaja tumbuh lebih cepat dan lebih tebal, tetapi juga tumbuh di tempat-tempat yang rambut tidak mungkin atau sepatutnya tumbuh.
  10. Anda menjadi tempat pelupusan sampah manusia. Tiba-tiba, semua makanan akan kelihatan sangat sedap, dan anda sentiasa memerlukan makanan kerana “bayi” anda lapar 24 jam seminggu!
  11. Anda akan melalui pengalaman yang dinamakan plug mukus, iaitu pengeluaran cecair mukus dari faraj yang berdarah. Ia merupakan mukus badan yang biasa dikeluarkan sebelum kelahiran.
  12. Akan terdapat garis gelap yang bermula dari butang perut anda hingga alat kelamin anda (baca lanjut tentang linea nigra di sini).
  13. Apabila bercakap tentang pusat perut anda, ia mungkin akan terkeluar dan orang akan mahu mencucuknya seolah-olah macam anda sebiji belon.
  14. Anda akan menghabiskan sebahagian besar masa dengan kepala anda di dalam tandas untuk beberapa bulan pertama – kerana, anda tahu, segala benda dan bau akan membuatkan anda muntah.
  15. Anda menjadi seperti paip bocor. Anda boleh bocor dari faraj anda dan dari buah dada anda hanya dengan perahan yang perlahan.
  16. Dan kerana anda membocor seperti air terjun ‘di bawah sana’, anda terpaksa menggunakan pad.
  17. Perut anda tidak selalunya berbentuk bulat sfera yang sempurna; bayi anda adalah seperti ninja di dalam rahim, yang membuatkan perut anda kadang-kadang kelihatan seperti kon di tepi jalan!
  18. Tanda regangan (stretchmark) terbentuk di perut dan buah dada anda. Ia seperti tatu kehamilan anda.
  19. Anda menjadi seorang pakar yang handal kencing di dalam cawan kecil. Doktor anda akan memeriksanya pada setiap lawatan, jadi ia menjadi seperti lumrah ketika hamil.
  20. Anda sentiasa berasa panas. Rasanya seperti anda telah terperangkap dalam sauna selama lima tahun dengan lima lapisan pakaian!
  21. Dan kerana anda sentiasa rasa panas, anda akan berpeluh pada bahagian buah dada anda, peluh di kaki, peluh di paha – dan juga berpeluh di tempat-tempat di mana anda rasa tidak mungkin akan berpeluh.
  22. Anda mengidamkan dan makan makanan yang paling menjijikkan, gabungan pelik yang anda tidak pernah bayangkan. Ais krim dan ikan bilis? Lazat. Mentega kacang dan jeruk? Lagi sedap!
  23. Perut anda menjadi begitu besar sehinggakan anda tidak boleh membongkok ke bawah untuk mencukur kaki anda atau bahagian wanita anda…… dan juga aktiviti mandi akan menjadi satu proses yang memenatkan. Anda akan mengelak mencuci rambut anda kerana ia akan berminyak semula beberapa jam kemudian!
  24. Anda memakai bra bersalin yang sama berulang-ulang. Mencuci pakaian adalah meletihkan, mandi pun meletihkan, SEGALANYA meletihkan!
  25. Anda akan sampai ke tahap di mana anda tidak malu untuk melepaskan kentut begitu sahaja. Anda sudah tidak peduli.
  26. Anda akan kencing sepanjang masa. Malah, anda terkencing semasa aktiviti kecil seperti ketawa atau bersin.
  27. Anda mengalami keputihan pelik setiap hari.
  28. Paha anda bersentuhan antara satu sama lain dengan kerap, anda akan mengalami paha melecet yang tidak selesa.
  29. Buasir adalah lumrah dan buasir akan berlaku kepada anda. Ia akan menjadi sembelit yang dahsyat seolah-olah anda sedang menolak seorang manusia keluar!
  30. Anda berasa seperti bayi anda sedang membaling bom api ke esofagus anda, menyebabkan pedih ulu hati yang paling teruk dalam hidup anda.
  31. Dan okay, ya – anda akan benar-benar menikmati menonton video tentang kelahiran yang amat grafik kerana, ia adalah untuk satu penyelidikan bagi anda: Anda mahu bersiap-sedia!

Rencana diterjemahkan daripada Buzzfeed

Penulis

Michelle Goh