Hanya Yang Merasai Sahaja Tahu Sakitnya Bengkak Susu, Sebab Inilah Ibu Boleh Jadi Stres!

Bagi ibu yang memberikan susu badan kepada bayi, masalah biasa berlaku adalah bengkak susu tersumbat. Kesakitan dirasai memerlukan rawatan yang betul!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bagi ibu yang sedang hamil atau melahirkan bayi, adalah perkara normal apabila berdepan masalah bengkak susu tersumbat. Ia biasanya terjadi disebabkan oleh susu badan berkumpul dalam kelenjar susu dan tidak dapat dikeluarkan dari payudara.

Ibu akan berdepan dengan keadaan yang amat memeritkan. Payudara akan terasa keras dan sangat sensitif terhadap sebarang sentuhan. Malah, bengkak susu tersumbat ini boleh menyebabkan ibu menggigil dan demam.

Masalah bengkak susu tersumbat, bagaimana cara untuk menghadapinya?

foto: shutterstock

Bagi anda yang menghadapi masalah ini, mungkin sahaja emosi akan menjadi tidak stabil dan rasa ingin marah. Selain bengkak susu, kesakitan berkaitan dengan payudara ialah puting melecet, kekurangan susu dan sebagainya.

Payudara yang mengalami bengkak susu akan menjadi mengeras kerana susu ibu dihasilkan secara berlebihan dan tidak dapat dikeluarkan dengan baik.

Masalah ini sering berlaku apabila bayi hanya menyusu sedikit sahaja. Kesannya, bekalan susu adalah melebihi keperluan bayi dan menyebabkan situasi tidak seimbang.

Akibat daripada bengkak susu ini dan sekiranya ia tidak dirawat dengan segera, boleh menyebabkan berlakunya penyakit Mastitis. Ia adalah suatu keadaan di mana payudara anda mengalami keradangan dan boleh menggalakkan jangkitan dengan cepat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sekiranya ibu mengalaminya, ia akan menunjukkan tanda pada sekitar payudara anda yang merah, keras, sakit, panas dan bengkak. Bukan itu sahaja, anda turut akan merasai benjolan yang dikenali sebagai ‘duktus tersumbat’.

Walau bagaimanapun, keadaan ini bukanlah disebabkan oleh masalah sumbatan, tetapi susu telah masuk ke dalam bahagian tisu payudara dan tidak ke dalam duktus susu.

Bagi ibu yang berdepan masalah ini, anda mungkin akan mengalami simptom seakan-akan flu iaitu badan berasa sejuk, sakit kepala, keletihan dan suhu badan melebihi 38.5 darjah Celsius.

Punca yang mendorong masalah payudara bengkak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

#1. Bayi tidak melekap dengan baik

Mastitis kebiasaannya terjadi disebabkan oleh stasis susu, iaitu susu terkumpul dalam payudara kerana penghasilannya lebih cepat daripada ia dikeluarkan. Dalam hal ini, bayi yang masih kecil tidak mengosongkan payudara anda sepenuhnya ketika proses menyusu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika keadaan ia berterusan, payudara akan mula membengkak dan boleh mendatangkan kecederaan pada bahagian sensitif ini.

#2. Tidak menyusu bayi lebih kerap

Apabila si manja tidak disusukan dengan kerap, susu menjadi tidak keluar daripada payudara dengan baik sehingga menyebabkan bengkak susu terjadi. 

Sebagai contoh, pengenalan susu formula secara berselang-seli dengan susu ibu akan menyebabkan bayi berasa kenyang dan mungkin akan skip sesi penyusuan pada payudara.

Bukan itu sahaja, terdapat juga kes bayi yang tidur terlalu lama dan tidak menerima susu ibu dalam tempoh panjang. Ini turut mendorong berlakunya pembengkakan pada payudara kerana susu tidak dapat dikeluarkan dengan baik.

Perlukah ibu berhenti menyusu ketika menahan sakit payudara membengkak?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Jawapannya adalah tidak. Hal yang paling penting bagi ibu perlu meneruskan penyusuan semasa mengalami mastitis. Cara ini yang membantu anda untuk segera sembuh.

Meskipun kadang-kala anda menahan kesakitan yang melampau, ibu sebenarnya perlu menyusukan bayi dengan sekerap mungkin.

Pengeluaran susu yang banyak dapat membantu proses penyembuhan. Caranya adalah dengan meletakkan flanel hangat pada payudara untuk beberapa minit sebelum proses penyusuan berlaku. Ia akan membuatkan anda rasa lebih selesa dan mudah untuk segera sembuh.

Sekiranya si manja anda tidak dapat mengosongkan payudara yang bengkak apabila menyusu, gunakan pam dengan mod paling ringan untuk menyelesaikannya. Manakala jika ibu merasai kesakitan yang teramat, cuba perah susu anda dan berikannya kepada bayi menggunakan botol.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Justeru, masalah bengkak susu ini bukanlah sesuatu yang remeh. Meskipun ia tidak tergolong dalam masalah kesihatan yang memerlukan rawatan hospital, tetapi berupaya mendatangkan risiko bahaya terhadap ibu.

Pastikan anda memberikan susu kepada bayi secara lebih kerap kerana ia adalah saat untuk menguatkan ikatan kasih sayang antara ibu dan si manja dengan lebih berkesan.

Sumber: Baby Center, Cozylady

Kredit foto: Google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Kobis Boleh Merawat Payudara Yang Bengkak?