Bersalin Normal @ Czer, Ibu Perlu Pakai Bengkung! Ini 7 Manfaat Bengkung Selepas Bersalin.

Siapa kata bersalin czer tak boleh pakai bengkung?

Pemakaian bengkung adalah penting untuk proses pemulihan selepas bersalin terutamanya untuk menampung bahagian perut yang terjejas. Biasanya bengkung diketahui selamat digunakan untuk kelahiran normal, tetapi ibu tahu tak wujudnya bengkung untuk czer?

Kehamilan boleh meregangkan otot abdomen dan boleh menyebabkan sakit pinggang serta kekejangan selepas bersalin. Tubuh memerlukan penjagaan yang baik selepas melahirkan anak dan pemakaian bengkung adalah salah satu rawatan yang baik untuk pemulihan yang cepat!

Oleh kerana sudah ramai yang tahu tentang manfaat memakai bengkung untuk ibu bersalin normal, apa kata kali ini kita bincang pula tentang kebaikannya untuk ibu bersalin czer!

7 Manfaat Penggunaan Bengkung Untuk Czer

Mungkin ada di kalangan ibu yang bersalin czer rasa ragu-ragu dan risau untuk memakai bengkung atau belly band selepas bersalin, tetapi pemakaian bengkung selepas bersalin banyak manfaatnya.

kredit: @raising2littlemen

Berikut 7 manfaat bengkung untuk kelahiran normal dan czer:

#1 Menstabilkan Luka Czer

Luka czer sebaik-baiknya berada dalam keadaan yang kejap dan rapi agar tiada risiko bahagian luka tertarik semasa bergerak. Dengan memakai bengkung di bahagian perut, ibu baru bersalin lebih bebas bergerak dan kurang risiko luka terbuka pada masa yang sama.

#2  Membantu Menaikkan Semula Rahim

Pemakaian bengkung juga boleh membantu menaikkan semula rahim. Pastikan dipakai dengan kemas dan cukup labuh sehingga menutupi bahagian pelvik.

#3 Menguatkan Kembali Tulang Belakang 

Dapatkan kekuatan teras semula untuk mengelakkan kerosakan kekal pada bahagian bawah belakang selepas bersalin.

#4 Melegakan Sakit Belakang

Selepas bersalin, kebanyakkan ibu mengalami masalah sakit belakang akibat dari proses bersalin. Tambahan lagi, proses penyusuan memerlukan ibu banyak duduk atau baring mengiring untuk keselesaan semasa menyusu.

#5 Memberi Sokongan Pada Tulang Belakang

Ibu bersalin czer mungkin risau untuk melakukan perkara seperti batuk, bersin atau ketawa kerana selalunya bahagian perut akan sakit. Ini menyebabkan ibu kerap berbongkok untuk mengelakkan rasa sakit bukan?

Bila ibu berbengkung, rasa sakit tidak ketara dan ini sekaligus mengurangkan keperluan untuk berbongkok semasa batuk atau bersin yang boleh mengganggu tulang belakang.

#6 Mendapatkan Semula Bentuk Badan Asal

kredit: @0517cherry

Walaupun berjaya menurunkan berat badan, namun masih ada yang mengalami masalah perut buncit lepas bersalin. Pemakaian bengkung secara berdisplin sepanjang berpantang boleh bantu ibu mendapatkan badan seperti asal walaupun selepas bersalin czer.

#7 Membetulkan Postur

Pemakaian bengkung yang tebal dan kemas bertindak memperbaiki postur tubuh ibu secara automatik.

Bengkung Versatil Belly Band Mamaway, Sesuai Untuk Kelahiran Secara Normal Dan Czer!

Belly band keluaran Mamaway direka khas untuk proses pemulihan ibu dalam pantang, malah ia sesuai digunakan untuk ibu yang bersalin secara normal dan melalui kaedah pembedahan.

Jadi ibu tak perlu risau lagi untuk memilih bengkung yang sesuai sebelum bersalin. Belly band dari Mamaway berfungsi seperti bengkung biasa, cuma ia lebih mudah dipakai dan masih terletak selesa sepanjang waktu berpantang.

Tambahan lagi, ibu boleh teruskan pemakaian selepas waktu berpantang ya! 

Ia dihasilkan dari material gentian arang buluh yang memudahkan aliran udara dan sesuai untuk dipakai ketika cuaca panas. Ia juga mudah untuk dipakai, malah ibu boleh memakainya di bawah atau luar pakaian ikut keselesaan ibu.

kredit: @nabilzira

Antara kelebihan lain Belly Band Mamaway adalah:

  • Mengandungi sinaran inframerah yang meningkatkan peredaran darah
  • Boleh dipakai sehari selepas bersalin.
  • Antibakteria
  • Anti Bau
  • Boleh didapati dalam 2 saiz  (s-m, l-xl)

Dapatkan belly band Mamaway DI SINI. Maklumat lanjut boleh didapati di laman berikut:

Facebook Mamaway: https://www.facebook.com/MamawayMalaysia

Instagram Mamaway: https://www.instagram.com/mamawaymy/

Laman web:  www.my.mamaway.com

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.combengkung-moden-keisimewaan-bersalin-czer

Penulis

Beto Rahman