Pasangan bahagia sentiasa sayang satu sama lain, jujur, bersikap terbuka, sentiasa hormat dan ambil berat dengan keperluan masing-masing. Tapi ada satu lagi ciri-ciri pasangan bahagia yang akan mengejutkan anda iaitu apabila berat badan naik menyebabkan pasangan gemuk bersama-sama!
Kami tak tipu! Ini sebenarnya apa yang sains katakan tentang hubungan perkahwinan yang sihat.
Perkahwinan yang bahagia buat pasangan gemuk bersama!
Beberapa kajian saintifik menunjukkan salah satu tanda hubungan yang bahagia adalah kenaikan berat badan kedua-dua pasangan.
Dalam satu kajian, pengkaji menjejaki 169 pasangan baru berkahwin selama lebih empat tahun. Sepanjang masa ini, mereka telah mengukur berat setiap orang dan mengkaji kebahagiaan mereka secara am dan kepuasan mereka dengan perkahwinan tersebut.
Hasilnya? Pasangan yang melaporkan yang mereka bahagia dengan perkahwinan mereka, naik berat badan sepanjang masa kajian.
Pasangan yang berat badan mereka tak naik pula mempunyai peratus yang tinggi untuk berpisah.
Satu kajian yang dibuat oleh Universiti Queensland, Australia juga memberikan contoh yang lain.
Selepas menjejaki 15,000 orang selama 10 tahun, pengkaji mendapati secara purata, orang yang dalam hubungan adalah 5.7 kg lebih berat dari orang yang single. Orang yang mempunyai pasangan juga naik berat sebanyak 1.7 kg setiap tahun.
Kenapa pasangan gemuk lebih bahagia dalam hubungan?
Pasangan bahagia dan stabil tak lagi tertekan untuk mencari atau menarik perhatian orang lain. Jadi mereka gembira dengandiri mereka sendiri.
Malah, pengkaji juga menemui dasar tingkahlaku untuk kenaikan berat badan ini. Apabila pasangan tinggal bersama, mereka biasanya meniru gaya hidup pasangan mereka, dan tak semuanya sihat.
Seperti contoh…
1# Wanita makan sama bahagian dengan lelaki/Makan lebih banyak apabila makan makanan dari rumah
Ramai pasangan meluangkan masa untuk menyediakan makanan. Tinggal sendiri membuatkan kita susah untuk menyiapkan makanan berat (kerana itu ramai orang yang tinggal sedirian lebih suka untuk tak makan atau makan snek).
Pasangan yang tinggal bersama pula ada tugas untuk menyediakan makanan dan ini menyebabkan mereka biasanya menyediakan makanan yang lengkap dan banyak.
Dalam perkahwinan, makan di rumah bersama merupakan perkara yang mereka suka lakukan bersama selepas seharian sibuk di tempat kerja.
2# Pasangan berkahwin melakukan aktiviti sama-sama
Selepas berkahwin, pasangan jadi selesa apabila bersama-sama, jadi mereka juga mula menghabiskan masa untuk makan semasa menonton TV.
Ini yang jadi salah satu punca kenapa badan naik selepas kahwin.
Apabila anda makan sambil menonton TV, anda biasanya tak sedar dengan jumlah makanan yang anda makan. Makanan yang anda makan pun selalunya makanan yang tak sihat.
3# Anak
Mempunyai anak juga merupakan penyebab berat badan anda naik. Seperti contoh, ibu bapa perlu menghabiskan makanan anak untuk mengelakkan pembaziran.
Apa yang boleh anda lakukan jika tak mahu berat badan naik selepas kahwin?
Memang comel jika pasangan bahagia naik berat badan bersama. Tapi realitinya, ia juga sangat tak sihat jika berat badan anda naik mendadak.
Jadi ini adalah beberapa cara untuk anda turunkan berat badan.
1# Masak di rumah berbanding makan di luar
Cara mudah untuk pastikan anda tak naik berat adalah dengan makan di rumah.
Masakan yang dimasak di rumah biasanya kurang menaikkan berat anda kerana anda tahu dan boleh kawal apa yang anda masukkan dalam makanan.
2# Jadikan pasangan anda sebagai teman bersenam
Jika anda sukar untuk jauh dengan pasangan, ajak pasangan untuk bersenam bersama. Kajian mengatakan yang jika anda bersenam dengan teman, ia akan buat anda lebih banyak berpeluh.
3# Amalkan gaya hidup sihat
Tukarkan makanan ringan anda dengan makanan yang lebih sihat seperti buah, sayur dan kekacang serta pergi pemeriksaan kesihatan bersama seperti yang disarankan.
Cinta sejati tak perlu menjadi penyebab untuk anda tambah berat badan. Tapi pastikan yang anda dapat hidup lama, bahagia dan sihat bersama-sama. Kan lebih sweet.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 10 Perkara Anda Akan Tahu Mengenai Suami Anda HANYA Selepas Anda Melahirkan Anak!