Jangan Risau Kalau Berat Badan Tak Naik Masa Hamil Trimester 1, Ini Sebabnya...

Jangan terlalu risau jika berat badan tak naik ketika adan pada trimester 1 kehamilan. Ia normal bagi sesetengah orang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila mengandung antara masalah yang sering buat ibu mengandung susah hati adalah berkaitan berat. Berat badan naik salah, berat badan tak naik pun salah. Kadang-kadang jadi takut nak naik penimbang terutama di klinik. Apakah maklumat lanjut yang anda boleh baca dalam artikel ini?

  • Berat badan tak naik tak semestinya bayi tak sihat
  • Tiada banyak perbezaan kalori diperlukan
  • Pertumbuhan bayi
  • Alahan
  • Bahaya berat naik banyak
  • Berapa tambahan berat  yang sepatutnya sewaktu trimester pertama?

Jadi adakah penting sebenarnya berat badan ibu mengandung ini dipantau? Adakah ia indikator utama kepada kehamilan yang sihat atau sebaliknya ia tidaklah memberi kesan.

Berat badan tak naik tak semestinya bayi tak sihat

Menurut dietitian Fizah Sobri, kenaikan berat badan bukan indikasi utama kehamilan sihat. Katanya jangan risau jika berat badan naik atau tidak ketika mengandung. terutamanya waktu trimester pertama.

Apakah sebabnya?

#1. Tiada banyak perbezaan kalori diperlukan

Katanya ibu mengandung hanya perlu lebih 50kcal saja yang mana ia lebih kurang ekstra sebiji buah. Kenaikan berat badan mendadak selalunya dikaitkan dengan kalori yang diambil.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tetapi sepatutnya tidaklah naik terlalu mendadak jika ibu mengikut saranan yang sepatutnya.

#2. Pertumbuhan bayi

Pertumbuhan bayi pada waktu ini lebih kepada pembentukan organ utama (jantung, otak, tulang, tisu, otot dan sebagainya yang sangat-sangat menitikberatkan pengambulan mikronutrien yang mencukupi sepeti kalsium, asid folik, zat besi dan vitamin B Complex.

Disebabkan itu jangan skip atau tinggalkan supplement yang diberi oleh klinik atau farmasi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pada trimester pertama ini, saiz bayi adalah sebesar sebutir beras hinggalah sebesar seulas nangka, jadi nak tambah berat banyak mana pun kan? Sebab itu pakar nutrisi kata jangan terlalu risau.

#3. Alahan

Biasanya alahan paling teruk berlaku pada usia tiga bulan pertama kehamilan yang menyebabkan ibu mengandung muntah-muntah, loya yang akhirnya menyumbang kepada kurangnya selera makan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Maka ini menyebabkan kalori tidak sebanyak seperti sebelum mengandung. Tapi apa yang penting jangan terlalu fokus kepada kuantiti tetapi semaklah kualitinya. 

Anda boleh masa ketika rasa tidak loya dan fokus kepada makanan sihat dan seimbang untuk mendapatkan zat yang diperlukan. Gunakan konsep suku-suku separuh lebih mudah dan akan memberi khasiat terbaik kepada ibu dan bayi.

#4. Bahaya berat naik mendadak

Berat badan naik dengan mendadak bukan indikasi anak membesar dengan baik. Sebenarnya banyak lagi perkara yang boleh buat kita tambah berat semasa mengandung.

Kalau berat naik mendadak takut ia bawa kepada masalah lain seperti kencing manis semasa hamil yang boleh juga menyebabkan air ketuban menjadi terlalu banyak. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berapa tambahan berat  yang sepatutnya sewaktu trimester pertama?

Pasti ramai yang tertanya-tanya, apakah yang berlaku sewaktu trimester pertama?

Pada ketika ini apa yang berlaku adalah pertambahan berat dari 0.5 hingga 2 kilogram maksimum dan pertambahan kalori yang diperlukan adalah 50 kcal sahaja.

Jadinya, benda yang kita selalu dengar orang cakap kena makan dua orang jika mengandung hanyalah mitos semata-mata.

Tips pemakanan sihat ketika hamil

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ketika hamil, apa yang penting adalah pemakanan sihat. Kali ini kami kongsikan tips pemakanan sihat ketika hamil yang anda boleh cuba.

  1. Hadkan pengambilan makanan yang tinggi kalori seperti makanan bergoreng, makanan segera, daging terproses, pencuci mulut yang manis, seperti kek, kuih dan makanan ringan yang disediakan secara komersial contohnya kerepek kentang, keropok tempatan atau kerepek.
  2. Berhati-hati mengenai cara penyediaan makanan. Pilih alternatif yang lebih sihat seperti makanan yang telah dikukus, dibakar, dipanggang, ditumis atau direbus.
  3. Apabila memasak makanan di rumah, gunakan bahan-bahan seperti minyak masak, marjerin, mentega, mayonis, santan dan minyak sapi secara sederhana. Santan sebagai contohnya boleh digantikan dengan susu rendah lemak atau dadih.
  4. Untuk minuman pula, pilih air kosong. Anda perlu hadkan minuman manis kerana ia hanya membekalkan gula yang memberi kalori tambahan yang kosong contohnya minuman ringan, kordial yang mengandungi kadar gula yang sangat tinggi.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Hamil Kena Jaga Berat Badan & BMI Agar Tidak Membahayakan Kandungan

Baca juga: Awas Ibu, Ada Risikonya Jika Berat Bayi Dalam Kandungan Kurang Atau Berlebihan!

Baca juga: Asyik Muntah & Loya Semasa Hamil? Jom Cuba 7 Tips Kurangkan Loya Ini!

Penulis

Lala Annuar