Berat Bayi Dalam Kandungan Yang Normal Mengikut Usia Kehamilan
Berat bayi dalam kandungan yang normal bergantung kepada postur tubuh ibu dan corak pemakanan yang diamalkan sepanjang kehamilan tersebut.
Adakah anda sedang hamil sekarang? Tahniah ibu! Tidak lama lagi, kehidupan anda akan bertambah lebih meriah. Namun sebelum ini, persoalan kami ialah adakah anda tahu berapa berat bayi dalam kandungan yang normal?
Isi Kandungan
Perkembangan Berat Badan Janin Dalam Kandungan
Berat bayi dalam kandungan yang normal ialah 3.5 kg dan purata panjang dari kepala hingga kaki pula adalah sepanjang 51.2cm. Daripada situ, doktor pakar dapat menilai tahap perkembangan janin dan kehamilan yang baik.
Berapa Berat Badan Janin Yang Ideal Sesuai Usia Kehamilan?
Salah satu cara untuk mengukur perkembangan janin adalah dengan menilai berat badannya berdasarkan usia kehamilan. Secara teori, berikut anggaran berat badan janin sesuai dengan usia kehamilan:
Usia Kehamilan (minggu) | Berat badan janin (gram) | Usia kehamilan (minggu) | Berat badan janin (gram) |
8 | 1 | 26 | 760 |
9 | 2 | 27 | 875 |
10 | 4 | 28 | 1.005 |
11 | 7 | 29 | 1.153 |
12 | 14 | 30 | 1.319 |
13 | 23 | 31 | 1.502 |
14 | 43 | 32 | 1.702 |
15 | 70 | 33 | 1.918 |
16 | 100 | 34 | 2.146 |
17 | 140 | 35 | 2.383 |
18 | 190 | 36 | 2.622 |
19 | 240 | 37 | 2.859 |
20 | 300 | 38 | 3.083 |
21 | 360 | 39 | 3.288 |
22 | 430 | 40 | 3.462 |
23 | 501 | 41 | 3.597 |
24 | 600 | 42 | 3.685 |
25 | 660 |
1. Perkembangan Berat Janin di Trimester Pertama
Trimester pertama dikira dari waktu persenyawaan hingga 12 minggu. Pada tiga bulan pertama kehamilan ini, sel telur yang telah disenyawakan berubah menjadi embrio dan mula menunjukkan ciri-ciri bayi.
Beberapa organ penting mula berkembang, seperti otak, sumsum tulang belakang, mata, hidung, dan telinga. Berat badan janin biasanya belum dapat diukur dengan tepat pada usia kehamilan ini.
Ukuran janin yang lebih tepat boleh dikira menggunakan panjang dari kepala ke ekor (crown-rump length), iaitu panjang embrio atau janin dari hujung kepala hingga bahagian bawah batang tubuh.
Pada akhir trimester pertama, berat badan janin mencapai sekitar 14 gram. Sementara itu, berat badan ibu hamil biasanya bertambah sebanyak 1-2 kilogram.
2. Perkembangan Berat Janin di Trimester Kedua
Pada usia kehamilan ini, biasanya ibu hamil sudah tidak lagi mengalami gejala seperti mual dan muntah. Perkembangan janin pada trimester kedua juga mula kelihatan dengan jelas, termasuk bahagian wajahnya.
Gerakan janin, termasuk tendangan, juga dapat dirasakan dan sering dinantikan oleh ibu.
Di akhir trimester kedua, jenis kelamin janin mungkin sudah dapat dilihat melalui pemeriksaan ultrasonografi (USG). Berat badan janin pada awal trimester kedua adalah sekitar 23 gram, dan pada akhir trimester, beratnya mencapai sekitar 1 kilogram.
3. Perkembangan Berat Janin di Trimester Ketiga
Ini adalah fasa terakhir kehamilan. Pada trimester ketiga, perkembangan janin berlaku dengan sangat pesat. Tulang-tulang janin sudah terbentuk, dan organ penting seperti jantung dan paru-paru juga hampir sepenuhnya matang.
Berat badan janin meningkat dengan cepat, memberi ibu peluang untuk memperbaiki pertumbuhannya. Penambahan lemak pada tubuh janin membantu mempermudah dan memperamankan proses kelahiran, terutamanya secara vaginal.
Pada akhir trimester ketiga, berat badan janin biasanya mencapai kira-kira 3.685 kilogram.
Bila Perlu Jumpa Doktor
Ibu hamil perlu menjalani pemeriksaan kehamilan secara berkala, dimulakan dari trimester pertama. Disarankan melakukan USG sekurang-kurangnya tiga kali: pada awal trimester pertama untuk mengesahkan kehamilan dan memeriksa janin, pada usia 20 minggu, dan sekali lagi pada 36 minggu untuk memantau perkembangan menjelang persalinan.
Jika masalah dikesan, doktor boleh mengambil tindakan untuk memastikan keselamatan ibu dan janin. Ibu hamil harus segera berjumpa doktor jika ada tanda-tanda masalah sebelum jadual pemeriksaan yang ditetapkan.
Makanan Apa Yang Dapat Menambah Berat Badan Bayi Dalam Kandungan
Untuk membantu menambah berat badan bayi dalam kandungan, ibu hamil perlu memastikan diet yang kaya dengan nutrisi yang menyokong pertumbuhan janin. Berikut adalah beberapa jenis makanan yang boleh membantu:
1.Protein
Makanan seperti daging tanpa lemak, ayam, ikan, telur, dan produk tenusu membantu dalam pembangunan sel-sel janin dan tisu otot. Sumber protein plant-based seperti kekacang, tofu, dan tempe juga bermanfaat.
2.Lemak Sihat
Lemak dari sumber seperti avokado, minyak zaitun, kacang-kacangan, dan ikan berlemak (contohnya salmon) menyokong perkembangan otak dan sistem saraf janin.
3.Karbohidrat Kompleks
Makanan seperti bijirin penuh, roti gandum, pasta whole grain, dan kentang memberikan tenaga yang diperlukan untuk pertumbuhan janin dan menambah berat badan.
4.Sayur-sayuran dan Buah-buahan
Memastikan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin dan mineral, seperti bayam, brokoli, pisang, dan beri, membantu dalam perkembangan keseluruhan janin.
5.Produk Tenusu
Dairy products seperti susu, yogurt, dan keju menyediakan kalsium penting untuk perkembangan tulang janin dan meningkatkan berat badan.
6.Kacang dan Biji
Kekacang dan biji seperti biji chia dan biji labu adalah sumber lemak sihat, protein, dan mineral yang penting untuk pertumbuhan janin.
6 Faktor Yang Menjejaskan Berat Normal Janin
Tapi, sebelum membincangkan tentang komplikasi yang boleh berlaku jika berat janin berlebihan atau berkurangan, jom ambil tahu tentang faktor-faktor yang boleh menjejaskan isu ini dulu.
- Faktor genetik
- Kesihatan ibu hamil – Jika ibu menghidap diabetes dan obesiti, anda lebih cenderung memiliki bayi bersaiz besar
- Bentuk badan ibu hamil – Ibu yang memiliki saiz badan besar akan tinggi peluang untuk melahirkan bayi yang mempunyai berat badan lebih besar
- Berat badan ibu ketika mengandung – Jika tiada pertambahan berat badan, bayi akan mengalami kekurangan berat atau masalah nutrien. Sebaliknya, jika ibu hamil terlalu berat, bayi berisiko memiliki berat berlebihan dan proses bersalin jadi sukar hingga perlu jalani pembedahan czer
- Jika jarak kelahiran antara bayi sulung dan kedua terlalu rapat – kemungkinan anak kedua memiliki kurang berat badan.
- Saiz janin – Jika hamil kembar, berat setiap bayi adalah lebih rendah daripada berat janin normal.
Semoga bermanfaat.
Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Ele Luong. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Vietnam untuk diterjemahkan.
Baca juga: Bimbang Berat Janin Dalam Kandungan, Ini 2 Cara Nak Kira Berat Si Kecil Ibu Dari Rumah
Baca juga: Berat janin dalam kandungan rendah? Ibu cuba makan 11 makanan ini!