Sentiasa melengkapi antara pasangan suami isteri adalah rahsia perkahwinan yang bahagia. Berbuat baik dan menerima kelemahan dan kekurangan pasangan dengan hati terbuka adalah kunci kepada keutuhan sesebuah perkahwinan.
Jika dengan orang lain pun berbuat baik itu dituntut agama, apa lagi dengan pasangan iaitu suami atau isteri sendiri.
Apa maklumat lanjut yang akan anda baca dalam artikel ini?
- Berbuat baik dengan pasangan banyak ganjarannya
- Dalam perkahwinan tiada saya atau awak, tetapi yang ada cuma kita
Berbuat baik dengan pasangan banyak ganjarannya
Tidak kira sama ada anda seorang suami atau seorang isteri, selalulah berbuat baik dengan pasangan dan hargailah antara satu sama lain kerana dari situlah datangnya bahagia dalam rumah tangga.
Perkongsian Dr Shazril Shaharuddin di laman instagramnya mengenai perhubungan suami isteri membuka mata ramai pihak terutama suami isteri supaya sentiasa menghargai dan berbuat baik antara satu sama lain.
Menerusi perkongsian itu, beliau berkongsi mengenai topik buat kebaikan kepada pasangan, Allah beri kebaikan kepada kita. Ikuti perkongsiannya:
“21 Mei lepas, bini (isteri) sy (saya) konvokesyen untuk Master of Medical Physiology beliau. Masa sy post gambar dengan dia time konvo tu (itu), ada yg dm (direct message) sy saying “Congrats Dr Say”. Terduduk sy dibuatnya peeps (rakan-rakan). “Depa (mereka) tak nampak gambaq (gambar) aku ka (kah), yg pakai robe tu bini aku, dah kenape (kenapa) depa congrats (ucap tahniah) aku?”
“Sy naive maka sy tanya ja (saja) yg dm sy “kenape congrats sy eh? bini sy yg dapat masters tu”. Kata mereka, kejayaan wife sy dapat Masters tu ada some portion of it disebabkan how well i took care of her & the kids during the whole process.”
“Terduduk sekali lagi sy dibuatnya sebab tak sy sangka sampai macam tu sekali.”
Jadi katanya, perkongsian daripada netizen itu membuka matanya, bahawa jika tiada kerjasama baik antara suami isteri dalam sesuatu perkara pasti susah salah satunya untuk mencapai sesebuah kejayaan.
Dalam perkahwinan tiada saya atau awak, tetapi yang ada cuma kita
Katanya, dalam perkahwinan ini, tiada istilah I dan you, tetapi We dan Us.
“Bila komunikasi antara husband & wife cantik, relationship antara husband & wife cantik, trust me hasilnya jugak teramat cantik. Tak dinafikan we had our fair share of disagreements but laju2lah forgive & move on.
“Sebab tu lah kalau ampa tengok sy suka melekat dengan bini daripada melekat dengan kawan2 sebab yg akan memudahkan perjalanan kita, yg akan berkongsi suka duka kita, yg akan membawa kita ke syurga adalah pasangan kita jadi be nice, in fact be really really nice to pasangan kita.”
Katanya, rumah tangga memang ada pasang surutnya, tipulah jika tidak bergaduh dan sebagainya tetapi jika komunikasi antara pasangan itu mantap, segalanya boleh diselesaikan dengan harmoni.
Jadi, untuk mengekalkan keharmonian dalam berumah tangga, hargailah dan berbuat baiklah sesama pasangan. Tidak kira di pihak suami atau isteri, anda berdualah yang saling melengkapi antara satu sama lain.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Kibas Tilam & Baca Bismillah, Ini Sunnah Nabi Sebelum Tidur Yang Elok Suami Isteri Amalkan
Baca juga: Suami Isteri Yang Muka Seiras Dikatakan Jodoh Kuat & Lebih Bahagia, Ini 5 Sebabnya!
Baca juga: Usahalah Untuk Makan Malam Bersama, Waktu Ini Paling Berharga Buat Suami Isteri